54

1K 16 1
                                    

Nik Rafael berdiri di tepi tingkap, dia baru sahaja lepas menunaikan solat. Nik Rafael benar-benar bertaubat dan menyesal atas perbuatannya pada semua orang. Nik Rafael nekad mahu mencari Adhiya, kerana gadis itu amat bermakna dalam hidupnya.

"Rafa.. " Datin Aleesa memanggil di muka pintu.

Nik Rafael menoleh.

"Jom makan.. " ajaknya.

"Mama makanlah dulu, Rafa tak ada seleralah" balasnya lalu memandang ke luar tingkap semula.

Datin Aleesa duduk di atas kerusi di tepi meja. Nik Rafael yang sedang berdiri dipandang dengan rasa simpati.

"Rafa.. Mama tahu Rafa rindukan Dhiya, mama pun rindu dengan dia. Tapi kesihatan Rafa kena jaga jugak, nanti Rafa sakit macam mana? " Datin Aleesa memujuk.

"Rafa tak boleh ma, Rafa terlalu rindukan Dhiya. Selalu kalau Rafa makan, dia mesti akan temankan Rafa" sedih suaranya.

Nik Rafael menoleh memandang mamanya.

"Ma.. Rafa nak mintak maaf pada mama, Rafa dah banyak buat salah pada mama. Rafa melawan mama, Rafa sanggup tuduh mama sebagai punca Rafa hidup macam ni. Tapi Rafa silap, kerana mamalah Rafa bahagia. Rafa bertuah dapat isteri macam Dhiya ma" ucap Nik Rafael lalu mencium tangan Datin Aleesa berkali-kali.

"Mama maafkan Rafa, mama tak salahkan Rafa. Mama syukur sangat Rafa dah bertaubat, Rafa dah insaf atas perbuatan Rafa" balas Datin Aleesa sambil mengusap-usap kepala anaknya.

"Ma.. Rafa nak cari Dhiya ma, Rafa akan cari Dhiya dan bawak Dhiya balik ma. Mama doakan Rafa ye" pintanya.

Datin Aleesa mengangguk perlahan.

"Mama sentiasa doakan kebahagiaan anak dan menantu mama.. " ucapnya

.....................-..................................

Encik Azrie yang sedang memakai kasut di depan pintu itu memandang ke halaman rumah sebaik sahaja sebuah kereta berhenti di situ. Puan Rahimah yang datang sambil membawa bekal makanan Encik Azrie turut memandang ke arah kereta itu.

Nik Rafael keluar dari kereta, berubah wajah Encik Azrie manakala Puan Rahimah nampak tenang sahaja.

"Assalamualaikum" Nik Rafael memberi salam sambil mengatur langkah ke arah mentuanya.

"Waalaikumsalam" jawab Puan Rahimah dan Encik Azrie.

Nik Rafael menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Encik Azrie. Encik Azrie membalas juga, tetapi sebaik sahaja Nik Rafael hendak mencium tangannya Encik Azrie terus menariknya.

Nik Rafael menahan hati, dia memaniskan wajahnya memandang Encik Azrie tetapi Encik Azrie tidak memandang wajahnya.

"Abah sihat? "

"Hmm.. Sihat" balas Encik Azrie lalu memandang Puan Rahimah.

"Abang pergi kerja dulu," katanya.

Puan Rahimah hanya mengangguk lalu bersalam lalu mencium tangan suaminya. Puan Rahimah menyerahkan bekal makanan pada Encik Azrie.

Encik Azrie terus berlalu ke kereta tanpa mengendahkan Nik Rafael. Nik Rafael tahu, Encik Azrie pasti marahkannya.

"Ibu.. " Nik Rafael menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Rahimah membalas, dengan penuh hormat Nik Rafael mencium tangan Puan Rahimah.

"Dah makan? " soal Puan Rahimah.

Nik Rafael menggeleng.

"Dah, mari makan.. Ibu buat sarapan tu" ajak Puan Rahimah lalu masuk ke dalam rumah. Nik Rafael membuka kasut lalu menyusul emak mentuanya.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now