Liyana meletakkan dulang berisi dua gelas air sirap di atas meja, lalu dia melabuhkan duduk di sebelah Zurin.
"Aku nak mintak maaf lagi sekali dekat kau, aku nak mintak maaf bagi pihak suami aku. Tak sangka sampai dia boleh bertindak macam tu sekali" ujar Adhiya.
"Kau ni, tak payahlah nak mintak maaf dengan aku. Aku rasa dah banyak kali dah kau mintak maaf dengan aku, lagipun kau bukannya ada buat salah apa pun dengan aku. Yang buat tu suami kau, sepatutnya dia yang mintak maaf pada aku bukannya kau" balas Zurin.
Adhiya hanya menunduk.
"Tapi aku rasa bersalah jugak, sebab aku yang mintak kau hantarkan kereta aku. Kalau kau tak datang hari tu, mesti kau takkan lalui semua ni" sayu suara Adhiya.
"Alah tak kisahlah Dhiya, apa-apa pun aku maafkan dia.. " jawab Zurin.
"Lutut kau macam mana, okey tak? " soal Adhiya dengan wajah risau.
"Okay aje, tak teruk mana pun calarnya. Alah kau jangan risaulah, luka aku ni tak apa tak teruk orang tak nampak pulak tu. Tapi kau tu, orang boleh nampak" kata Zurin sambil menunjuk tepi bibir Adhiya yang lebam itu.
Liyana menggelengkan kepala.
"Tergamaknya dia buat kau macam ni.. " Liyana bersimpati.
"Tak hilang lagi ke? Aku rasa dah banyak kali dah aku tuam" Adhiya menyentuh tepi bibirnya yang masih lebam itu.
"Kalau ikutkan hati aku, aku nak aje buat report polis! Tapi aku masih fikirkan kau" kata Zurin.
"Janganlah Zurin.. Aku rayu tolonglah jangan buat. Aku akan selesaikan masalah ni sendiri " rayu Adhiya sambil memegang tangan Zurin.
Sedih Zurin melihat kawannya, Liyana juga terasa sedihnya.
"Tapi kalau dia naik tangan lagi dekat kau, aku nekad Dhiya. Aku akan buat laporan polis, biar dia kena dakwa! " tegas Zurin.
Adhiya hanya diam.
"Aku bukan apa Dhiya, aku sayang kau. Aku tak nak jadi apa-apa pada kau. Teruk sangat perangai dia tu. Mudah percaya cakap orang! Dia buat kau macam-macam, apa dia ingat dia lelaki dia boleh buat sesuka hati dialah pada kau? " marah betul Zurin.
"Dhiya.. Kau kuat ye, aku sentiasa doakan kau. Ingat Allah, Allah sentiasa ada dengan hambanya. Tambah-tambah lagi dengan hambanya yang teraniaya" lembut Zurin memberi semangat kepada kawannya.
"Terima kasih Yana, selagi aku mampu aku akan kuat" balas Adhiya.
"Kau jangan tak melawan pulak bila dia berkasar dengan kau"
"Kau ni.. Dia suami aku kut, takkanlah aku nak berkasar? " perlahan suara Adhiya.
"Bukannya melawan maki dia apa semua tu. Maksud aku, mempertahankan diri kau, kau ni kan nama aje ada ijazah tapi tak boleh nak fikir ke arah tu" Zurin menyandar pada kerusi.
"Insyallah Zurin.. Kalau dia dah keterlaluan aku akan bertindak"
"Aku sokong kau Dhiya, jangan biarkan dia pijak maruah kau sesuka hati dia aje. Kau kena pertahankan okey.. Kalau kau perlu apa-apa kau bagitahu je aku! " kata Zurin sambil menepuk perlahan bahu sahabatnya.
Adhiya tersenyum, beruntung dia mendapat sahabat seperti Zurin dan Liyana. Mereka banyak membantunya.
"Eh Dhiya, aku ada lagi satu cerita ni" Zurin mendekatkan kerusinya pada Adhiya.
"Cerita apa? " Adhiya mengerutkan dahi.
"Pasal Mel, "
"Kenapa, kau ada jumpa dia ke? " soal Adhiya.
"Aku tak sure dia atau tak, tapi hati aku kuat mengatakan bahawa itu dia! " yakin Zurin.
"Seriously? Kau jumpa dia kat mana tu? " tidak berkelip dia memandang Zurin.
"Aku jumpa dia masa aku pergi mall dengan Yana, kami ada jugak stalk dia. Bila sampai aje dekat parking lot dia dah hilang" terang Zurin.
Adhiya seperti kurang percaya, Zurin yang dapat menangkap maksud Adhiya itu berkata.
"Kalau kau tak percaya, kau tanya Yana" kata Zurin sambil memandang Liyana.
"Ye. Betul Dhiya, aku tak berapa nak berani jamin yang itu dia. Tapi betul macam dia.. " celah Liyana.
"Pelanduk dua serupa kut.. "
"Entahlah, aku pun tak tahu nak kata. Tapi hati aku kuat mengatakan yang dia masih ada kat sini" tegas Zurin.
"Tapi rumah dia tak ada apa pun, cuma ada bibik aje. Kau tak ingat ke waktu kita pergi kali kedua, jiran kata dia dengan mama dia dah pindah" balas Zurin pula.
"Bukanlah, maksud aku.. Dia masih ada berhampiran kita. Masih dalam kawasan ni" bersungguh-sungguh Zurin berkata.
"Aku harap dapatlah jumpa dia.. " hiba kata-kata Adhiya.
"Ermm Dhiya.. " Zurin bersuara. Wajahnya serba salah.
"Ye.. Kenapa? " lembut Adhiya bertanya.
"Aku nak tanya kau satu soalan ni, tapi kau jangan terasa pulak ye? " perlahan suara Zurin.
"Cakaplah, insyallah aku tak terasa"
"Bekas tunang kau.. Diorang dapat cari dia? " soalnya.
Wajah Adhiya biasa sahaja. Dia membalas.
"Tak dapat jugak, bapa mentua aku pun ada pasang spy untuk cari dia. Tapi sampai ke hari ni tak jumpa-jumpa. Aku kesian dengan mama, menangis-nangis dia" ujar Adhiya.
"Kesiankan mama kau? Habis kau macam mana? Tak kesian dengan diri kau? " soal Zurin. Liyana menyiku Zurin.
"Tak apa Zurin, aku redha.. Aku terima yang aku tak ada jodoh dengan dia. Aku tak kisah kalau dia nak buat apa pun dekat aku, tapi tolonglah jangan hampakan mama dengan papa dia" tenang Adhiya menjawab.
"Tak apalah, kita sama-sama doa moga hati dia terbuka untuk balik sini" celah Liyana.
Adhiya tersenyum.
"Aku tak pernah putus doa Yana, tiap-tiap hari aku doa. Aku tak nak mama sedih lagi,aku sentiasa doa untuk kesejahteraan keluarga kami" lembut Adhiya membalas.
Zurin dapat mengagak bahawa hati Adhiya sudah mati buat Nik Ruzaimy. Doa Zurin moga Adhiya bahagia selepas ini.
"Dah kita minum dulu.. Nanti dah tak sejuk pulak" Liyana menghulurkan gelas pada Adhiya dan Zurin.
"Terima kasih Yana.. " manis wajah Adhiya. Liyana tersenyum pada sahabatnya.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...