Adhiya duduk berseorangan di meja makan. Dia memandang mug di depannya dengan pandangan yang kosong, tepi bibirnya yang masih bengkak dipegang.
Waktu itu, Nik Rafael masuk ke dapur dengan wajah yang bengis. Adhiya terus bangun, dia memaniskan wajahnya.
"Abang nak makan? Dhiya masakkan untuk abang " lembut Adhiya bertanya.
"Seronoklah kau kan? " keras suaranya. Adhiya tak faham.
"Mesti kau bersorak gembira kan bila aku kena marah dengan mama aku. Kau ni memang betul-betul isteri tak guna kan? Macam-macam kau mengadu ye! " marahnya.
"Dhiya tak mengadu pun bang, mama sendiri nampak apa yang abang buat pada Dhiya. " balas Adhiya.
"Iyelah tu, ada aje kau nak menjawab kan? Kau dah kata macam-macam pasal aku pada mama. Lepastu dengan muka tak bersalah kau nak masak dengan aku? " marahnya lagi.
"Jangan fitnah Dhiya abang, Dhiya tak pernah pun nak burukkan abang. Dhiya masih hormatkan abang" Adhiya berkata dengan tenang.
"Kau tak payah nak berlagak baik dengan akulah, kau buatlah apa pun aku takkan pandang. Kau masaklah apa pun aku takkan terliur dengan apa yang kau masak. Sebaliknya aku jijik nak sentuh! Dengan perangai kau yang tak ubah macam perempuan jalang macam ni aku dah jijik tahu tak" begitu hina dengan kata-katanya.
Beristighfar Adhiya mendengarnya.
"Macam mana aku jijik dengan makanan yang kau masak, macam tu jugaklah aku jijik nak sentuh kau. Kau dengan Syatilia sama aje, hina! " cemuhnya.
"Kita semua sama aje hina bang" balas Adhiya. Makin membahang Nik Rafael mendengarnya.
"Jadi kau nak cakap aku ni hinalah? Hei, sekurang-kurangnya aku tak melayan perempuan lain. Kau tu yang hina! Bukan aku! " tinggi suaranya.
"Janganlah abang nak kata macam tu bang. Kita semua ni berasal dari setitis air mani yang hina bang, jadi tak payahlah abang nak cakap macam tu lagi pada Dhiya" tenang Adhiya menjawab.
"Kurang ajar kau kan? "
"Dhiya tak niat nak kurang ajar dengan abang. Dhiya masih hormatkan abang, tapi abang pun tolonglah hormatkan Dhiya sama, Dhiya pun ada perasaan bang.. " sayu suara Adhiya.
"Yelah! Aku aje kena hormatkan kau, kau kan bangus! Lepas ni kau nak aku buat apa pulak? Nak aku tunduk pada kau? Nak aku cium kaki kau? Apa lagi? " perlinya.
"Dhiya bukan maksudkan macam tu bang..Dhiya tak mintak semua tu, cuma Dhiya mintak abang cukuplah hina Dhiya, cukuplah cemuh Dhiya ni bang" sebak suaranya.
Nik Rafael mengangguk perlahan.
"Baik! Kau dengar sini, mulai hari ni aku takkan ambil tahu langsung pasal kau. Kau nak mati ke kau nak hidup ke, kau punya pasal! " kasar ayatnya.
Pedih hati Adhiya mendengarnya. Dia menahan hati atas kata-kata Nik Rafael.
"Jadi kau tak perlulah dengar aku cemuh kau, aku maki kau lagi kan? Kalau kau nak berambus pun silakan.. " sinis katanya.
"Aku tak halang, kau buatlah apa yang kau suka! "
"Dhiya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan abang. Janganlah sampai buat macam tu bang, Dhiya tak nak nanti orang kata abang lepas tanggungjawab " Adhiya tidak setuju.
"Habis tu aku nak buat macam mana? Nanti kalau aku tegur, kau kata aku maki kau pulak. Sekarang ni lantak kaulah! " katanya lalu berlalu dari situ.
Adhiya kembali duduk di atas kerusi. Rusuh wajahnya. Waktu itu, Adhiya terdengar ada hon kereta, Adhiya terus keluar.
Adhiya terus membuka pintu pagar apabila melihat Zurin yang sudah berdiri di sebelah kereta miliknya. Sebenarnya, dia yang menelefon Zurin untuk membawa keretanya disebabkan perangai suaminya semalam,sampai dia terlupa.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...