Adhiya sampai di rumah tepat jam lapan malam. Rumah Hariz tak adalah jauh mana, yang lambat sampai rumah sebab dia berhenti solat maghrib di masjid tadi. Adhiya keluar dari kereta, dia tak sabar nak masak untuk suaminya. Mesti dia lapar.
"Assalamualaikum.. " Adhiya memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia melihat Nik Rafael sedang berdiri di ruang tamu. Dengan wajah manis, Adhiya menghampiri suaminya.
"Abang.. " Adhiya menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya. Tetapi tidak dibalas.
"Lewat balik. Pergi mana? " serius suaranya.
Adhiya menarik huluran tangannya, dia hairan melihat suaminya yang berubah serius itu.
Melihat kebisuan isterinya, Nik Rafael bertanya lagi. Kali ini, nada suaranya tinggi dan tegas.
"Adhiya Safira, i ask you. Where do you go?"
Tergamam Adhiya mendengarnya.
"Err... Dhiya, " Adhiya gugup.
"Jawablah! Aku tanya ni, jangan nak buat pekak! " jerkah Nik Rafael.
Terkejut Adhiya mendengar jerkahan suaminya. Lagi terkejut apabila mendengar panggilan suaminya sudah berubah.
"Pergi rumah Encik Hariz.. " perlahan jawabnya. Menggigil tubuh Nik Rafael mendengarnya.
"Oh! Jadi inilah kerja kau kan, patutlah aku nak hantar kau kau tak nak. Kau berkeras nak pergi dengan kereta, rupanya kau ada niat lain! " tengkingnya.
"Apa abang cakap ni? Niat apa? " Adhiya tak faham.
"Kau menggatal kan? " mencerlung matanya memandang isterinya.
"Ya Allah abang, apa abang cakapkan ni? "
Nik Rafael mencengkam lengan isterinya. Tersentap Adhiya dibuatnya. Nik Rafael mengeluarkan telefon bimbitnya dia membuka video itu lalu disuakan pada Adhiya.
"Ni apa ni? Apa ni Adhiya?! " tengkingnya.
Adhiya menggelengkan kepala melihat video itu. Kemudian, dia pandang suaminya bersama mata yang sudah berkaca.
"Abang.. Sebenarnya.. " belum sempat Adhiya menjelaskan perkara sebenar, satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Adhiya membuatkan dia jatuh tersungkur.
"Kau memang betul-betul isteri tak guna! Aku ikhlas sayangkan kau, tapi ini yang kau balas dekat aku? Kau curang dengan aku! Isteri jenis apa kau ni? " merah matanya menahan marah.
"Ya Allah, abang jangan tuduh Dhiya macam tu. Dhiya bukannya nak curang bamg, Dhiya cuma tolong Encik Hariz kereta dia rosak " menangis-nangis Adhiya menerangkan kepada suaminya.
"Kau tak payah nak berbohong dengan akulah! Kau ingat aku tak tahu, dah banyak kali aku perati perangai kau ni! Makin lama aku diam, makin menjadi-jadi kau ni! Kau jangan sampai aku ajar kau! " marahnya.
Makin laju air mata Adhiya mendengar tuduhan suaminya.
"Aku rugi sebab cintakan kau, cintakan perempuan macam kau! Kau dengan Syatilia sama aje! Tak ubah macam perempuan jalang! " hamunya.
Remuk hati Adhiya mendengar makian suaminya.
"Ya Allah, sampai macam tu sekali anggapan abang pada Dhiya. "
"Memang! Kalau dah perangai kau yang sanggup curang dengan suami semata-mata nak layan jantan lain, bukan perempuan jalang ke namanya? " Nik Rafael menunjal kepala isterinya.
"Percayalah abang, Dhiya tak buat semua tu. Abang jangan tuduh tanpa bukti" teresak-esak dia berkata.
Nik Rafael tidak menjawab, dia menampar isterinya sekali lagi. Adhiya memegang pipinya yang pedih.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...