14

756 12 1
                                    

Nik Rafael menunggu Fakri di restoran yang kelihatan Agak mewah dan elit. Dia seorang sahaja, tak adanya dia nak bawak isterinya sekali. Mulanya, dia nak keluar dengan Syatilia. Tetapi gadis itu hanya berkata dia 'sibuk' sahaja.

"Bro! " Fakri menepuk bahu sepupunya. Tersentak Nik Rafael dibuatnya.

"Sorry, i'm late! " katanya lalu duduk di hadapan Nik Rafael.

"Kau ni tak reti nak bagi salam ke? Main sergah aje! Terkejut aku tau! " Nik Rafael tak puas hati.

"Alah.. Janganlah marah.. Aku gurau aje tadi" Fakri bolehkan tersenyum pada sepupunya.

"Orderlah! "Kata Nik Rafael lalu menyandar malas pada kerusi. Mereka membuat pesanan apabila pelayan datang. Fakri memesan sizzling dan jus lemon, manakala Nik Rafael hanya memesan ice lemon tea.

"Hai.. Minum aje? Tak nak makan ke? " tegur Fakri setelah pelayan beredar dari situ.

"Tak ada seleralah.. " katanya.

"Kenapa tak bawak Dhiya sekali? " selamba sahaja Fakri menyoal. Berubah wajah Nik Rafael.

"Tak ada maknanya aku nak bawak dia. Buat semak aje" Nik Rafael mendengus.

"Mana ada semak, hiasan tu" balas Fakri.

"Hiasan apa pulak kau ni? Jangan nak merepeklah! " marahnya.

"Kau ni kesian dia tau. Tinggal dia sorang-sorang kat rumah tu. Apa yang dia nak buat, kat rumah tu? Dahlah besar. Lainlah ada bibik kat rumah tu bolehlah sembang" kata Fakri.

"Biarlah dekat dia, malas nak fikir. Dahlah! Tak payah nak cerita pasal dia, buat serabut kepala otak aku aje" Nik Rafael tidak selesa.

"Ok.. Ok" Fakri mengangkat tangan.

"Rafa.. Aku nak tanya kau ni. Adik kau macam mana? Ada dapat inform? " soal Fakri.

Nik Rafael menggeleng berkali-kali.

"Entahlah, tak ada pulak. Papa aku ada pasang spy dua tiga. Tapi still tak jumpa" balas Nik Rafael.

"Peliklah pulak aku dengar, mana dia pergi sampai boleh ghaib macam ni sekali. Kesian dekat mama kaulah.. Hari tu dia datang rumah aku. Menangis-nangis dia cerita dekat mummy aku" Fakri bersimpati.

"Hah! Dulu.. Bukan main lagi diorang puji. Anak mendengar kata konon, anak yang baik. Tak pernah melawan, sekarang mana semua gelaran tu? Anak mithali dah conteng arang kat muka diorang? " Nik Rafael tak puas hati.

"Kerana dia sorang, habis orang menderita. Termasuk aku! " sambungnya.

"Aku nak tanya ni, tapi kau jangan marah ye. " kata Fakri. Bimbang soalannya akan menaikkan kemarahan sepupunya ini.

"Apa? "

"Dhiya macam mana? Dia masih ingatkan Zemi? " soal Fakri perlahan.

"Huh! Kau rasa? Memang iyelah. Siap mimpi lagi" dingin suaranya.

"Kau ni.. Aku dengar macam cemburu pun ada ni. Jangan-jangan.. " Fakri mengusik sepupunya.

Nik Rafael terus berubah riak wajahnya.

"Hei.. Apa yang kau merepek ni? Cemburu apanya? Tak ada maknanya aku nak cemburu dengan perempuan tu! " Nik Rafael membuat muka menyampah.

"Iye ke Rafa? Kau boleh tipu orang, tapi kau tak boleh tipu diri kau. Dalam hati siapa tahu kan? " Fakri mengena sepupunya.

"Tak ada maknanya hati. " marahnya. Waktu itu, pelayan datang dengan membawa makanan dan minuman yang dipesan mereka.

"Thanks.. " ucap Fakri.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now