53

1K 12 2
                                    

Adhiya duduk di dalam bilik, dia begitu sedih saat ini. Hatinya benar-benar terluka dengan kata-kata dan hinaan Nik Rafael. Apa dosa dia sampai dia dilayan begitu sekali? Sewaktu jenazah Nik Ruzaimy dibawa ke kubur, Adhiya hanya mampu melihat dari jauh. Nik Rafael tidak membenarkan dia pergi ke situ.

Waktu itu, pintu bilik dikuak dari luar. Safiya masuk ke dalam bilik kakaknya.

"Akak.. Jom makan, ibu dah panggil tu" ajak Safiya.

"Tak apalah.. Makan lah dulu, nanti akak makan. Akak tak lapar lagi" lemah suaranya.

"Sampai bila akak nak terus macam ni? Sedih, sedih jugak tapi kesihatan kena jaga kak. " Safiya memegang tangan kakaknya.

"Nanti akak makan.. Fiya pergilah makan dulu" Adhiya menangis, sebab tu dia tidak menoleh ke arah adiknya.

Safiya tahu kakaknya menangis, dia terus bangun lalu keluar dari bilik itu. Adhiya terus menangis, air mata makin lebat membasahi wajahnya. Adhiya terus merebahkan kepala. Dalam Adhiya leka melayan perasaan sedihnya, dia terlena.

Puan Rahimah berdiri di muka pintu bilik anaknya, dia sempat mengerling jam di dinding ruang tamu. Sudah pukul 8:30 malam, dari Adhiya pulang tadi dia tidak keluar dari bilik.

"Dhiya tak nak makan sekali ke? " soal Encik Azrie yang lalu di situ.

"Entahlah...ni saya nak kejut dialah ni. Tak apalah, abang pergilah makan dulu. Saya nak kejut Dhiya, kot dia tidur ke" balas Puan Rahimah.

"Yelah..saya makan dulu" ujar Encik Azrie lalu beredar dari situ.

Puan Rahimah mengetuk pintu bilik Adhiya.

"Dhiya.. Dhiya.. Bangun nak. Dah malam ni ibu dah masak tu jom kita makan" kata Puan Rahimah tetapi tiada respon.

Puan Rahimah memulas tombol pintu, pintu itu tidak berkunci. Puan Rahimah masuk ke dalam bilik Adhiya. Dia melihat Adhiya sedang tidur, Puan Rahimah duduk di birai katil.

"Dhiya.. Dhiya.. " Puan Rahimah menepuk perlahan bahu anaknya. Adhiya membuka mata, dia terus bangun lalu duduk.

"Kenapa bu? " soal Adhiya sambil meraup wajahnya.

"Kenapa ni? Dhiya ada masalah ke? Dari Dhiya balik tadi, sampai sekarang Dhiya berkurung dari dalam bilik aje. Ke Dhiya sedih atas pemergian Zemi? " lembut Puan Rahimah bertanya.

Adhiya menggeleng.

"Habis tu? Kenapa ni..ibu tengok Dhiya sedih aje. Tadi masa ibu dengan abah pergi rumah mentua kamu, ibu tak nampak pun Dhiya. Dhiya balik awal ke? " soal Puan Rahimah.

"Ya bu.. Dhiya balik awal, Dhiya penat" ujar Adhiya.

"Dhiya.. Kenapa tak pergi tidur rumah mentua? Rafa ada sana kan, tak baik tinggal suami kat sana kita ada kat sini" kata Puan Rahimah pelik.

Adhiya tidak menjawab, dia menundukkan kepala.

"Dhiya janganlah salah faham pulak, ibu bukannya tak suka Dhiya balik sini. Ibu suka anak ibu balik, tapi mentua Dhiya baru sahaja hilang orang yang mereka sayang. Mereka sedih, terutamanya mama tu. Dia sayang Dhiya, ni Dhiya tak ada nanti kecik hati dia. "

Adhiya tidak dapat menahan sedihnya lagi, air mata menitis-nitis. Puan Rahimah jadi risau.

"Dhiya.. Kenapa ni? Ibu ada salah cakap ke? "

Adhiya menggeleng.

"Macam mana Dhiya nak pergi bu? Kalau suami Dhiya tak suka Dhiya? " bergetar suara Adhiya.

Puan Rahimah mengerutkan dahi. Dia tidak faham.

"Maksud Dhiya? "

"Dia dah tak suka Dhiya datang bu, dia dah benci dengan Dhiya. Dia dah tak cintakan Dhiya bu.. "

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now