4

546 12 0
                                    

Mereka sampai di rumah milik keluarga Nik Ruzaimy, setelah puas membeli barang untuk hantaran. Sebaik sahaja Adhiya keluar dari kereta, Datin Aleesa terus meluru lalu memeluk erat bakal menantunya.

"Dhiya sihat? Ya allah. Makin berseri Dhiya ni" ramah Datin Aleesa.

"Sihat ma.. " balas Adhiya.

"Jom, masuk mama nak masak banyak tu. Macam-macam mama masak untuk bakal menantu mama ni" Datin Aleesa berjalan masuk ke dalam rumah bersama bakal menantunya.

"Mana papa? " soal Adhiya sambil matanya meliar mencari bakal bapa mentuanya.

"Oh, papa nanti malam baru dia balik. Katanya dia kena jumpa client " balas Datin Aleesa.

"Ooo... Jadi dia tak join kita lah? "

"Tak, dia ada call mama tadi. Dia mintak maaf dekat Dhiya sebab tak dapat nak dinner sekali" kata Datin Aleesa lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Adhiya turut duduk di sebelah ibu mentuanya.

"Banyaknya barang mama.. " kata Adhiya apabila terpandang banyak barang yang berada di atas meja. Kak Siti sedang memasak.

"Mestilah, ini semua untuk makan malam kita tau. Dhiya duduk sekejap ye, mama nak tolong Kak Siti masak" Datin Aleesa sudah bangun.

"Nak Dhiya tolong ke? " soal Adhiya. Segan pula dia bila duduk saja tanpa berbuat apa-apa.

"Tak payah.. Biar mama masak, Dhiya duduk aje. " tolaknya.

"Alah... Mama Dhiya tak bolehlah duduk saja macam ni. Tak apa, Dhiya tolong potongkan sayur " Adhiya sudah menarik plastik yang berisi sayur. Datin Aleesa tidak tahu hendak kata apa, dalam hati dia bangga dengan sikap Adhiya yang sopan dan hormat orang di sekelilingnya.

Nik Ruzaimy yang baru hendak masuk ke dalam rumah terhenti apabila melihat kereta BMW X6 milik abangnya memasuki pekarangan rumah. Nik Rafael keluar dari kereta.

"Awalnya kau balik hari ni. Oh! " Nik Rafael menepuk dahinya.

"Orang dah nak kahwin itu yang semangat nak balik awal tu" selorohnya.

"Perli nampak. " Nik Ruzaimy ketawa.

"Tunang kau datang samalah ni? " soal Nik Rafael sambil menyandar pada keretanya. Tali leher dilonggarkan sedikit.

"Yelah, kan mama suruh ajak dia dinner sekali" balas Nik Ruzaimy.

"Hmm.. Korang dinner lah. Aku nak keluar kejap lagi" Nik Rafael ingin masuk ke dalam rumah.

"Keluar? "

Nik Rafael terhenti. Dia menoleh memandang adiknya.

"Apa? Kau ingat kau aje yang ada buah hati? Aku pun ada buah hati jugak. So, kau dengan buah hati kau, aku dengan buah hati aku" katanya.

Walaupun Nik Rafael bergurau, tetapi dengar macam sindiran pedas.

"Iyelah.. Kirim salam dekat Syatilia ye.. " Nik Ruzaimy mengenakan abangnya pula.

"Mana kau tahu ni? " soal Nik Rafael. Dia tak pernah lagi memperkenalkan Syatilia pada ahli keluarganya.

"Adalah.. " Nik Ruzaimy tersenyum.

"Bahayalah kau ni.. " Nik Rafael ingin berlalu, tetapi langkahnya terhenti lagi. Dia menoleh lagi.

"By the way... Fakri ada jumpa kau? " soal Nik Rafael.

"Bukan ke... Dia study kat Amesterdam? Dia dah balik ke? "

"Itulah kau, mabuk sangat bercinta sampai sepupu sendiri balik pun dah tak sedar. Dia ada datang ofis tadi, dia kata ada buat kenduri sikit malam esok" kata Nik Rafael.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now