Nik Rafael yang sedang tidur itu sesekali memicit-micit kepalanya. Dia sakit kepala, sejak malam tadi. Saat ini, dia begitu rindukan Adhiya. Selalu kalau dia sakit Adhiya akan menjaganya.
Nik Rafael terus mengeraskan hatinya. Tak! Aku tak rindu dia! Tak kuasa aku nak rindu perempuan tak guna tu! Nik Rafael menidakkannya.
Nik Rafael bangun, dia berdiri di beranda. Saat dia leka, dia terpandang sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah dan dia kenal kereta itu. Kereta mamanya!
"Hmm.. Ni mesti Fakri dah bagitahu mama lah ni" rungutnya lalu turun ke bawah.
Nik Rafael yang berjalan ke ruang tamu terserempak dengan emak saudaranya.
"Maaf Rafa, mak su tak niat nak bagitau mama kamu. Tapi.. " belum sempat Datin Raina menjelaskannya, Nik Rafael memotong.
"Sokay.. " balas Nik Rafael lalu berjalan ke depan.
Datin Aleesa yang keluar dari kereta memandang geram anaknya.
"Oh! Kat sini rupanya Rafa sembunyi? Ni.. Sampai bila nak sembunyi? Setahun? Dua tahun? " sindir Datin Aleesa.
"Mama tak payah nak sindir Rafa lah. Kalau mama datang sini nak marah-marah Rafa lebih baik tak payah lah! " balas Nik Rafael geram.
"Apa yang Rafa dah buat? Rafa ni memang tak serik-serik kan? Tak habis-habis nak buat perangai! Nak naik angin aje! Sampai dah tak fikir perasaan orang? " marahnya.
"Kenapa perempuan tu dah mengadu dengan mama ke? Apa lagi yang dia burukkan Rafa dekat mama? " Nik Rafael sudah naik angin.
"Dhiya tak pernah nak bagitahu mama pasal apa yang dah jadi, jauh sekali nak memburukkan Rafa! Zurin yang bagitahu mama! Apa lagi yang tak cukup dengan Dhiya tu? Sampai Rafa sanggup buat dia macam tu! "
Nik Rafael menahan hati.
"Rafa maki dia! Rafa tuduh dia curang! " tinggi suara Datin Aleesa.
"Mama tak payah nak bela dialah! Apa yang hebat dia tu? Dhiya tu orang luar, Rafa ni anak mama! Yang mama lebihkan dia kenapa? Mama asyik bela dia aje! Mama tak pernah nak sebelahkan Rafa! Mama tak tahu apa yang Rafa tanggung sebab tu mama boleh kata Rafa macam tu!" Nik Rafael turut meninggikan suara.
Nik Rafael tidak berpuas hati, dia menyambung lagi.
"Dhiya tu memang jahatlah mama! Perangai tak semenggah! Curang dengan suami, Rafa nampak dengan mata Rafa sendirilah ma. Perempuan macam tu Rafa nak junjung? Pergi jahanamlah dia! " begitu biadab Nik Rafael berkata.
Datin Aleesa terus menampar pipi anaknya hingga terteleng Nik Rafael dibuatnya.
"Angkuh betul kau ye! Kau kata apa? Dhiya tu jahat? Habis kau tu baik sangat ke? Salah Dhiya tu yang kau nampak? Salah kau, kau tak nampak! Kau tu baik sangat ke? Dah rasa diri mulia? Maki isteri! Halau isteri! Tinggalkan isteri! Sanggup pukul isteri tu baik sangat ke? Siapa yang jahat sekarang? " Datin Aleesa menengking. Bahasanya turut berubah.
"Kau nak Dhiya tu buat macam mana lagi untuk puaskan hati kau? Kau nak sampai dia cium, jilat kaki kau baru kau puas? " tempelak Datin Aleesa.
"Semua ni Zemi yang salah! Kalau dia tak tinggalkan majlis tu semua ni takkan jadi. Mama pun sama! Kalau mama tak paksa Rafa kahwin dengan Dhiya semua ni takkan jadi. " Nik Rafael tak nak mengalah.
"Kau jangan nak tipu! Kau bahagia dengan Dhiya. Tapi kau ni jenis tak tahu nak terima kenyataan! Cemburu buta! Tak tahu nak jaga hati isteri! " marah Datin Aleesa.
"Enough ma! I said enough! " Nik Rafael mengangkat tangan.
"Mama cakaplah apa sekalipun, Rafa takkan kembali lagi pada Dhiya! Rafa dah tak boleh lagi hidup dengan dia. Rafa dah tak cintakan dia lagi. Jadi mama dah dengar pengakuan Rafa kan? Mama baliklah, pergi peluk Dhiya tu puas-puas. Dia lagi penting dari Rafa kan? Semua orang tuduh Rafa, semua orang takkan faham perasaan Rafa termasuk mama Rafa sendiri" kecewa suaranya.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...