42

408 6 0
                                    

Nik Rafael turun dari atas, dia melihat Adhiya sedang menghidang makanan untuk dia sarapan. Nik Rafael perasan wajah Adhiya muram.

"Dhiya"

Adhiya yang hendak ke dapur terhenti, dia memandang Nik Rafael.

"Ye bang.. Kenapa? " sopan dia bertanya.

Nik Rafael mendekati isterinya, dia mengusap rambut Adhiya.

"Kenapa muram aje ni? Tak naklah, tengok muka Dhiya muram " tegur Nik Rafael.

"Mana ada Dhiya muram abang, memang muka Dhiya macam ni pun "

"Selalunya ceria aje abang tengok, hari ni muram aje. Cuba senyum sikit, abang nak pergi kerja rasa semangat sikit" kata Nik Rafael.

Adhiya mengukirkan senyuman.

"Hah.. Macam tulah, kan ada seri. Dah, mari teman abang makan" ajak Nik Rafael.
"Abang duduklah dulu, Dhiya nak ambik jus kat dapur "kata Adhiya lalu menuju ke dapur, kemudian Adhiya kembali dengan membawa jug air.

Adhiya duduk di sebelah suamimya.

"Dhiya.. Abang tahu Dhiya masih marahkan Zemi. " kata Nik Rafael lembut.

Adhiya hanya beriak biasa, dia mencedok mihun goreng ke dalam mangkuk Nik Rafael.

"Kenapa pulak Dhiya nak marah dia? "

"Habis tu yang Dhiya bad mood aje" balas Nik Rafael.

"Kalau Dhiya bad mood sekalipun tak ada kene mengena dengan Zemi. Kalau abang maksudkan Dhiya marahkan dia sebab dia tinggalkan Dhiya itu perkara lama bang" ujar Adhiya.

Nik Rafael serba salah, dia memegang tangan Adhiya.

"Abang mintak maaf Dhiya, abang tak sepatutnya kata macam tu dekat Dhiya" lembut suaranya.

"Tak apa abang, Dhiya tak ambil hati. " jawab Adhiya perlahan.

"Dah mari kita makan.. Jangan sedih lagi ye. Abang tak nak tengok Dhiya sedih, abang tak nak tengok air mata Dhiya menitis lagi" janji Nik Rafael.

Tersentuh Adhiya mendengarnya.

"Erm.. Abang, Dhiya nak mintak izin abang"

Nik Rafael memandang Adhiya.

"Dhiya nak pergi rumah abah, " kata Adhiya perlahan.

"Nanti kita pergi sama-sama "

"Lagipun Dhiya pergi sekejap aje, petang Dhiya baliklah. Boleh ye bang" Adhiya memaut lengan Nik Rafael manja.

"Yelah.. Pergi elok-elok. Hati-hati bawak kereta tu" pesan Nik Rafael.

"Terima kasih abang, Dhiya sayang abang" Adhiya melentokkan kepala di bahu suaminya.

............................-....................................

Nik Ruzaimy melangkah masuk ke dalam ofis milik bapanya. Dia perasan, semua mata di dalam ofis memandang ke arahnya tetapi Nik Ruzaimy tidak mengendahkannya.

Nik Ruzaimy ada pergi ke rumah keluarganya tetapi pembantu rumahnya ada memberitahu bahawa papa dan mamanya telah berangkat ke London atas urusan kerja.

Nik Ruzaimy tahu mamanya juga dipaksa oleh papanya untuk mengikutinya ke sana.
"Eh! Tuan Zemi" Nik Ruzaimy menoleh sebaik sahaja namanya ditegur.

"Nura.. "

"Tuan nak jumpa Tuan Rafa ke? " soal Nura sopan.

Nik Ruzaimy mengangguk perlahan. Nura tersenyum.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now