39

392 5 0
                                    

Adhiya membaringkan tubuh di atas katil, dia rasa penat selepas mengemas rumah. Hari ini, Nik Rafael nak balik awal katanya rindu. Huh! Manja. Adhiya mengomel dalam hati.

Dalam beberapa jam, terdengar kereta masuk ke pekarangan rumah. Adhiya tidak sedar, dia sudah terlelap.

Nik Rafael membuka pintu bilik, dia melihat isterinya sedang tidur. Nik Rafael duduk di birai katil, wajah isterinya dielus lembut. Adhiya terjaga.

"Abang.. Lama dah sampai? " soal Adhiya sambil bangun.

"Baru aje" katanya.

"Dhiya nak pergi siapkan makan kejap " Adhiya hendak turun tetapi pantas ditahan Nik Rafael.

"Tak apa.. Dhiya rehat dulu nanti baru masak. " kata Nik Rafael sambil membuka butang baju kemejanya.

"Nanti abang lapar pulak "

"Dhiya nampak penat aje, nanti kita masak sama-sama ye"

"Iyelah tu nanti tak jadi pulak " Adhiya menjeling manja.

"Nanti abang tolonglah.. Sekurang-kurangnya abang tahulah juga masak."

"Hmm.. Abang lupa nak cakap. Abang ada good news"

"Good news? Sound kind of fun" teruja suara Adhiya.

"Abang decide nak bawak Dhiya pergi honeymoon" ceria suaranya.

Bulat mata Adhiya memandang suaminya.

"Honeymoon? Kat mana? " soalnya.

"Korea? "

"Abang.. " Adhiya memegang tangan suaminya.

"Susah-susah pulak abang nak bawak Dhiya pergi honeymoon bagai. Abang tahu kan Dhiya tak sukalah susahkan abang" Adhiya serba salah.

"Not term bother, dear. I did all this because of you, i just want to be with you" lembut tuturnya.

"Tapi.. "

"Dah.. Jangan banyak tanya, ikut saja and you'll feel real hapinnes"

Adhiya memeluk lengan Nik Rafael.

"Terima kasih abang...Dhiya hargai setiap kasih sayang abang " ucapnya.

Nik Rafael tersenyum, dia mengusap pipi Adhiya, kemudian dia mengucup dahi gadis itu.

"Dhiya rehat dulu, abang nak mandi kejap, nanti kalau abang tak mandi Dhiya cakap abang busuk pulak " sempat lagi dia bergurau.

"Suka perli orang! " Adhiya menjeling manja.

Nik Rafael bangun, dia sempat ketawa sebelum masuk ke dalam bilik air.

...........................-..................................

Adhiya leka melihat bandar Seoul, semasa sampai di lapangan terbang tadi dia betul-betul teruja. Bahagia rasanya, makin bertambah sayang pada Nik Rafael.

Dalam beberapa jam, mereka sampai di Nine Tree Premier Hotel Myeongdong 2 . Nik Rafael dan Adhiya keluar dari teksi sambil menarik beg baju yang sudah dikeluarkan dari bonet.

"Gamsahabnida" ucap Nik Rafael kepada driver teksi itu. Pemandu teksi itu hanya menganggukkan kepala sebelum masuk ke dalam kereta.

"Abang.. Hotel ni mahal ni.. " kata Adhiya sambil memandang hotel itu.

"Relaks sayang.. Abang tahu Dhiya mesti rasa bersalah kan? Mesti Dhiya rasa Dhiya menyusahkan abang?" Nik Rafael mengangkat kening.

"Iyelah.. Abang dah habis banyak duit kat sini. Dhiya tak naklah macam tu, honeymoon, honeymoon lah. Tapi janganlah sampai membazir, ikut bajetlah" kata Adhiya.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now