46

396 7 1
                                    

Adhiya baru sahaja selesai mengerjakan solat Zohor. Adhiya membuka telekung lalu disimpan di dalam almari, sejadah dilipat lalu meletakkan di tempat yang sama.

Adhiya hendak keluar dari bilik itu terhenti sebaik sahaja telefon bimbitnya berbunyi.

Adhiya melihat nama yang tertera. Tiada nama, nombor sahaja. Adhiya cuba mengingati nombor itu, namun dia sudah teringat lalu menjawab nombor itu.

"Assalamualaikum" Adhiya memberi salam.

"Waalaikumsalam"

"Awak nak apa Zemi? Awak tak padam nombor saya ye? " soal Adhiya serius.

"Zemi mintak maaf Dhiya, Dhiya.. Zemi nak mintak satu aje kat Dhiya" kata Nik Ruzaimy.

"Apa dia? "

"Boleh Dhiya datang rumah Zemi? Zemi ada hal nak cakap dengan Dhiya" berharap nadanya.

"Nak cakap apa? Kalau hal yang biasa, cakap aje kat telefon ni tak payahlah susah-susah saya nak datang rumah awak" balas Adhiya.

"Please Dhiya.. I want to explain "

"Nak explain apanya? Saya tak nak dengar apa-apa lagi daripada awak. Zemi tolonglah, jangan ganggu rumah tangga saya."

"Dhiya tolonglah.. Sekali ni aje, Zemi janji lepas ni Zemi takkan ganggu Dhiya lagi" sebak suara Nik Ruzaimy.

Adhiya menghela nafas sebelum menjawab.

"Baiklah.." perlahan suara Adhiya.

"Terima kasih Dhiya.. Nanti Zemi SMS alamatnya" kata Nik Ruzaimy sebelum talian dimatikan. Adhiya bangun lalu bersiap.

.....................-...............................

Adhiya memandu perlahan di kawasan rumah teres satu tingkat itu. Kereta Adhiya berhenti di bahu jalan, Adhiya melihat alamatnya. Betul! Ini rumah Zemi?

Adhiya turun dari kereta, dia melihat sekeliling rumah itu. Adhiya melihat pagar rumah berkunci. Adhiya menjengukkan sedikit kepalanya.

"Assalamualaikum! Assalamualaikum! " Adhiya memberi salam beberapa kali sebelum Nik Ruzaimy keluar membuka pintu.

Nik Ruzaimy dengan muka manis datang menghampiri Adhiya. Dia membuka pintu pagar, Adhiya hanya beriak biasa.

"Masuklah.. " jemput Nik Ruzaimy yang sudah masuk ke dalam rumah itu.

"Tak apa, saya duduk dekat luar aje. Lagipun nanti apa pulak kata orang" jawab Adhiya. Dia terpandangkan kerusi plastik yang berada di tepi pintu lalu mengambilnya.

Adhiya tidak masuk ke dalam rumah, dia duduk di atas kerusi plastik di bangsal di depan pintu.

"Kejap Zemi ambil air" ujarnya lalu masuk ke dalam rumah.

Adhiya melihat ke dalam rumah, ruangannya hanya kecil sahaja. Ada tiga bilik termasuk bilik air. Di ruang tamu hanya ada sebuah tv biasa dan almari.

Hati Adhiya dihimpit rasa simpati. Waktu itu, Nik Ruzaimy datang bersama dua kotak air.

"Zemi ada air ni aje. Maaflah" ujar Nik Ruzaimy sambil tersenyum lalu menyerahkan air kotak kepada Adhiya.

Adhiya mengambilnya.

"Awak cakap awak nak bincang dengan saya? " tanya Adhiya sambil matanya terarah pada Nik Ruzaimy.

Nik Ruzaimy duduk bersila di muka pintu. Dia begitu teragak-agak untuk memulakan bicara.

"Dhiya.. Zemi tahu, Dhiya masih marahkan Zemi sebab Zemi tergamak tinggalkan majlis kahwin tu"

Adhiya menundukkan kepala.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now