1

2.1K 26 2
                                    

Nik Ruzaimy memandang wajah ayu di hadapannya. Tidak lama lagi wajah ini akan ditatapnya setiap hari. Wajah yang tidak jemu apabila dipandang, rasa tidak sabar mahu bersamanya.

Adhiya sedar akan Nik Ruzaimy yang sedang berkhayal itu.

"Hei! " Adhiya mengetip jarinya di hadapan muka Nik Ruzaimy. Akhirnya, Ruzaimy tersedar.

"Khayal aje dia kan. Kenapa ni? Khayal pasal apa ni? " Adhiya ketawa.

"Alah Dhiya ni, tengah khayal pasal kitalah. Aduh.. Tak sabar sangat Zemi nak bersama Dhiya" manis wajahnya memandang tunangnya.

"Alah Zemi ni kan, tunggulah lagipun tak lama mana pun lagi berapa minggu kita dah nikah dah. "

"Ermm.. Dhiya ni cantik sangat, Zemi cemburu bila orang asyik padang Dhiya aje" manja suaranya.

"Apa lah yang Zemi mengarut sangat ni? Hati Dhiya hanya pada Zemi aje tau. Takkan berubah pada orang lain" Adhiya mengenggam erat tangan Nik Ruzaimy.

Nik Ruzaimy membalas genggaman Adhiya lalu melekapkan tangan Adhiya pada pipinya.

"Haih.. Belum kahwin lagi dah manja. Macam mana kalau kahwin nanti pun tak tahulah " Adhiya menggelengkan kepala.

"I manja dengan you aje" manja suaranya.

"Ermm esok Zemi ikut Dhiya ye" balas Adhiya.

"Oh pergi mana? "

"Pergi mana lagi? Cari barang kahwinlah. Dah lupalah tu" Adhiya menarik muka.

Nik Ruzaimy menepuk dahi, macam manalah dia boleh lupa pulak. Dia mengerling tunangnya yang sudah mencebikkan bibir.

"I 'm sorry seronok sangat sampai terlupa".

"Yelah tu.. I know you're getting busy now" rajuk nada suara Adhiya.

"Sorry Zemi pun tak tahu sekarang ni makin banyak pulak kerja kat ofis tu. Ok, I promise lepas ni zemi takkan lupa lagi" Nik Ruzaimy mengangkat tangannya.

"Yelah tu.. " Adhiya masih merajuk.

"Dhiya please.. Janganlah macam ni. Dhiya sayang Zemi kan? " Nik Ruzaimy memujuk.
Adhiya tersenyum, sejuk hati Nik Ruzaimy melihatnya.

"Esok awal-awal pagi Zemi datang ambik Dhiya ok? "

Adhiya mengangguk perlahan. Nik Ruzaimy tersenyum.

"Dah lewat ni, jom lah kita balik dulu" Adhiya melihat jam tangannya. Hampir pukul sepuluh malam.

"Awal lagi ni... "

"Ish, tak naklah.. Dhiya tak biasalah lewat-lewat macam ni" Adhiya sudah tidak selesa. Baginya pukul sepuluh sudah lewat.

"Ok, ok kejap Zemi pergi bayar dulu ok" Nik Ruzaimy bangun menuju ke kaunter. Adhiya hanya memandangnya.

.........................-...............................

Nik Ruzaimy memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar rumah milik keluarga Adhiya.

"Thanks.. " ucapnya lalu mahu keluar.

"Itu aje? " Nuk Ruzaimy mengangkat kening.

"Goodnight sayang.. " lanjut sahaja suara Adhiya.

Melebar senyuman Nik Ruzaimy mendengar panggilan sayang itu. Makin bertambah rasa cinta pada gadis ini.

"Goodnight too" balasnya pula. Adhiya membuka pintu kereta.

"Save drive nanti call kalau dah sampai" Adhiya sempat memesan pada tunangnya.

Nik Ruzaimy mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta. Tidak lama kemudian, keretanya meninggalkan pekarangan rumah.

Adhiya memandang hingga kereta milik Nik Ruzaimy hilang dari pandangan sebelum dia masuk ke dalam rumah.

