5

553 11 0
                                    

Adhiya sampai di rumah Melinda pada petang itu. Dia dengar khabar Melinda tidak sihat, sebagai sahabat dia tidak sedap hati pula jadi dia terus ke rumah Melinda.

"Aku cuma tak sedap badan aje. Mana ada demam" kata Melinda setelah mereka duduk di gazebo yang terletak berhampiran dengan kolam renang.

"Aku risau tahu tak, bila aku jumpa mama kau kat shopping mall tadi bila dia bagitahu kau tak sihat " risau wajah Adhiya.

"Don't worry lah! Aku ok aje. Kesian kat kau pulak. Mesti rushing gila tadi" Melinda serba salah.

"Kau ni.. Tak adalah aku ni risaukan kau aje. Make sure kau makan ubat tau" Adhiya mengusap bahu kawannya.

Walaupun Adhiya baru sahaja kenal Melinda setahun tetapi, persahabatannya kuat terhadap Melinda. Zurin, kawannya sejak universiti. Maknanya, dia kenal Zurin lagi lamalah...

"Esok aku tak pergi kerja tau. Nanti kau bagitahu kat Encik Hariz ye." kata Melinda. Lemah kedengaran suaranya.

"Iyelah nanti aku bagitahu ye. Kau tu, makan ubat bukannya boleh percaya sangat kau ni"

"Hmm.. Nanti aku makan lah.. Hmm.. Kau datang sini tunang kau tahu tak? " sengaja Melinda bertanya. Huh.. Dah tak ada soalan lain dah!

"Kau ni. Buat apa aku nak bagitahu dia? Dia baru tunang aku aje bukannya suami lagi. Takkanlah nak datang rumah kau pun nak kena bagitahu dia" Adhiya gelak sedikit.

Melinda hanya senyum seadanya sahaja.

"Mesti... Dia sayangkan kau gila-gila kan" Melinda sengaja menceriakan suaranya.

Adhiya hanya senyum sahaja apabila soalan itu terpacul daripada mulut Melinda.

"Mestilah! Kalau kau nak tahu, aku pergi kerja pun dia nak ambik, dia nak jemput tau" dengan ceria dia bercerita. Bersungguh-sungguh dia bercerita.

Melinda tidak pula memberi apa-apa respon. Mukanya biasa saja, macam tak suka pun ada dengan cerita Adhiya. Tapi kenapa.....?

"Untunglah kau ye, ada juga orang sayang. Macam aku ni, orang tinggal aje" nampak sedih wajahnya.

"Janganlah cakap macam tu, insyaallah nanti ada juga orang yang akan menyayangi kau. Cepat dengan lambat aje, lagipun kau cantik, berkejaya lagi" puji Adhiya.

Melinda seperti biasa hanya senyum seadanya sahaja. Tidak langsung terpalit wajah gembira di wajahnya apabila dipuji sebegitu oleh Adhiya.

"Erm.. Tu di mata kau aku macam tu. Di mata orang lain... " Melinda senyum pahit.

"Taklah, kau cantik aje di mata mana-mana orang lain" ikhlas kata-katanya.

Sedang leka mereka berbual, sebuah kereta berhenti di depan pintu pagar rumah. Adhiya dan Melinda hanya memerhati sahaja kereta itu dengan hairan. Tiba-tiba, seorang lelaki keluar daripada dalam kereta. Lelaki itu mengenakan cermin mata hitam.

Apabila melihat lelaki itu, Melinda merengus geram. Adhiya memandang kawannya.

"Kenapa ni? Kau kenal ke laki tu? " soal Adhiya hairan.

"Kau tunggu kejap" kata Melinda lalu mengatur langkah menuju ke arah lelaki itu.

Pintu pagar dibuka...

"Kau nak apa datang sini? " tinggi suara Melinda.

Reza hanya tersenyum sinis. Dia membuka cermin mata hitamnya.

"Saja nak melawat kau" bersahaja katanya. Sakit hati Melinda, dia menjeling tajam ke arah lelaki itu sebelum menyambung katanya.

"Kau datang banyak kali pun, jangan harap aku nak sambut tetamu macam kau ni! " lurus telunjuk Melinda menghala ke arah Reza.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now