Datin Aleesa bagaikan tidak percaya memandang susuk tubuh di depannya. Seorang yang amat dirinduinya selama ini, seorang yang telah melukakan hatinya.
"Zemi...? " tuturnya perlahan.
Dia tidak bermimpi, sekarang Nik Ruzaimy yang berdiri di hadapannya. Nampak sendu wajah itu.
"Mama... " sebak suaranya. Waktu itu, Dato Nik Azhar menghampiri mereka bengis wajahnya memandang anak keduanya.
"Anak kita dah balik bang.. Mana Zemi pergi nak?.. Kenapa Zemi buat kami macam ni?.. " bergetar suara Datin Aleesa.
"Ze.. Zemi mintak maaf mama.. Zemi mintak maaf. " dia mencium tangan mamanya.
Datin Aleesa menangis.
"Pa.. Zemi mintak maaf " Nik Ruzaimy ingin mencium tangan Dato Nik Azhar tetapi terhenti apabila Dato Nik Azhar menengking.
"Siapa papa kau? "
Terkedu Nik Ruzaimy mendengarnya. Tanpa banyak kata, satu penampar hinggap di pipi Nik Ruzaimy.
"Abang! " Datin Aleesa mendapatkan anaknya.
"Kau jangan panggil aku papa! Baru kau ingat aku ni papa kau? Baru kau ingat mama kau? Ni.. Buat apa kau balik sini? " marahnya.
Nik Rafael memandang dari jauh. Tiada langsung riak gembira melihat adiknya, yang ada hanya marah! Pada masa yang sama, dia takut kerana dia bimbang Nik Ruzaimy akan menagih cinta lamanya semula.
Tidak! Apapun yang terjadi, dia takkan biarkan sesiapa ganggu Adhiya!
"Papa.. Bagi Zemi explain " kata Nik Ruzaimy.
"Explain apa? Aku tak nak dengan apa-apa alasan dari mulut kau! Manusia macam kau takkan dapat dimaafkan! Kau ingat bila kau balik aku gembira? Aku suka? Lepastu aku peluk kau? Huh! " Dato Nik Azhar mendengus.
"Jangan harap! Aku takkan maafkan kau dengan apa yang kau dah buat! " tegasnya.
Keluar air mata Nik Ruzaimy mendengarnya.
"Ya Allah! Janganlah buat Zemi macam ni papa! Ampunkan Zemi papa! Mama, Zemi mintak ampun ma! Zemi akui memang Zemi salah! Tapi percayalah, Zemi tak niat nak buat semua ni! " raung Nik Ruzaimy.
Datin Aleesa sedih melihat anaknya, Dato Nik Azhar pula langsung tidak tersentuh melihatnya. Hatinya masih sakit.
"Tak payah nak bagi alasanlah! Tak niat kau kata? Kau jangan nak bohonglah, sebab kau niatlah kau boleh tinggalkan majlis macam tu aje! Kau dah tak fikir perasaan orang, terutamanya Dhiya! Kau ni memang betul-betul tak guna! " hambur Dato Nik Azhar sepuas hatinya.
"Papa.. Zemi mintak maaf pa, Zemi janji Zemi akan tebus silap Zemi ni. Tapi tolong lah bagi Zemi peluang untuk jelaskan pada semua orang" rayu Nik Ruzaimy bersama air mata yang mengalir dengan laju.
"Aku dah cakap yang aku tak nak dengar apa-apa alasan daripada kau! Kau ingat aku nak percaya dengan cerita bohong kau tu? Kau dengar sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi, kau berambus dari sini! Aku juga haramkan kau jejakkan kaki kau dekat rumah aku ni! " jerkahnya.
Terkejut Nik Ruzaimy mendengarnya. Datin Aleesa memegang tangan suaminya.
"Ya Allah! Apa yang abang cakapkan ni? Janganlah buat Zemi macam ni! Kesiankan anak tu.. Tolonglah kesiankan dia.. " pujuk Datin Aleesa.
"Kesiankan dia? Kamu tanya dia sendiri, masa dia tinggalkan majlis tu ada dia kesiankan Dhiya? Ada dia kesiankan kita ni sebagai mak bapak dia? Ada ke Leesa? " tanyanya dengan wajah yang kecewa.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...