22

665 10 1
                                    

Adhiya masuk ke dalam rumah, dia melihat suaminya sedang leka menonton televisyen. Nik Rafael langsung tidak mengendahkannya, dia memfokuskan pandangan ke televisyen. Baru sahaja Adhiya hendak berlalu dia menegur.

"Buatkan aku air" keras suaranya.

Adhiya tidak menjawab, dia hendak berlalu ke dapur.

"Diam aje kenapa? Nak protes aku?" ada saja dia nak cari pasal.

"Dhiya nak pergi dapur dulu bang.. " jawabnya lalu berlalu ke dapur. Nik Rafael menjeling tajam.

Dalam beberapa minit, Adhiya datang semula bersama secawan air kopi lalu dengan sopan dia meletakkan di atas meja.
"Minum bang" lembut katanya.

Nik Rafael tidak mengendahkan isterinya, dia mencapai cawan itu lalu perlahan-lahan di meneguk. Adhiya hendak naik ke atas terhenti apabila terdengar suara suaminya.

"Dhiya!! " tinggi suaranya. Adhiya segera mendapatkannya semula.

"Kenapa bang? " soal Adhiya.

Macerlung mata Nik Rafael memandang isterinya.

"Kopi apa yang kau buat dekat aku ni? Pahit nak mampus! " kasar ayatnya.

"Err.. " Adhiya gugup.

"Kalau iye pun kau protes dengan aku, tak payahlah sampai nak kenakan aku! " marahnya.

"Mana ada Dhiya nak kenakan abang.. Dhiya bancuh macam biasa aje bang, Dhiya sempat rasa air tu tak ada pun pahit" Adhiya membela dirinya.

"Kau ingat aku percaya cakap kau? "

"Tak apa Dhiya pergi buat lain air ni" Adhiya hendak mengambil cawan itu dari tangan suaminya. Nik Rafael hanya memandang sahaja. Entah macam mana Adhiya tersilap pegang, cawan itu terjatuh habis pecah dan air membasahi lantai.

"Apa kau buat ni? " soal Nik Rafael keras.

"Abang, Dhiya mintak maaf bang.. Dhiya tak sengaja " mohon Adhiya.

"Tak payah nak berlakonlah Dhiya! Aku tahu kau saja kan jatuhkan cawan ni? Kalau iye pun kau protes aku, tak payahlah kau rosakkan harta benda kat rumah ni! "

"Tak apa nanti Dhiya ganti yang baru" kata Adhiya.

"Huh! Dah berapa banyak duit kau nak beli cawan mahal ni? " sinis dia bertanya.

Adhiya hanya menundukkan kepala.

"Lain kali jangan sesuka hati aje nak rosakkan. Kau ingat semua ni beli guna duit bapak kau ke? " kasar bahasanya. Adhiya menahan hati.

"Kalau abang nak marah Dhiya sekalipun, jangan sesekali nak libatkan nama keluarga Dhiya! " tegas Adhiya.

Nik Rafael bangun, dia berdiri tegak di depan isterinya.

"Kalau aku libatkan jugak. Kau nak buat apa?" Nik Rafael seperti mencabar isterinya.

Adhiya tidak menjawab, dia menahan hati.

"Kenapa kau diam? Dah tak tahu nak jawab apa dah? " Nik Rafael menunjal kepala isterinya.

Adhiya menyeka air mata. "Tolonglah bang, jangan libatkan sesiapa lagi. Cukuplah abang hukum Dhiya ni" bergetar suaranya.

"Kau tak payah nak buat drama air mata kat sinilah! Sekarang ni aku nak kau kutip semua kaca ni, lepas tu aku nak kau lap air ni. Cepat! Apa yang kau terhegeh lagi? " pekiknya.

Adhiya terus mengambil kain di dapur, lalu dia datang ke ruang tamu semula.

"Cepat kutip! Bengap! " Nik Rafael terus menolak tubuh isterinya. Adhiya terus jatuh terduduk di atas lantai.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now