Liyana yang hendak masuk ke dalam bilik itu terhenti apabila pintu rumahnya diketuk. Liyana menghampiri tingkap, dia melihat tetamu itu di tingkap, melebar senyumannya.
"Assalamu'alaikum" Adhiya memberi salam.
"Waalaikumsalam.. Dhiya! " balas Liyana setelah membuka pintu.
"Masuklah.. " pelawa Liyana.
"Siapa datang tu Yana? " soal Zurin sambil menghampiri mereka.
"Dhiya datang" beritahu Liyana.
"Eh! Dhiya, kenapa kau datang lewat malam ni? Siap bawak beg baju lagi" kata Zurin sambil memandang beg baju kawannya.
"Err.. Zurin, Yana aku nak mintak izin nak tidur rumah korang malam ni boleh? " perlahan suara Adhiya.
Zurin menggeleng mendengarnya.
"Kau nak duduk terus pun boleh Dhiya. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kau" balas Zurin lalu mengambil beg baju Adhiya.
"Eh! Tak payahlah susah-susah angkat beg aku ni" Adhiya ingin menarik semula beg bajunya tetapi pantas ditahan Zurin.
"Kau duduk aje! Kau tu baru sampai" kata Zurin lalu terus membawa beg baju Adhiya masuk ke dalam bilik.
"Terima kasih korang.. " ucap Adhiya.
Liyana yang sudah menutup pintu itu menghampiri Adhiya.
"Alah kau ni, rumah ni pun rumah kau jugak kan. Tak ingat ke masa zaman uni dulu? Bukan rumah ni jugak ke kau duduk" kata Liyana.
Adhiya hanya tersenyum.
"Makanan yang kami masak tadi ada lagi, kau nak makan tak? Kalau kau nak makan aku boleh panaskan " soal Liyana.
"Eh tak payahlah, aku dah kenyanglah " Adhiya duduk di sofa.
"Suami kau tak marah ke kau datang sini? Iyelah, dia tu kan cemburu" sempat lagi Zurin menyindir Nik Rafael.
"Dia tak ada.. " beritahu Adhiya.
Zurin duduk di atas sofa, Liyana menuju ke dapur.
"Tak ada? Dia pergi mana? " soal Zurin sambil mengerutkan dahi.
Adhiya mendiamkan diri seketika, dia menghela nafas perlahan sebelum menjawab.
"Dia pergi outstation aku tak berani nak duduk sorang-sorang " Adhiya berbohong.
"Iye ke? " Zurin mengerutkan dahi.
"Iyelah takkanlah aku nak bohong pulak" balas Adhiya.
Zurin memandangnya sambil mengerutkan dahi. Adhiya faham maksudnya.
"Okey, mesti kau nak tanya kenapa aku tak tidur rumah mentua atau rumah famili aku kan? Kau tak nampak ke lebam kat tepi bibir aku ni. Aku tak nak nanti macam-macam soalan diorang tanya, aku tak nak diorang tahu persengketaan aku dengan suami aku " Adhiya memberi alasan.
"Lama-lama akan tahu jugak, tak percaya tengoklah " kata Zurin.
"Kau jangan cakap macam tu Zurin, aku tak nak diorang sedih. Biar aku yang kena, biar aku yang lalui semua ni aku redha. Tapi aku tak nak famili kami sedih. Cukuplah diorang sedih atas apa yang jadi kat aku sebelum ni" ujar Adhiya sayu.
Waktu itu, Liyana datang bersama dulang air dia meletakkan di atas meja lalu melabuhkan duduk di sebelah Adhiya.
"Tak apalah Dhiya, kau tidur aje sini. Kalau kau nak duduk sampai bila pun tak apa, lagi seronok" ujar Zurin.
"Kau ni kan... Dia kan ada suami, tempat isteri di sisi suaminya" celah Liyana.
"Diamlah kau! " Zurin menjeling geram.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...