50

799 5 2
                                    

Adhiya duduk berseorangan di kerusi batu yang diletakkan bersama meja di laman rumah. hatinya masih terasa sedih. Sudah dua hari Nik Rafael pergi tinggalkannya.  Adhiya terlalu rindukan suaminya, dia rindu saat-saat manis bersama Nik Rafael. Sebab tu dia tinggal sementara di rumah Zurin.

Adhiya dah puas mencarinya, dia ada menelefon Nik Rafael tetapi tidak dijawab. Adhiya menghela nafas perlahan, dia ada juga pergi ke rumah mentuanya tetapi kereta Nik Rafael tiada. Adhiya tidak pula singgah di rumah mentuanya kerana dia bimbang mama dan papa tahu persengketaan mereka.

Dalam Adhiya leka melayan perasaan sedihnya telefon bimbitnya berbunyi. Adhiya melihat nama pemanggil, mama!

Adhiya menjawab.

"Hello.. Assalamualaikum ma" lembut suara Adhiya.

"Waalaikumsalam.. Dhiya sihat nak? " tanya Datin Aleesa.

"Sihat ma" jawabnya sepatah.

"Hmm.. Dhiya, ni mama nak tanya. Rafa tak sihat ke? Atau korang pergi bercuti mana-mana? " soal Datin Aleesa.

Berderau darah Adhiya mendengar soalan Datin Aleesa.

"Ke.. Kenapa mama ?" gugup suara Adhiya.
"Bukan apa, papa cakap dengan mama yang Rafa dah dua hari tak masuk Ofis. Apply leave pun tak? Risau pulak mama ni"
Adhiya tidak tahu hendak cakap macam mana dengan Datin Aleesa.

"Err.. Abang dia.. Tak berapa sihat ma" Adhiya terpaksa membohongi mamanya.

Datin Aleesa mengerutkan dahi mendengar suara Adhiya yang gugup semacam itu.

"Rafa tak sihat? Selalunya kalau tak sihat, dia akan bagitahu papa. Hmm.. Habistu macam mana keadaan dia tu? Mama pergi rumah ye" kata Datin Aleesa.

"Eh! " Adhiya sudah kalut.

"Tak apa ma! Abang dah ok dah. Mama tak payahlah susah-susah datang" Adhiya serba salah.

Datin Aleesa makin pelik, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Dhiya kenapa ni? Betul ke Rafa tak sihat? Dhiya cakap betul-betul dengan mama. Jangan bagi mama risau nak, cakap dengan mama. "

Adhiya masih diam, dia mencari idea hendak memberitahu emak mentuanya.

"Dhiya.. " Datin Aleesa bersuara setelah Adhiya membisu.

"Dhiya kenapa ni? Dhiya ada masalah ke ni? Dhiya jangan bagi mama risau nak, hati mama kuat mengatakan yang ada yang tak kena ni. " Datin Aleesa terus bertanya.

Adhiya tidak membendung kesedihannya, air mata sudah bertakung di tubir mata.

"Err.. Abang sebanarnya dia memang tak sihat, tapi sekarang ni dia pergi rumah kawan dia" Adhiya berbohong lagi.

"Dhiya.. Betul ke ni? " soal Datin Aleesa.

"Betul ma.. "

"Hmm.. Tak apalah kalau macam tu. Dhiya jaga diri tau. Assalamu'alaikum"

"Waalaikumsalam" Adhiya terus menamatkan perbualan.

Datin Aleesa sukar hendak percaya dengan kata-kata menantunya itu. Hatinya berat mengatakan ada yang tak kena.

Zurin keluar dari rumah sambil membawa dulang berisi air lalu menuju ke arah Adhiya.

"Dhiya minum.. " pelawa Zurin sambil meletakkan dulang di atas meja batu itu.

"Terima kasih Zurin.. Aku nak mintak maaf sebab sebab dah susahkan kau tinggal kat rumah kau lagi" Adhiya serba salah.

"Kau ni.. Tak payahlah cakap macam tu, kalau kau nak tinggal terus pun tak apa. Tak ada istilah susah bagi aku, kau kawan aku kan? Kau dah macam saudara aku dah, buat apa aku nak berkira. Dah, aku tak nak dengar kau cakap macam tu lagi" balas Zurin.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now