Adhiya duduk di bangku yang disediakan di hadapan rumahnya sambil itu dia melihat telefon bimbitnya.
"Dhiya.. "
Adhiya menoleh sebaik sahaja disapa abahnya.
"Tak pergi kerja lagi ke? " soal Encik Azri yang sedang memakai stoking di hadapan pintu.
"Dhiya pergi dengan Zurin hari ni abah. Balik, Zemi jemput sebab kitaorang nak pergi beli barang kahwin abah" ujar Adhiya.
"Lah, kenapa tak cakap dengan abah? Boleh abah tolong hantarkan Dhiya pegi ofis" kata Encik Azri yang sudah bangun.
"Tak apa abah, nanti lewat pula abah nak pergi kerja" sopan Adhiya menolak ajakan abahnya. Bukan apa, bimbang abahnya lambat ke tempat kerja. Walaupun kerjaya abahnya sebagai jurutera.
"Hmm.. Tak apalah jaga diri elok-elok. Abah pergi kerja dulu ye" Encik Azri menghulurkan tangan. Adhiya penuh hormat mencium tangan abahnya.
"Fiya! Cepat sikit, abah dah nak gerak ni! " laung Puan Rahimah pada anak bongsunya.
"Kejap! " sahutnya. Tidak lama kemudian, Safiya turun lalu menuju ke arah abahnya.
"Itulah siapa suruh tidur lewat semalam? " Adhiya mengenakan adiknya.Safiya tidak membalas dia hanya menjelirkan lidah pada kakaknya sebelum dia masuk ke dalam kereta. Encik Azri mengambil bekas makanan daripada Puan Rahimah sebelum masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian, keretanya keluar dari halaman rumah.
"Dhiya, Zurin tak sampai lagi? " soal ibunya pula.
"Belumlah ibu" manja sahaja suaranya.
"Nak ibu bekalkan sarapan ke? "
"Tak apa ibu, lagipun Dhiya dah makan dah tadi" balasnya.
Waktu itu, kereta swift milik Zurin berhenti di hadapan rumah.
"Zurin dah sampai tu, Dhiya pergi dulu ye" Adhiya mencium tangan Puan Rahimah sebelum meluru ke arah kereta sahabatnya.
"Elok-elok jalan! " laung Puan Rahimah sebelum masuk semula ke dalam rumah.
"Sorry aku lambat" mohon Zurin dengan muka bersalah.
"It's okay lah" balas Adhiya sambil membetulkan tudungnya.
Zurin menghidupkan enjin. Sambil itu, dia sempat kerling wajah Adhiya yang nampak ceria sangat hari ini.
"Tahulah tunang nak jemput pun petang ni. Tapi tak payahlah nak senyum-senyum sampai ke telinga" Zurin menyindir.
"Ish! Kau ni.. Janganlah cakap macam tu. Malulah"
Zurin tergelak.
"Kau ni, dengan aku pun kau nak malu? Eh, kau tak bagitahu aku pun lagi pasal tema kau" Zurin memulakan bicara sambil matanya menfokuskan pada jalan.
"Ermm.. Aku tak tahu lagilah, petang ni baru aku nak tengok semuanya. Tak apa, petang nanti aku wasap kau" balas Adhiya.
"Ok... "Adhiya seperti memikirkan sesuatu, sebelum dia bicara semula.
"Zurin.. Err.. Aku nak kau jadi pengapit aku" ceria wajah Adhiya memberitahu sahabatnya.
Zurin menoleh sekilas pada Adhiya sebelum dia memandang semula ke depan.
"Serius ni? Ingatkan kau suruh Mel tu jadi pengapit kau" kata Zurin."Oh! Melinda? Taklah.. Mestilah aku nak kau yang jadi pengapit aku. You're my bestfriend right? " balas Adhiya.
"Emm.. Appreciate sangat-sangat.. " seloroh Zurin. Mereka sama-sama ketawa.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...