23

637 10 1
                                    

Adhiya yang sedang tidur itu terjaga sebaik sahaja Nik Rafael mencampakkan baju-baju kotor miliknya ke arahnya. Adhiya terus bangun.

"Kau basuh baju-baju aku ni. Pakai tangan, bukan pakai mesin! " katanya lalu ingin beredar dari situ.

"Sampai bila kita nak macam ni bang? " soal Adhiya membuatkan Nik Rafael menghentikan langkah, dia menoleh pada isterinya.

"Sampai bila-bila! "

"Sampai bila abang nak layan Dhiya macam ni? Takkanlah tak ada sedikit rasa ehsan pada Dhiya ni bang? " sayu suaranya.

"Tak ada! Takkan ada, aku tak pernah pun sayangkan kau! Bukan sayang aje yang tak ada, kasih pun tak ada! "

Sedih hati Adhiya mendengarnya.

"Kalau abang tak nak sayangkan Dhiya, tapi tolong rasa ehsan pada Dhiya ni. Dhiya pun ada perasaan bang.. " sebak suaranya.

"Kalau dah sayang pun tak ada, ehsan lagilah! Sebesar hama pun aku tak ada ehsan pada kau! " katanya tanpa mempedulikan perasaan Adhiya.

Adhiya menahan rasa sebak yang bertandang. Sedih hati Adhiya mendengarnya.

"Tak apalah Dhiya redha abang, tapi Dhiya nak abang tahu. Walaupun Dhiya takkan dapat merasa kasih sayang abang, tapi Dhiya tak pernah pun terfikir untuk bencikan abang, kasih sayang Dhiya takkan pernah hilang pada abang" sayu suaranya.

Tersentuh hati Nik Rafael mendengarnya, tapi cepat-cepat dia menidakkannya.

"Dahlah.. Aku dah penat dengar ayat tu. Ayat yang pernah Syatilia kata pada aku, tapi aku takkan percaya kata-kata kau tu. Entah-entah dusta aje semua tu" katanya pula.

Adhiya tidak menjawab apa-apa, dia menahan rasa sebak. Adhiya turun dari katil, dia mengutip baju-baju suaminya.

"Dhiya pergi basuh baju dulu ye abang, hari nak makan apa? Dhiya masakkan untuk abang, rasanya barang dapur banyak lagi " Adhiya menceriakan suara.

"Kau memang tak reti bahasa kan? Kan aku dah cakap, yang aku takkan makan apa yang kau masak. Berapa kali kau nak aku ulang? " Nik Rafael mengecilkan mata.
"Nanti abang sakit perut macam mana? " prihatin sungguh Adhiya pada suaminya.

"Aku sakit apa pun, kau jangan nak sibuk! Aku boleh jaga diri aku sendiri! " balasnya kasar. Nik Rafael berlalu dari situ.

Adhiya hanya memandang suaminya pergi dengan hati yang pilu.

...................................-.........................................

Adhiya baru sahaja selesai membuat kerja rumah, dia masuk ke dalam bilik. Adhiya bersiap dia hendak pergi ke rumah keluarganya. Rasa rindu pula dengan mereka, selesai dengan penampilannya dia turun ke bawah.

Adhiya melihat suaminya sedang berehat di atas kerusi malas di tepi kolam.

"Abang.. "

Nik Rafael membuka mata, dia menoleh memandang isterinya yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ni yang kau bersiap elok-elok ni nak pergi mana pulak? " soalnya kasar.

"Abang Dhiya nak mintak izin nak pergi rumah abah. " takut-takut dia meminta izin.

"Nak pergi sana? Tu.. " Nik Rafael menunjuk tepi bibir Adhiya yang masih ada kesan lebam itu.

"Tepi bibir kau lebam lagi, kau nak pergi buat apa? Nak mengadu dengan keluarga kau? Busuk betul hati kau kan! Kalau boleh kau nak semua orang tahu yang kau derita! " marahnya tiba-tiba.

"Mana ada abang, dah kurang dah lebam ni. Nanti pandai-pandailah Dhiya jawab dengan famili" kata Adhiya.

"Kau ingat aku nak percaya cakap kau? Cakap macam Bagus! Nanti bila dah pergi sana, macam-macam kau kata aku! " terjegil matanya.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now