11

692 14 0
                                    

Nik Rafael sedang berehat di gazebo, sesekali dia melihat Adhiya sedang berbual dengan papa dan mamanya. Bukan main sayang lagi mamanya dengan Adhiya. Nik Rafael bertambah geram dengan Adhiya, lagi sakit hatinya apabila kawan Adhiya yang bernama Zurin itu menghamburkan kata-kata padanya waktu majlis di rumahnya tadi.

"Aku dah nak balik ni" beritahu Zurin kepada Adhiya.

"Alah kau ni, sekejap sangatlah. Dah nak balik dah"

"Aku seganlah Dhiya, aku tengok kenduri sebelah laki kau ni semuanya orang-orang kaya dan berada" kata Zurin sambil melihat orang ramai yang datang ke rumah keluarga mentua Adhiya sempena kenduri kahwin sebelah Nik Rafael.

"Kau nak lauk? Kalau nak aku boleh ambilkan " soal Adhiya sambil memandang Zurin dan Liyana yang berada di sebelah Zurin.

"Tak apalah... Tak payahlah susah-susah. Aku dah makan banyak dah tadi. Tak apa" tolak Zurin sopan.

"Dhiya.. Untunglah kau dapat suami macam tu. Handsome sangat" puji Liyana. Zurin mencebikkan bibir.

"Handsome saja buat apa, kalau hati busuk" kata Zurin selamba.

"Kau ni. Nanti dia dengar nanti macam mana? " Adhiya menampar perlahan bahu Zurin.

"Biarlah, kalau dia dengar sekalipun ada aku kisah? Perangai tak semenggah! Mesti teruk di layan kau kan? "

Adhiya hanya menunduk, kalau dia tak cerita pun Zurin dapat baca isi hatinya.

"Dhiya, kalau dia buli kau sangat. Kau bagitau aje aku, aku tahu nak ajar lelaki berhati iblis tu! " kata Zurin.

Waktu itu, Nik Rafael menghampiri mereka. Berubah wajah Adhiya dan Liyana. Manakala, wajah Zurin biasa saja tidak langsung menunjukkan rasa takut.

"Dhiya.. Mama panggil tu" beritahu Nik Rafael dengan suara yang dilembutkan sehabis mungkin. Dia dengar segala perbualan mereka sebentar tadi.

"Zurin, Yana aku pergi sana dulu ye. Kejap tau"

"Eh, tak apa Dhiya. Kitaorang dah nak balik dah" Zurin menahan Adhiya.

"Alah.. Thanks korang datang majlis ni" Adhiya memeluk Zurin lalu melaga pipi. Liyana juga berbuat benda yang sama.

Adhiya sempat memandang suaminya sebelum mengatur langkah menuju ke tempat mentuanya berada.

Zurin mahu berlalu pergi, namun langkahnya terhenti apabila Nik Rafael menegurnya.

"Kau ni memang tak guna kan? "

Zurin terhenti, dia menoleh Nik Rafael dengan wajah meluat. Pandangan tajam lelaki itu langsung tidak dihiraukan.

"Suka hati kau aje mengata aku kan? Kau ingat diri kau tu dah Bagus sangat ke? " Nik Rafael merenung tajam kawan isterinya itu.

"Tak sangka pulak aku, lelaki yang juara dalam pertandingan makian, hinaan dan sombong ni ada perasaan. Ingatkan tak ada, sebab diri sendiri buat dekat orang tak fikir pasal perasaan orang" sindir Zurin.

"Kau ni memang nak cari pasal dengan aku kan? " kecil mata Nik Rafael memandang Zurin.

"Aku tak ada masa nak cari pasal dengan kau. Kau ingat bila kau buat muka sombong kau ni aku heran dengan kau? "

"Huh! Tak heran konon. Aku tahu kenapa kau bengang sangat dengan aku. Mesti kawan kesayangan kau ada mengadu kan? Sebab tu kau sesuka hati aje mengata pasal aku? Dasar perempuan tak tahu malu! " cemuhnya.

"Dhiya tak pernah pun adu apa-apa pasal kau dekat aku. Aku sendiri tahu, perangai kau yang sebenar. Apa, kau ingat aku tak tahu kau sanggup tinggalkan dia tepi jalan. Lelaki jenis apa kau ni? Muka aje handsome tapi dayus! " Zurin turut menghamburkan kata-kata kesat.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now