Adhiya melihat satu demi satu gambar kenangannya bersama Nik Ruzaimy, perasaan sedih bertandang. Adhiya menahan kesedihannya. Perlu ke dia sedih? Sedih kerana lelaki ini?. Adhiya terus memadam semua gambarnya bersama Nik Ruzaimy. Selepas itu, dia mencampak telefonnya ke tepi.
Adhiya meraup wajahnya berkali-kali, memaksa dirinya supaya tidak menangis. Adhiya membaringkan tubuhnya di atas tilam. Waktu itu, Nik Rafael masuk ke dalam bilik. Sepanjang dia hidup bersama isterinya di rumah baharu mereka, inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik isterinya.
"Dhiya.. " panggilnya.
Adhiya terus bangun apabila mendengar suara suaminya.
"Ye abang? Abang nak makan ke? " soal Adhiya.
Nik Rafael menggeleng.
"Dhiya tak sihat ke? " soalnya pula.
"Taklah abang, kenapa? Muka Dhiya macam tak sihat ke? " Adhiya merasa dahi dan lehernya. Tak panas pun.
"Tak adalah.. Abang tengok, sejak Dhiya balik dari beli barang tadi Dhiya senyap aje" Nik Rafael duduk di birai katil.
"Mana ada abang, Dhiya penat sikit aje" balas Adhiya dengan senyuman di bibirnya.
Gembira Nik Rafael melihatnya, dia terus mengusap rambut isterinya.
"Dhiya.. Abang nak tanya ni. Jujur ye"
"Apa dia abang? " Adhiya memandang suaminya.
"Dhiya, masih cintakan Zemi? " laju tuturnya. Adhiya tergamam dengan soalan suaminya.
"Ermm.. " Adhiya gugup,
"Jawablah.. " Nik Rafael sudah tidak sabar.
"Ada.. "
Berubah wajah Nik Rafael, tetapi segera dia mengawalnya.
"Tapi dulu.. " sambung Adhiya. Nik Rafael memandang isterinya.
"Sekarang, Dhiya hanya cintakan abang saja. Tak ada langsung Dhiya nak suka pada mana-mana lelaki" ujar Adhiya.
"Ooo.. " hanya itu yang dibalas Nik Rafael. Adhiya sudah tersengih memandang suaminya. Nik Rafael mengerutkan dahi, pelik dengan perangai isterinya.
"Kenapa pandang abang macam tu? Sengih-sengih macam kerang busuk lagi"
"Kenapa abang tiba-tiba tanya? " Adhiya sengaja menyoal. Mahu lihat reaksi suaminya.
"Kenapa? Tak boleh? "
"Boleh. Tapi macam.. "
"Macam apa pulak ni? Dhiya jangan macam-macamlah" Nik Rafael menolak perlahan muka isterinya.
"Macam cemburu aje" Adhiya mengangkat keningnya.
"Mana ada! " Nik Rafael cuba mengawal perasaannya.
"Betul ke abang tak cemburu? " Adhiya menolak bahu suaminya. Nik Rafael sudah ketawa.
"Tak ada maknanya nak cemburu bagai! " katanya.
"Cemburu kan tanda sayang, abang tak sayang Dhiya ke? " Adhiya pura-pura merajuk. Nik Rafael tak tentu arah, dia terus memegang erat tangan isterinya lalu dicium berkali-kali.
"Siapa cakap? Abang sayanglah.. " lembut katanya. Adhiya kembali menoleh pada suaminya, senyuman terhias di bibirnya. Perlahan-lahan dia merebahkan kepalanya di pangku Nik Rafael.
"Terima kasih abang, Dhiya sayang abang sangat-sangat" ucapnya. Nik Rafael mengelus lembut rambut isterinya.
"Ermm.. Abang" Adhiya mendongak pada suaminya. Nik Rafael memandang isterinya.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...