10

780 14 0
                                    

Hari sudah pun malam, hanya tinggal beberapa orang sahaja yang sedang mengemas. Adhiya hanya duduk di dalam bilik, sambil melihat gambar kenangannya bersama Nik Ruzaimy. Datin Aleesa dan Dato Nik Azhar tidak henti-henti meminta maaf padanya. Adhiya hanya memaafkan sahaja, dia tidak menyalahkan mereka dengan apa yang terjadi.

Waktu itu, pintu bilik dibuka dari luar. Adhiya terus menutup telefonnya. Nik Rafael dengan wajah masam masuk ke dalam bilik.

"Err.. Abang"

Nik Rafael memandang isterinya dengan pandangan yang tajam.

"Kau panggil aku apa tadi? " soalnya dengan serius.

Adhiya tidak menjawab, hanya menunduk menekur lantai. Tidak berani menatap wajah bengis suaminya itu, gerun! Hilang kekacakkan di wajahnya.

"Kenapa kau diam? Sekali lagi aku tanya kau, kau panggil aku apa tadi? " soalnya lagi.

"A.. Abang" takut-takut Adhiya menjawab.

"Bila cakap tu, pandang sini! Kau pandang aku! " dengan kasar dia menolak dagu Adhiya.

"Kau dengar sini aku nak cakap dengan kau. Aku buat semua ni pun sebab aku fikirkan pasal maruah keluarga aku, kalau fikirkan maruah kau aku tak kisah pun. Aku tak kenal kau, aku tak tahu asal-usul kau macam mana. Jadi jangan harap aku nak cintakan kau" sinis katanya.

"Kalau awak tak suka kenapa awak nak kahwin dengan saya? " Adhiya menyoal.

"Huh! Kau pun sama, kalau kau tak suka kau boleh aje tolak tadi. Sebab keputusan dekat tangan kau tapi kenapa kau tak tolak. Sebab dah berangan nak jadi menantu orang kaya? " terjegil matanya.

"Saya.. Saya tak pernah pun terfikir macam tu..saya buat ni pun sebab saya fikirkan maruah keluarga saya juga" bergetar suara Adhiya.

Nik Rafael mencebikkan bibir. Mengejek.

"Oh! Fikir pasal keluarga kau? Hei.. Keluarga kau apalah sangat, jangan bagi alasan keluarga lah. Lainlah keluarga aku, orang kaya, ternama memang patutlah aku tutup maruah diorang. Setakat keluarga kecil kau ni orang tak hairan pun" hinanya lagi.

Air mata mula bergenang di pelupuk mata Adhiya. Sedih mendengar hinaan yang dilemparkan Nik Rafael.

"Kau, dengan bakal laki kau yang tak guna tu! Sama aje! Masing-masing menyusahkan orang! " marahnya.

"Saya, mintak maaf.. "

"Maaf! Maaf! Maaf! Itu aje yang kau tahu kan? Kau ingat maaf kau tu bernilai sangat ke pada aku? " tinggi suara Nik Rafael hingga Adhiya terkejut.

"Senanglah kau kan, mintak maaf pakai air liur! Habis aku ni, nak kena menghadap kau pulak. Kalau tak kerana mama dan papa aku, malam ni jugak aku ceraikan kau! "

Air mata Adhiya menitis juga. Tidak mampu untuk berkata apa lagi. Jelas kebencian di mata lelaki ini.

"Menangislah, harap-harap dengan keluarnya air mata kau tu boleh lembutkan balik hati kekasih kau tu! " sindirnya. Langsung tidak simpati melihat Adhiya yang mengalirkan air mata itu. Sebaliknya, dia rasa menyampah pula.

"Dah, tak payah nak menangis lah! Menyampah pulak aku tengok. Sekarang ni, mana aku nak tidur ni? " soalnya kasar.
Adhiya mengelap air matanya,

"Kat sini... " Adhiya menunjukkan tempat di sebelahnya.

Nik Rafael buat muka menyampah.

"Kau ingat aku terliur ke nak tidur sebelah kau tu? Kalau dah muka kau aku dah benci, kau hias bilik kau macam mana sekalipun aku tak ingin nak tidur kat sebelah ni" katanya.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now