37

476 4 0
                                    

Adhiya menggagahkan juga untuk bangun, dia memegang kepala katil untuk membantu dia mengangkat badan. Adhiya menyandar pada kepala katil. Sejak dia sakit, Nik Rafael yang menjaganya. Kadang-kadang Adhiya kesian melihatnya, Nik Rafael siap menyediakan topang untuk Adhiya.

Waktu itu, pintu bilik dikuak dari luar. Adhiya tahu siapa gerangan orang itu.

Nik Rafael duduk di sebelah isterinya.

"Dhiya.. Abang nak keluar kejap, nak beli makanan. Dhiya jangan keluar sampai abang balik, kalau nak apa-apa call abang ye" pesannya. Sempat lagi dia menyisir rambut isterinya.

"Baik abang.. Err.. Abang Dhiya nak turun" katanya.

"Nak turun? Nanti nak naik pulak macam mana? "

"Dhiya bosanlah, asyik duduk dalam bilik aje. Dhiya nak jugak duduk bawah" balasnya.

"Hmm.. Yelah, sini" Nik Rafael menghulurkan tangan. Adhiya membalas huluran tangan suaminya. Perlahan-lahan dia bangun. Baru sahaja Adhiya hendak berdiri, Nik Rafael terus menggendongnya. Adhiya segera memaut leher Nik Rafael.

"Eh abang.. "

"Kalau Dhiya jalan lambatlah, biar abang dokong aje. Kejap abang ambilkan topang" sebelah tangan Nik Rafael mencapai topang yang berada berdekatan dengannya lalu dihulurkan pada isterinya.
Sebelah tangan Adhiya memeluk topang itu, Nik Rafael membawa isterinya keluar dari bilik itu. Di saat itu, Nik Rafael sedar Adhiya asyik memandangnya.

"Kenapa pandang abang macam tu? " soalnya.

"Tak ada apa.. Saja" Adhiya mengawal rasanya. Dia melentokkan kepala di bahu suaminya.

Setelah sampai di ruang tamu, dengam berhati-hati Nik Rafael membantu isterinya duduk di atas sofa.

"Terima kasih abang.. " ucapnya.

Nik Rafael tersenyum.

"Abang pergi dulu ye.. Ingat pesan abang, jangan keluar selagi abang tak balik. Kalau nak apa-apa call abang" pesannya lagi.

Adhiya hanya mengangguk. Nik Rafael mencium dahi Adhiya. Adhiya menyalami suaminya.

"Abang pergi dulu. " katanya lalu bergerak ke arah pintu. Adhiya memandang hingga suaminya hilang dari pandangan mata. Tidak lama kemudian, bunyi enjin kereta hilang.

Dalam beberapa minit, terdengar loceng berbunyi di luar rumah. Adhiya menggagahkan juga untuk bangun dengan menggunakan topang. Adhiya dengan kaki terhincut-hincut menghampiri pintu. Adhiya lihat ada seseorang berada di luar pintu pagar tetapi tidak jelas.

Adhiya teringat akan alat kawalan pintu pagar yang berada di dalam laci televisyen. Adhiya mendekati pula laci itu, dia membuka lalu alat kawalan pintu pagar itu diambil lalu ditekannya.

Pintu pagar dibuka, Adhiya lihat Syatilia yang berdiri di luar. Adhiya melemparkan senyuman padanya.

"Syatilia.. Eh! Marilah masuk, panas ni" ajak Adhiya.

Syatilia tersenyum pahit, tetapi dia masuk juga. Adhiya melihat wajah Syatilia, sendu saja wajah gadis itu.

"Marilah masuk"

"Eh! Tak apalah.. Kita duduk luar aje, lagipun kesian awak kena banyak bergerak" tolak Syatilia.

"Kalau macam tu oklah.. Duduklah" pelawa Adhiya. Mereka duduk di kerusi kayu yang disediakan di tepi kolam.

"Dhiya.. " Syatilia memulakan bicara.

"Niat saya datang sini, sebab nak mintak maaf pada awak. Saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki" Syatilia terhenti, air matanya menitis.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now