32

616 7 1
                                    

Adhiya masuk ke dalam bilik apabila telefon bimbitnya berbunyi. Nama ibunya tertera di situ, Adhiya menjawab.

"Assalamualaikum ibu" sopan Adhiya menjawab.

"Waalaikumsalam Dhiya, Dhiya kat mana ni? " soal Puan Rahimah.

"Dhiya kat rumah ni, kenapa ibu? " soal Adhiya.

"Maaf Dhiya, ibu lambat bagitahu. Nenek, dia masuk hospital " cemas suara ibunya.

Terkejut Adhiya mendengarnya. Ya Allah! Nenek.

"Ya Allah ibu.. Macam mana dia boleh masuk hospital? " bergenang air mata Adhiya.

"Atuk kata dia pitam, lepastu dia jatuh. Sekarang dia belum sedar lagi, ni ibu dah bertolak ke kampung ni" beritahu Puan Rahimah.

"Ibu.. Dhiya nak balik kampung bu.. Dhiya nak jumpa nenek" keluar air mata Adhiya.

"Ibu mintak maaf sayang, ibu lambat bagitahu. Kami semua cemas sangat tadi" Puan Rahimah rasa bersalah. Pada masa yang sama, dia memarahi dirinya kerana tidak memberitahu anaknya.

"Tak apa ibu, Dhiya boleh drive.. Dhiya balik kampung ye bu? " Adhiya mengelap air matanya.

"Yelah.. Hati-hati bawak kereta tu ye.. " sempat lagi Puan Rahimah memesan pada anaknya.

"Baik bu.. Assalamualaikum" Adhiya mematikan talian. Saat ini, menitis-nitis air mata Adhiya. Dia risaukan neneknya.

Waktu itu, pintu bilik dibuka dari luar. Nik Rafael duduk di sebelah Adhiya.

"Hei.. Kenapa nangis ni? " Nik Rafael memegang tangan isterinya.

"Dhiya nak balik kampung.. Dhiya nak jumpa nenek. Izinkan Dhiya balik kampung bang " menangis-nangis Adhiya berkata.

Nik Rafael menarik Adhiya ke dalam pelukan. Kepala isterinya diusap berkali-kali.

"Syy.. Dah jangan nangis sayang, nanti kita balik kampung ye. Abang ambik cuti, abang tak izinkan Dhiya pergi sorang-sorang " kata Nik Rafael.

Adhiya masih menangis, dia takut kehilangan neneknya

"Dah jangan nangis, abang bawak Dhiya balik kampung ye" Nik Rafael mengelap air mata isterinya.

...........................-.......................................

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, mereka masih dalam perjalanan. Nik Rafael sesekali mengerling Adhiya di sebelah. Nampak sembab mata Adhiya kerana terlalu menangis.

Telefon bimbit Adhiya berbunyi, cepat-cepat Adhiya menjawab.

"Assalamualaikum ibu, ibu nenek macam mana? " soal Adhiya tidak sabar.

"Dhiya jangan risau, nenek dah sedar. Darah dia naik itu yang dia pitam tu" beritahu Puan Rahimah.

Lega Adhiya mendengarnya.

"Syukur Alhamdulillah, tak apa Dhiya dah on the way ni. Dalam beberapa jam kami sampai ni" kata Adhiya.

"Nenek dah boleh discharge malam ni. Dhiya terus balik rumah nenek ye. " suruh ibunya.

"Baik bu, ibu bila balik? " soal Adhiya.

"Esok petang Ibu balik, sebab Fiya sekolah. Dhiya macam mana? " soal Puan Rahimah pula.

"Dhiya tinggal sana dalam seminggu ibu, abang pun dah ambik cuti" terang Adhiya sambil memandang suaminya.

"Lamanya.. "

"Dhiya nak jaga nenek bu, Dhiya risaukan dia" sedih suara Adhiya.

"Tak apalah, Ibu nak pergi tengok nenek kejap"

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now