Adhiya berasa lega, dia baru aje lepas menelefon Amran. Menangis-nangis Adhiya memohon maaf, Amran tidak ambil hati dia terima semua yang terjadi.
Waktu itu, loceng rumah berbunyi. Adhiya memandang ke luar tingkap.
"Takkan abang dah balik? Awal sangat ni" omel Adhiya sendirian. Adhiya mencapai tudung lalu menyarungnya, Adhiya keluar dari rumah dan menghampiri pintu pagar.
"Mel! " ceria suaranya. Adhiya terus membuka pintu pagar.Melinda tersenyum melihat kawannya, terus mereka berpelukan.
"Aku ganggu kau ke ni? " soal Melinda
"Mana ada ganggu pun. Kenapa kau datang mengejut macam ni? " soal Adhiya.
"Hmm.. Kau jugak yang kata, kalau ada masa datang rumah kau. Lupalah tu, tak apalah aku nak baliklah macam ni" seloroh Melinda.
Adhiya ketawa.
"Maaf aku lupa, tak payah nak merajuk bagai. Jom masuk rumah nanti aku buat air untuk kau" Adhiya menarik tangan Melinda.
"Err.. Dhiya, kita duduk dekat luar ajelah. Aku seganlah nak duduk dalam rumah " kata Melinda.
"Lah.. Nak segan apanya?" soal Adhiya sambil mengerutkan dahi.
"Tak apalah duduk luar dalam sama aje. Aku duduk dekat gazebo ni ajelah ye" Melinda terus berjalan menuju ke arah gazebo.
Adhiya tak tahu nak kata apa, dah dia nak duduk.
"Kau tunggu kejap aku nak buat air" ujar Adhiya lalu masuk ke dalam rumah. Dalam beberapa minit, dia keluar semula membawa dulang berisi jag lalu diletakkan di hadapan Melinda.
"Seronok kau ye, ada suami yang sayang kau. Tengoklah rumah dia bagi kau besar" kata Melinda sambil matanya memandang sekeliling rumah banglo itu.
"Kau ni kenapa cakap macam tu? Rumah kau pun lebih kurang aje besarnya. Lagipun rumah ni hadiah daripada keluarga mentua aku" balas Adhiya.
"Seronoknya jadi kau, semua yang kau nak dah dapat. " kecewa nadanya.
"Rezeki Mel. Ini rezeki yang Allah kurniakan kepada aku dan suami. Alhamdulillah " Adhiya meletakkan rasa syukur pada yang Maha Esa.
Melinda turut tersenyum.
"Hari ini hari aku, mana tahu esok lusa hari kau pulak. Kita tak tahu rezeki yang akan datang macam mana" lembut Adhiya menuturkannya.
"Entahlah Dhiya, aku akui memang famili aku orang kaya,bahagia. Tapi luaran aje, hakikatnya kami tak bahagia Dhiya. Memang kami hidup mewah, duit banyak. Tapi satu aje yang tak ada" Melinda terhenti seketika.
Adhiya setia mendengar, dia memandang wajah Melinda.
"Kasih sayang.. Kasih sayang tak ada Dhiya" sebak suaranya.
"Mel.. Kenapa cakap macam tu, tak nak cakap macam tu." Adhiya menenangkan Melinda.
"Poyolah aku ni, boleh pulak nak nangis" Melinda menceriakan suaranya, matanya diusap.
"Ni.. Kau dah datang rumah aku, bila pulak aku boleh datang rumah baru kau tu? " soal Adhiya.
Melinda nampak sedikit gelisah.
"Err.. Nantilah aku ajak kau, aku bukannya tak nak ajak kau datang rumah aku tu. Tapi tiba-tiba pula cousin aku tumpang kat situ. Nanti bila dia dah keluar aku inform kau" kata Melinda.
"Yelah.. Tak kisahlah bila pun" Adhiya menuangkan air ke dalam cawan.
"Err.. Dhiya aku nak tanya kau satu soalan.Boleh?" soal Melinda teragak-agak.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...