Nik Rafael yang memakai tali lehernya, dia melihat penampilannya di cermin. Adhiya masuk ke dalam bilik.
"Abang.. Dhiya dah siapkan sarapan untuk abang" beritahunya.
"Kau dah masak apa yang aku suruh? " soalnya tanpa memandang wajah isterinya.
"Dah.. Nasi hujan panas buat breakfast " kata Adhiya lalu hendak turun.
"Hei.. Hei.. Nak pergi mana? " panggilnya.
"Nak turunlah" jawabnya.
Nik Rafael menghulurkan tangan, berkerut dahi Adhiya melihatnya.
"Nak buat apa ni? " soal Adhiya pelik.
"Pegang tangan aku, kita turun sama-sama" katanya.
Adhiya teragak-agak, dia mengenggam tangan Nik Rafael. Nik Rafael pula membalas genggaman isterinya, sempat lagi dia mencium tangan isterinya. Makin pelik Adhiya melihatnya.
"Jom.. Kita sarapan" manis wajahnya memandang Nik Rafael.
Nik Rafael menuruti langkah isterinya sebaik sahaja sampai di meja makan, Adhiya terus mencedok nasi itu ke dalam pinggan suaminya.
"Duduk sebelah aku" katanya sambil memakan nasi.
"Hah? " Adhiya inginkan kepastian.
"Duduk sebelah aku, kau ni pekak ke? " herdiknya.
Adhiya tidak berkata apa, dia melabuhkan duduk di sebelah Nik Rafael.
"Kau tak makan ke? " soalnya lagi.
"Nantilah Dhiya makan, dah kenyanglah" katanya sambil meminum air milo.
"Ye ke kenyang? " Nik Rafael memandang isterinya.
"Iye.. Dhiya dah kenyang sangat-sangat " Adhiya menekankan perkataan kenyang itu.
"Ke kau tak suka makan dengan aku? " Nik Rafael menyambung makan.
"Bukan abang ke yang tak suka Dhiya makan dengan abang? " Adhiya menyoal balik.
Nik Rafael yang sedang makan itu terhenti, dia memandang isterinya.
"Yang kau nak ungkit ni kenapa? Tak puas hati? " tajam Nik Rafael memandang Adhiya.
"Dhiya bukan nak ungkit bang, Dhiya risau kalau Dhiya makan bersama nanti abang marah pulak" perlahan suaranya.
"Kalau macam tu kau pergi duduk jauh-jauh dengan aku. Pergi! " halaunya.
"Dhiya mintak maaf abang, kalau abang terasa dengan apa yang Dhiya cakap tadi" Adhiya meminta maaf.
"Kalau kau tak suka aku cakap, tak adalah aku ni macam orang gila melayan kau! " Nik Rafael mengelap mulut. Dia sudah selesai makan, dia betul-betul terasa dengan kata-kata isterinya.
Nik Rafael bangun, dia mencapai beg kulitnya lalu ingin keluar. Adhiya terus mendapatkan suaminya, tangan Nik Rafael dipegang.
"Dhiya mintak maaf abang, Dhiya mintak maaf.. " Adhiya mencium tangan Nik Rafael. Nik Rafael segera menariknya, tersentak Adhiya dibuatnya.
Nik Rafael menuju ke pintu, sekali lagi Adhiya mendapatkan Nik Rafael. Adhiya terus memeluk tubuh Nik Rafael.
"Dhiya mintak maaf abang, Dhiya janji lepas ni Dhiya takkan sebut lagi perkara dah lepas. Jangan benci Dhiya lagi bang, Dhiya sayang abang" sayu suara Adhiya. Makin erat dia memeluk tubuh Nik Rafael.
Nik Rafael masih mendiamkan diri.
"Tolong bang.. Janganlah benci Dhiya lagi. Dhiya sayang abang.. Lepas ni Dhiya takkan melawan abang. Dhiya makan dengan abang.. Dhiya suap abang. Tapi abang janganlah benci Dhiya " Adhiya menyembamkan mukanya di dada Nik Rafael.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...