Adhiya dan Zurin beriringan menuju ke pantri. Malas nak keluar makan kat restoran luar.
"Kau ni kan, tinggal berapa hari lagi majlis kau. Tapi kau masih kerja lagi" kata Zurin selepas duduk di sebelah Adhiya.
"Alah kau ni, macam kau pulak nak kahwin " Adhiya nak tergelak dengan perangai kawannya. Sambil itu, dia menyerahkan bekal yang berisi nasi lemak ayam kepada Zurin.
"Ermm.. Sedapnya bau, mak kau buat memang powerlah! " puji Zurin sambil menghidu bau nasi lemak itu.
"Makanlah.. Aku pun ada juga satu ni" Adhiya menepuk bekalnya.
"Taklah! Kalau aku nak kahwin, dah lama aku ambik cuti"
"Kau ni.. Kau tahu kan Encik Hariz tu macam mana? "
"Iyelah tu... Untunglah jadi kesayangan bos" Zurin tolak bahu Adhiya. Adhiya hanya tersengih memandang kawannya.
Zurin yang sedang leka makan itu terhenti.
"Aku baru perasan, mana Mel ye? Dah banyak hari dah dia tak datang ofis" kata Zurin."Oh.. Mel dia tak sihat. Asyik muntah-muntah aje, kesian dia aku tengok" Adhiya bersimpati kepada Melinda.
Zurin hanya mengangguk.
"Muntah? "
"Iyelah, setiap masa dia muntah. Kesian dia, mahu masuk angin perut dia" kata Adhiya.
"Peliklah.. " Zurin mengerutkan dahi.
"Pelik kenapa pulak? " soal Adhiya hairan.
"Yelah, sampai muntah macam tu. Mesti ada sebab lain ni. "
Adhiya faham maksud Zurin, dia menggeleng dengan perangai kawannya.
"Kau ni.. Tak baik tau tuduh dia. " tegur Adhiya.
"Mana tahu kan, kutlah dia.. " Zurin tidak dapat menyambung katanya apabila Adhiya memintas.
"Zurin! Dahlah.. Kesian dia, kita asyik mengata dia pula. Kena benda tak betul, jadi fitnah pula" Adhiya kurang senang dengan andaian Zurin.
"Ok... Tapi.. " Zurin belum habis lagi. Adhiya menjegilkan mata padanya, terus dia menyambung makan.
"Amboi... Sedapnya nasi lemak" Hariz muncul tiba-tiba. Adhiya dan Zurin terus berhenti makan, mata mereka sudah dihala pada wajah bos muda mereka.
"Bos nak ke? Kalau nak, pergilah ambik sudu kita kongsi" sempat pula Zurin bergurau.
"Buat apa nak kongsi dengan awak? " Hariz mengerutkan dahi. Zurin mencebikkan bibir pada Hariz.
"Siapa yang masak ni? Dhiya ke? " soal Hariz sambil mengerling Adhiya.
Adhiya hendak membuka mulut, tetapi Zurin lebih pantas mencelah.
"Mak dia yang buat" kata Zurin.
Hariz mengangguk perlahan. Adhiya tersenyum pada Hariz.
"Bos nak ke? Kalau nak, nanti saya boleh bawak lebih" tanyanya.
"Ermm.. " Hariz mengusap dagunya.
"Boleh juga, tapi saya nak Dhiya sendiri yang masak. Boleh? " matanya terarah pada Adhiya yang sudah tergamam.
"Err.. " Adhiya garu kepala yang tidak gatal itu.
"Boleh tak? " soalnya lagi.
"Bolehlah... " nak tak nak Adhiya menjawab.
"Terima kasih.. " katanya lalu keluar dari pantri. Adhiya menghela nafas.
"Mengalahkan laki bini lah" Zurin merengus.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...