Adhiya memakir kereta di dalam garaj, dia keluar dari keretanya sambil melihat rumah banglo dua tingkat ini. Siap ada kolam renang lagi, besar sangat rumahnya padahal dia tinggal berdua aje dengan suaminya.
"Hei.. Kau tak payah nak berangan sangat. Mari ambik beg kau ni! Nak jugak simpan beg dalam kereta aku, apa guna ada kereta! " marahnya. Padahal dia sendiri yang menyimpan beg Adhiya di dalam bonet keretanya.
"Kau mari sini.. " wajahnya serius. Adhiya menghampiri suaminya. Sampai sahaja Adhiya di sebelahnya, Nik Rafael terus melemparkan beg baju Adhiya ke atas lantai. Tergamam Adhiya dengan tindakan suaminya itu.
"Beg kau.. Kau angkat sendiri. Dengar sini aku nak cakap. Dalam rumah ni, banyak bilik so kau boleh pilih mana-mana pun bilik yang kau suka. Asalkan bukan satu bilik dengan aku. Kau faham? " ujar Nik Rafael dengan serius.
"Faham.. " balas Adhiya. Nik Rafael mengangkat beg baju miliknya pula, manakala Adhiya menunduk untuk mengangkat beg bajunya. Baru sahaja tangan Adhiya hendak mencapai beg bajunya, Nik Rafael menendang beg itu.
"Tepi sikit! " kasar katanya lalu berjalan masuk ke dalam rumah baharu mereka. Adhiya beristighfar dalam hati, dia mengangkat beg bajunya. Dia melihat Nik Rafael naik ke atas, mungkin ke biliknya. Adhiya melihat masih ada beberapa bilik di bawah ini. Adhiya ingin memilih bilik di bawah sahaja, baru sahaja Adhiya ingin melangkah ke bilik suara suaminya bergema lagi.
"Kau nak pergi mana tu? " soalnya dari atas.
"Nak masuk bilik lah" balas Adhiya sopan.
"Tak payah pakai bilik kat bawah ni. Kau duduk aje bilik kat atas, nanti tak pasal-pasal kantoi dengan family " arahnya kasar.
"Tak apalah, nanti Dhiya kemaslah bilik tu kalau family nak datang" balas Adhiya.
"Kau memang betul-betul degillah. Kau naik sekarang, sebelum aku yang heret kau naik nanti" Nik Rafael menjegilkan mata.
Adhiya malas nak panjang cerita, dia mendaki anak tangga. Adhiya terkial-kial menaiki anak tangga dengan menarik beg bajunya, sesekali dia menghela nafas penat. Nik Rafael yang melihatnya langsung tidak menolong isterinya, dia terus masuk ke dalam bilik.
Adhiya akhirnya sampai di biliknya yang bertentangan dengan bilik suaminya. Adhiya pun masuk ke dalam bilik itu, boleh tahan besarnya. Adhiya mula mengemas bilik itu, lalu menyimpan barang-barang dan kain baju yang dibawanya tanpa sedar suaminya mengintai di sebalik pintu.
................................-.........................................
Adhiya keluar dari dapur, dia baru sahaja lepas memasak. Dia ada juga tanya mama mentuanya masakan kegemaran Nik Rafael iaitu nasi hujan panas. Adhiya menuju ke ruang tamu, kelihatan suaminya sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen.
"Awak... " panggil Adhiya.
"Hmm..? " hanya itu yang dibalas Nik Rafael langsung tidak memandang isterinya.
"Saya dah masak, jom kita makan" lembut Adhiya berkata.
"Aku tak nak makan"
"Saya masak nasi hujan panas, awak suka kan? Mama kata itu makanan kegemaran awak" Adhiya masih memujuk.
Nik Rafael mendengus, dia berdiri menghadap isterinya.
"Kau masaklah apa pun, kalau hasil daripada tangan kau. Aku tak ingin langsung nak makan" sinis katanya.
"Sikit pun awak tak nak rasa? " soal Adhiya perlahan.
"Tak! " tegasnya.
Adhiya hanya mengangguk perlahan, "tak apalah kalau macam tu, saya pergi makan dulu ye. Nanti kalau awak lapar awak ambik aje banyak saya masak tu" ujar Adhiya masih sopan.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...