Jenazah Nik Ruzaimy dibawa balik ke rumah keluarganya. Jenazah diletakkan di ruang tamu, banyak para tetamu dan saudara mara sedang membaca Yasin untuk jenazah.
Datin Aleesa memandang jasad kaku anaknya itu. Matanya bengkak, air mata yang masih degil dilap perlahan. Datin Raina yang duduk di sebelah mengusap-usap bahu kakaknya.
Dato Nik Azhar turut sendu wajahnya, rasa sedih masih menyerbu hatinya. Baru semalam dia bercakap dengan anaknya.
Nik Rafael yang duduk di luar sesekali mengerling ke dalam rumah. Dia tidak sanggup melihat wajah adiknya. Kekesalan makin menghimpit hatinya. Air mata yang hendak mengalir, pantas diseka.
"Rafa.. " Nik Rafael mendonggak memandang suara yang menegurnya.
Raziq duduk di sebelahnya, lalu bersalam dengan Nik Rafael.
"Salam takziah Rafa. " ucap Raziq.
"Terima kasih Raziq.. " lemah suaranya.
"Aku tak sangka dia nak pergi, aku baru aje jumpa dia beberapa hari yang lepas. Kesian dia.. Aku tak sanggup tengok dia, semoga dia tenang dia sana" kata Raziq perlahan.
"Aku menyesal Raziq.. Aku menyesal sebab aku marah dia. Aku maki dia, aku caci dia, sampai aku sanggup mintak dia mati! " air mata bergenang di pelupuk matanya.
Raziq mengusap bahu Nik Rafael.
"Kenapa aku tak pernah bagi dia peluang untuk bagi dia jelaskan perkara sebenar?"
Raziq mengerutkan dahi.
"Perkara apa? " soalnya.
"Perkara sebenarnya dia tinggalkan majlis tu. Dulu memang aku tak nak dengar sebab aku tengah bahagia dengan Dhiya. Tapi di akhir-akhir hayat, dia nak bagitahu. Dia ada cakap dia buat semua ni bersebab. Sampai sekarang aku tertanya-tanya " kata Nik Rafael lalu menghela nafas perlahan.
"Tapi aku tak pernah nak bagi dia peluang untuk dia bercakap. Aku maki dia balik! Aku marah dia..tapi nak buat macam mana. Nasi dah jadi bubur" kecewa nada suaranya.
"Oh! Jadi kau nak tahu kenapa dia tinggalkan majlis tu dulu? Eh! Tapi mana Dhiya ye? Tak nampak pun, kat dalam pun tak ada" Raziq sudah sibuk, matanya melihat sekeliling.
Wajah Nik Rafael berubah.
"Biarlah dekat dia.. " jelas kebencian di wajahnya.
Raziq sudah tersenyum sendiri, dia bagaikan ada agenda.
"Hai.. Kau ni mesti dia bergaduh dengan dia kan? " Raziq pura-pura mengusik.
"Entah! Hish.. Dahlah, tak payah nak cakap pasal dia lagi" marah Nik Rafael.
Yes! Inilah peluangnya, Raziq bagaikan ada rancangan. Dia pura-pura menyedihkan wajah.
"Errm.. Jadi kau betul-betul nak tahu kenapa Zemi tinggalkan majlis tu? " Raziq memulakan bicara.
"Memang aku nak tahu.. Kenapa? Kau tahu ke? Hei.. Kau jangan nak buat cerita boleh tak? " Nik Rafael malas nak melayan.
"Ye! Aku tahu. Kenapa? Aku ingatkan korang dah tahu.. "
Nik Rafael memandang Raziq.
"Are you sure? " Nik Rafael inginkan kepastian.
"Yes.. I'm sure. " balas Raziq.
Nik Rafael masih belum sukar untuk mempercayai Raziq. Raziq bagaikan faham maksud Nik Rafael.
"Aku tahu kau mesti tak percaya dekat aku ni. Tapi jujur aku cakap, arwah Zemi banyak luahkan perasaan dia pada aku. Dia banyak share masalah dia pada aku termasuk pasal dia terpaksa tinggalkan majlis tu" ujar Raziq.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...