Zurin mengemas mejanya, jam di tangan dikerling sekilas sebelum dia bangun dari duduk. Zurin melangkah ke lif, dia ditegur oleh Hariz.
"Zurin.. " panggil Hariz sambil menghampiri Zurin.
"Bos.. Kenapa ni? " soalnya.
"Awak terus balik ke? "
"Yelah dah pukul 6 kan nak baliklah" jawab Zurin lurus.
"Jom teman saya? " ajak Hariz. Berkerut dahi Zurin.
"Ikut bos? Pergi mana? "
"Pergi minum petang ke, lagipun saya dah lama tak lepak dengan awak. Yelah banyak kerja sangat sampai tak sempat nak luangkan masa" ujar Hariz.
"Bos ni kan, ingatkan apalah tadi. Rupanya nak ajak tu aje, oklah.. Tapi saya kena naik kereta sayalah nanti boleh terus balik. Lagipun kalau orang tengok saya naik sekali dengan bos tak pasal-pasal jadi gosip pulak" balas Zurin.
Hariz ketawa.
"Macam-macamlah awak ni" Hariz menekan butang lif. Mereka sama-sama masuk ke dalam lif.
"Dhiya macam mana? Lama saya tak dengar khabar dia" tanya Hariz sempat lagi dia membetulkan blazer.
"Bos tak tahu ke? Dhiya accident baru-baru ni"
Hariz terus memandang Zurin. Mukanya nampak terkejut.
"Ya Allah! Habis tu macam mana? Teruk ke? "
"Tak terus mana pun, cuma kaki dia aje terseliuh. " balas Zurin.
"Sampaikan salam saya pada dia nanti, saya bukan tak nak lawat dia tapi.. " Hariz terdiam.
Zurin bagaikan faham maksud Hariz.
"Saya faham, saya pun tak nak pergi rumah dia. Tak pasal-pasal saya pulak dihalaunya" kata Zurin geram.
Lif terbuka, mereka berjalan beriringan ke restoran yang berada di seberang jalan.
"Kenapa, awak takut dengan suami dia? "
"Saya bukan takutlah, siapa dia saya nak takutkan? Saya tak heranlah dengan dia tu, cuma saya fikir Dhiya aje. Nanti tak pasal-pasal dia lepaskan marah pada Dhiya" ujar Zurin.
Hariz menolak pintu masuk restorang itu, mereka duduk di meja.
"Kita doa moga Dhiya tabah, insyaallah suatu hari nanti Rafa akan berubah" kata Hariz setelah mereka selesai membuat pesanan.
"Tapi sekarang ni alhamdulilah sebab dia ada bagitahu saya yang hubungan dia dah baik. Suami dia pun layan dia dengan elok, jaga dia. Tapi tulah.. " Zurin terhenti seketika.
"Kenapa? " Hariz mengerutkan dahi.
"Saya tak percayalah dengan Rafa tu, sebelum ni dia ada juga layan Dhiya tu baik. Tapi kerana terlalu percaya, dia bencikan Dhiya balik. Saya tak fahamlah manusia jenis apalah dia tu" marah Zurin di akhir katanya.
"Awak ni tak baik tau cakap macam tu, kita doa ajelah supaya dia berubah" tegur Hariz.
"Entahlah susah saya nak cakap macam mana. Saya tak percayakan dia, tapi kalau saya dengar dia khianati Dhiya lagi. Saya takkan duduk diam! " tegas katanya.
Dalam mereka leka berbual, mereka disapa seseorang.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" Zurin dan Hariz menjawab serentak. Wajah mereka masing-masing berubah setelah melihat gerangan orang itu.
Melinda! desis hati Zurin. Ya. Melinda yang berada di hadapannya sekarang, Zurin bagaikan tidak percaya. Wajah sendu Melinda dipandang kemudian dia bangun.
"Mel.. "
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...