Adhiya memakir kereta di garaj, dia melihat kereta suaminya ada di depan. Awal pula dia balik hari ini. Adhiya baru sahaja lepas balik dari rumah sewa Nik Ruzaimy dan Melinda. Sewaktu pergi tadi, dia ada membeli barangan keperluan untuk mereka. Sebelum balik, dia memberi sedikit wang sebanyak lima ratus ringgit kepada Nik Ruzaimy.
Berkali-kali Nik Ruzaimy menolak, tetapi Adhiya memaksa juga. Nik Ruzaimy menerima juga.
Adhiya yang hendak masuk ke dalam rumah terhenti sebaik sahaja suaminya memanggil.
"Dhiya.. Mari sini sayang" Nik Rafael yang berada di gazebo menggamit isterinya. Adhiya menghampiri Nik Rafael, baru sahaja Adhiya hendak duduk di sebelah, Nik Rafael menariknya duduk di atas pangkunya.
"Dhiya pergi mana? Sejak akhir-akhir ni Dhiya banyak keluar" soal Nik Rafael.
Adhiya diam seketika, dia memandang suaminya.
"Dhiya pergi rumah Melinda"
"Rumah Melinda? " Nik Rafael mengerutkan dahi.
"Dia kawan Dhiya, lagipun dia demam " balas Adhiya.
"Oh.. Patutlah, ni abang nak bagitahu abang kena pergi outstation. Dhiya ikut ye, abang tak bolehlah nak tinggalkan Dhiya sorang-sorang " Nik Rafael mengeratkan lagi perlukan di pinggang Adhiya.
"Abang ni, sebelum ni ok aje. Lagipun sebelum ni abang pergi outstation Fiya datang teman kan? Tak pun Dhiya tinggal rumah abah ataupun duduk rumah papa" balas Adhiya.
"Itu dulu sayang, lagipun waktu tu kan Fiya cuti. Sekarang ni dia dah dapat result masuk U kan? So abang naklah bawak Dhiya. Ikut abang ye sayang? " Nik Rafael memujuk isterinya.
"Tak naklah, nanti pergi sana Dhiya boring abang pergi kerja Dhiya sorang"
"Hmm.. Nanti rindulah abang" Nik Rafael melekapkan muka di pipi Adhiya.
"Abang ni manja sangatlah, nanti bila abang balik Dhiya masakkan abang nasi hujan panas kegemaran abang tu" Adhiya mengusap pipi Nik Rafael.
"Pandai ye pujuk abang, nanti bila Dhiya tak masak siap! Tahulah macam mana abang nak hukum dia" Nik Rafael mengangkat kening.
"Apa ni main hukum-hukum? Mana boleh macam tu"
"Bagi Dhiya memang tak boleh, tapi bagi abang boleh. Sekarang pun abang boleh hukum Dhiya.. " Nik Rafael mengenakan isterinya.
"Abang jangan nak mengada sangatlah. Seseorang yang dihukum kerana melakukan kesalahan. Apa salah Dhiya sekarang? " Adhiya mengangkat kening.
"Salah Dhiya sebab Dhiya dah curi hati abang" ucapnya lalu mencium pipi Adhiya.
Adhiya tersenyum pada Nik Rafael. Nik Rafael terus bangun sambil mengendong isterinya masuk ke dalam bilik.........................-............................
Adhiya keluar dari kereta, dia membuka pintu kereta bahagia belakang lalu menjinjing beg plastik yang penuh dengan barang makanan.
Adhiya menjengukkan kepala. Rumah nampak sunyi aje, tak ada orang ke?
"Assalamualaikum! Assalamualaikum! " Adhiya memberi salam. Tetapi tiada sesiapa yang menyahut.
"Assalamualaikum! " Adhiya memberi salam sekali lagi.
"Dhiya.. "
Adhiya menoleh sebaik sahaja namanya diseru dari belakang.
"Mel! Aku ingatkan tak ada orang tadi. Kau pergi mana ni? " soal Adhiya kepada Melinda yang kelihatan turut menjinjing beg plastik. Sebelah lagi memegang dompet duitnya.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...