57

2.3K 44 18
                                    

Nik Rafael duduk di bangku yang sama, sesekali dia matanya meliar memandang sana-sini. Tetapi wajahnya hampa, tiada pula gadis yang dilihat semalam. Nik Rafael mengeluh, mungkin itu orang lain.. Nik Rafael terus bangun, baru dia hendak melangkah..gerangan gadis yang ditunggu itu muncul.

Tidak berkelip matanya memandang gadis yang membelakanginya itu. Kemudian, dia melihat gadis itu duduk di atas pasir. Nik Rafael menarik nafas dalam sebelum berjalan menghampiri gadis itu.

Apabila sudah dekat, dia cuba mengamati betul-betul. Nik Rafael berdiri kaku di situ. Tetapi jantungnya berdegup laju apabila gadis itu menoleh ke belakang. Kedua-dua wajah mereka berubah.

Nik Rafael serasa mahu rebah saat ini, langkah kakinya diangkat sedikit tetapi dia tidak jadi melangkah.

Akhirnya, wajah yang selama ini dirindu, yang paling disayangi. Syukur dia ucapkan pada Yang maha Esa.

"Dhiya.. " bergetar suara Nik Rafael.

Adhiya terus bangun, matanya masih terhala ke arah Nik Rafael.

"Dhiya.. Abang.. " Nik Rafael gugup. Rasa mahu menangis saat ini.

Adhiya terus berlalu dari situ, dia langsung tidak menoleh ke arah lelaki itu.

"Dhiya.. Dhiya nak pergi mana tu? " Nik Rafael mengejar langkah Adhiya.

Adhiya yang sudah sampai di homestay miliknya terhenti apabila Nik Rafael memegang tangannya. Adhiya hanya membiarkan sahaja, wajah Nik Rafael langsung tidak dipandangnya.

"Dhiya.. Pandanglah abang, pandanglah abang sayang. " rayu Nik Rafael dengan suara yang begitu sayu.

Adhiya masih mendiamkan diri, wajah Nik Rafael tidak dipandangnya.

"Abang rayu Dhiya.. Pandanglah abang walaupun sekilas. Bagilah abang tatap wajah Dhiya, kerana abang rindu sangat-sangat dengan Dhiya.  " kata Nik Rafael.

Adhiya masih mendiamkan diri.

"Dhiya.. Abang nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abang banyak buat salah dengan Dhiya. Abang tak pernah hargai cinta Dhiya, abang deritakan hidup Dhiya. Sampaikan abang tergamak halau Dhiya" sebak suara Nik Rafael.

Adhiya masih tidak bereaksi.

"Selama ni Dhiya ikhlas cintakan abang, tapi abang sia-siakannya. Abang tak sepatutnya layan Dhiya dengan buruk. Seharusnya abang jaga Dhiya dengan penuh kasih sayang. " Nik Rafael sehabis daya menahan tangis.

"Dhiya bukan isteri yang baik.. " akhirnya Adhiya bersuara.

Nik Rafael memandang sayu Adhiya.

"Dhiya seorang isteri yang gagal. Perlu ke Dhiya berpaling semula pada abang? " balas Adhiya dengan suara yang terluka.

Akhirnya luruh air mata Nik Rafael. Dia menggeleng.

"Tak.. Dhiya isteri yang baik, Dhiya isteri yang solehah.. Jangan cakap macam tu sayang. Abang bertuah dapat isteri semulia Dhiya. "

"Abang sendiri yang cakap, yang abang dah tak sayangkan Dhiya? Abang sendiri kata yang abang akan lepaskan Dhiya. Dhiya redha bang, kalau abang nak ceraikan Dhiya sekarang pun Dhiya redha" katanya.

"Tak! Abang takkan lepaskan Dhiya, abang tak sanggup! Cukuplah abang terseksa selama ini, abang tak sanggup lagi kehilangan Dhiya. Abang sayangkan Dhiya, selama ni abang tipu diri abang. Abang tak pernah nak membenci Dhiya, cinta dan sayang abang akan sentiasa hidup pada Dhiya.. Tolonglah jangan cakap macam tu lagi. Abang tak sanggup dengar lagi" kata Nik Rafael. Air mata masih mengalir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now