55

1K 14 1
                                    

Nik Rafael memberhentikan kereta di hadapan rumah kawan baik Adhiya iaitu Zurin. Tadi, Nik Rafael ada pergi ke rumah mentuanya sekejap. Nik Rafael rasa bersyukur kerana Encik Azrie sudah memaafkannya.

Hari ini Nik Rafael nekad pergi ke rumah Zurin untuk mencari isterinya. Nik Rafael keluar dari kereta, dia berdiri di depan rumah dua tingkat itu.

"Assalamualaikum.. Assalamualaikum! " Nik Rafael memberi salam.

"Waalaikumsalam.. " jawab Zurin sambil membuka pintu. Wajahnya terus berubah masam setelah melihat tetamu yang datang.

"Buat apa kau datang sini? Ni apa yang kau dah mimpi sampai kau datang rumah aku ni? Hei.. Kau pergi baliklah! " tengking Zurin.

Nik Rafael menarik nafas, dia sanggup menelan segala hinaan dan makian Zurin.

"Zurin.. Saya tahu awak marahkan saya, sata tahu awak bencikan saya. Saya nak mintak maaf dengan awak, saya pun banyak buat dosa dengan awak. " ujar Nik Rafael.

Zurin mencebikkan bibir.

"Hei.. Dah-dahlah tu, tak payah nak mintak maaf sangatlah. Kau dengar sini eh! Orang macam kau, perangai yang jahat! Zalim macam kau ni memang takkan layak dimaafkan. Aku takkan maafkan kau sampai aku mati! " balas Zurin.

Nik Rafael menahan hati.

"Saya tahu perbuatan saya ni tak boleh dimaafkan. Saya terima.. Tapi saya nak mintak tolong dengan awak satu aje, boleh tak awak bagitahu saya di mana Dhiya berada? "

Zurin menjeling Nik Rafael.

"Saya tahu awak tahu Dhiya kat mana sekarang.. Tolonglah, saya nak jumpa dia.. Awak saja yang saya boleh harapkan.. " Nik Rafael merayu.

"Buat apa kau nak jumpa dia? Kau ni memang betul-betul manusia yang tak guna kan? Kau ingat Dhiya tu apa? Baju? Kau suka kau ambik, tak suka kau buang? Huh! Kau bukan main lagi hina dia, maki dia, pukul dia lepastu kau nak jumpa dia pulak? " terjegil mata Zurin memandang Nik Rafael.

"Suami jenis apa kau ni hah? Kau buat Dhiya tu macam tunggul! Kau ingat dia tak ada perasaan ke? Sesuka hati kau aje nak buat dekat dia? " Zurin menghamburkan rasa marahnya.

"Saya tahu saya dah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup saya. Tapi saya dah insaf, saya dah menyesal. Tolonglah saya.. Saya nak jumpa Dhiya, dia ada kat mana? Tolonglah..kesiankanlah saya" rayu Nik Rafael bersama suara yang bergetar menahan sedih.

Zurin langsung tidak tersentuh melihat lelaki ini.

"Kesian? Orang macam kau patut ke nak dikesiankan? Kau tak payah nak cakap soal kesianlah kalau kau sendiri tak tahu apa makna kesian. Sekarang ni aku nak tanya kau, selama ni kau ada ke kesiankan orang? " sinis Zurin menyoal.

Nik Rafael hanya menundukkan kepala.

"Tak kan? Kau maki Dhiya, kau hina dia! Kau pukul dia, ada kau fikir pasal kesian? Tak kan? Jadi perlu ke aku kesiankan lelaki perangai lahanat macam kau! Perlu ke lelaki dayus macam kau dikesiankan? Menyesal konon.. Kau ingat aku nak percaya? Orang jahat macam kau ni takkan senang-senang nak menyesal lah! Kau ingat aku boleh termakan ke dengan lakonan kau? " pekik Zurin.

Nik Rafael menggeleng, sehabis daya dia menahan perasaan sedihnya.

"Sumpah! Saya tak berlakon, saya betul-betul dah insaf. Saya nak jumpa Dhiya, tolonglah saya.. Saya rayu.. Awak buatlah apa yang awak nak, awak makilah saya, cacilah saya.. Saya terima semuanya, asalkan awak bagitahu di mana Dhiya berada " Nik Rafael merayu.

"Aku tak tahu! "

"Zurin.. Tolonglah.. Saya rayu dengan awak" Nik Rafael masih lagi merayu.

Geram Zurin melihat lelaki ini.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now