Nik Rafael berjalan bersama Fakri, mereka baru sahaja lepas makan.
"Kau boleh tak tunggu dalam kereta kejap, aku nak pergi bank kejap" Nik Rafael bersuara.
"Oh, tak apalah kalau macam tu. Aku tunggu kau dalam kereta aje" balas Fakri. Nik Rafael mengangguk, dia terus berlalu dari situ.
Nik Rafael melintas jalan untuk ke bank yang berada di seberang jalan. Sampai sahaja di situ, Nik Rafael disapa.
"Eh Rafa, jumpa lagi kita ye" ramah Raziq menyapa Nik Rafael. Nik Rafael hanya senyum seadanya sahaja.
"Kau buat apa dekat sini? Datang bank jugak ke? " acuh tak acuh sahaja Nik Rafael menyoal.
"Tak adalah, kebetulan aku dari pasaraya ni. Beli barang sikit" Raziq menunjuk barang-barang yang berada di dalam plastik yang dijinjingnya.
"Oh.. " balas Nik Rafael malas. Raziq perasan akan Nik Rafael. Dia bersuara lagi.
"Kebetulan, aku ada buat majlis malam ni. Tak adalah besar mana, sikit-sikit aje. Kalau tak ada apa-apa, jemputlah datang. Bawaklah Dhiya sekali" beria-ia Raziq menjemputnya."Insyaallah, kalau tak ada apa. Aku sampai, rumah kau" kata Nik Rafael sambil mengira duit yang baru sahaja dia ambil melalui ATM. Dia ingin berlalu, malas nak melayan Raziq.
Nik Rafael yang melintasi sebuah restoran itu terhenti langkahnya apabila matanya terlihat seseorang yang berada di situ. Panas hatinya melihat isterinya, Adhiya sedang duduk bertentangan dengan seorang lelaki di restoran tersebut. Mereka begitu mesra.
Raziq yang perasan menghampiri Nik Rafael yang bagaikan terkaku itu. Raziq melihat apa yang dipandang Nik Rafael, senyumannya perlahan-lahan terukir.
"Err.. Rafa.. " Raziq memegang bahu Nik Rafael. Nik Rafael tidak berkata apa, matanya masih dipanahkan pada kemesraan Adhiya.
"Aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni, aku tahu kau marah.. " Raziq pura-pura menenangkan Nik Rafael.
"Suami mana yang tak marah kalau isteri dia melayan jantan lain? " serius suara Nik Rafael. Penumbuknya digenggam.
"Aku tahu, kalau aku di tempat kau pun aku akan rasa yang sama. Tapi, kau jangan bertindak melulu. Ok, to be honest aku nak cakap. Dhiya memang suka melayan lelaki, dia tak pernah tolak pelawaan mana-mana lelaki" Raziq memulakan cerita bohongnya.
Nik Rafael sudah naik turun dadanya menahan amarah.
"Kalau kau perasan, dia memang tak layan aku sebab dia dah anggap aku macam adik-beradik dia. Tapi dengan lelaki lain, dia takkan teragak-agak untuk melayan. Aku bukannya cuba nak rosakkan hubungan korang, tapi aku sebagai kawan aku tak nak tengok kau makan hati Rafa. "
Nik Rafael terdiam,
"Kau kena siasat pasal Dhiya ni lebih dalam lagi. Lebih-lebih lagi bila kau baru aje kenal dia. Jangan sampai, dia mainkan hidup kau Rafa. Kau nak ke nasib kau macam nasib adik kau? " Raziq terus merasuk Nik Rafael.
Nik Rafael mengerutkan dahi, dia memandang Raziq.
"Nasib adik aku? Apa maksud kau ni? " Nik Rafael tak faham.
"Susah aku nak cerita Rafa, susah" Raziq menggelengkan kepala.
"Apa ni? Apa lagi yang aku tak tahu ni? " Nik Rafael tak puas hati.
"Rafa, itu tak pentinglah. Yang penting sekarang, kau kena siasat pasal Dhiya dengan laki tu." Raziq menunjuk Adhiya yang ramah berbual dengan lelaki itu.
"Takkanlah Dhiya ni ada skandal dengan bos dia sendiri? " Nik Rafael masih ragu-ragu.
"Memanglah bos dia.. Bos dia tu sah-sahlah kaya. Kau rasa? Kalau kau nak tahu, dah banyak kali Dhiya keluar dengan bos dia. Keluar berdua pulak tu. Takkanlah tiap-tiap hari ada urusan business? " Raziq mengapi lagi, tambah-tambah bila melihat muka Nik Rafael yang sudah merah.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...