"Baru balik,? " tegur Safiya sebaik sahaja Adhiya masuk ke dalam rumah.

"Yelah.. Takkan baru nak pergi kut? " Adhiya mengenakan adiknya sambil mengatur langkah menuju ke bilik.

"Ada beli apa-apa tak? " Safiya mengikuti langkah kakaknya.

"Fiya, akak keluar dengan abang Zemi lah. Manalah sempat tapau apa-apa" balas Adhiya sambil membuka tudung.

"Alah akak ni dengan adik sendiri pun berkira" Safiya memuncungkan bibir.

"Alah.. Sorry nanti kalau akak keluar akak beli banyak-banyak makanan. Fiya makanlah sampai buncit perut tu" seloroh Adhiya.

Makin panjang muncung Safiya apabila dikatakan begitu oleh kakaknya.

"Dah, pergi tidur awak tu nak SPM mana boleh tidur lewat-lewat macam ni"

"Fiya rasa nak tidur dengan akaklah malam ni" manja katanya.

"Ish, tetiba aje ni kenapa? "

"Alah bolehlah" Safiya terus merebahkan badan di atas katil kakaknya. Waktu itu, telefon bimbit Adhiya berbunyi. Adhiya yang baru hendak menutup lampu itu terhenti terus dia mencapai telefon bimbitnya.

Tertera nama Zemi di situ. Dengan senyuman melebar dia menjawab panggilan itu.

"Dah sampai ke? "

"Dah.. " Nik Ruzaimy menyandar pada keretanya mendengar suara Adhiya yang seakan-akan masih dalam nada merajuk itu.

"Dhiya merajuk lagi ke ni? " soal Nik Ruzaimy.

"Taklah mana ada merajuk. Tak bestlah merajuk lama-lama" balas Adhiya. Dia berlalu ke arah beranda nanti tak pasal si Safiya itu mengejeknya pula.

"Hmm.. Ingatkan tengah merajuk lagi kalau merajuk lagi Zemi pergi rumah. "

"Tak payah nak gatal sangat. Awak tu dah sampai kat rumah takkan nak datang pulak. Sabarlah.. Tak lama pun" Adhiya senyum sendirian.

"Kalau ye pun apa salahnya.. " terdengar Nik Ruzaimy ketawa.

"Zemi ni ada aje.. " rengus Adhiya.

"Ok, ok gurau aje. Esok kita nak pergi pukul berapa? " soalnya.

Adhiya diam, dia sedang memikir.

"Dalam pukul dua macam tu. Sebab esok pagi Dhiya kerjalah" katanya.

Nik Ruzaimy mengangguk.

"Oklah kalau macam tu, tapi esok Dhiya jangan pergi kerja dengan kereta. Nanti bila balik bolehlah Zemi ambilkan Dhiya"

"Ok.. Esok pagi Dhiya tumpang Zurin. Tapi make sure jangan datang lambat tau. "

Sempat pula Adhiya memesan pada tunangnya. Bukan boleh percaya sangat si Zemi ni. Nik Ruzaimy tergelak.

"Ok dear, Zemi janji Zemi akan datang awal"

"Yelah tu.. Oklah, Dhiya nak tidur dulu ni. Bye.. Goodnight" ucapnya.

"Bye, semoga mimpikan Zemi ye" sempat lagi dia bergurau.

Adhiya hanya tersenyum lebar sebelum dia mematikan telefon bimbitnya. Adhiya kembali ke katil, dia melihat Safiya sudah sengih-sengih memandangnya.

"Oh my god... Sweetnya.. "

Adhiya menjegilkan mata. Boleh pulak dia curi-curi dengar.

"Nakal ye, curi-curi dengar orang cakap. " Adhiya mencubit lengan adiknya.

"Alah dengar aje pun, tak salahkan? " Safiya mengangkat kening.

"Memang salah, dengar orang cakap" Adhiya menolak perlahan bahu adiknya sebelum dia merebahkan badan di atas tilam.

"Eleh malulah tu.. " usik Safiya.

"Eh, tidurlah.. " Adhiya sudah malu apabila diusik begitu oleh adiknya.





Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now