Adhiya berdiri di hadapan pintu bilik, sambil membawa dulang berisi semangkuk nasi hujan panas kegemaran Nik Rafael dan segelas air. Sejak balik dari kerja Nik Rafael langsung tidak bercakap dengannya.
Adhiya memulas tombol pintu, dia melihat Nik Rafael sudah tidur. Adhiya meletakkan dulang di atas meja berhampiran katil.
"Abang.. Bangun kita makan dulu" Adhiya menepuk bahu suaminya.
"Tak nak. Dah kenyang"
Adhiya menghela nafas perlahan, dia membaringkan tubuh di sebelah suaminya lalu terus tubuh itu dipeluk.
"Abang.. Dhiya mintak maaf bang, Dhiya dah tersilap cakap bang. Maafkan Dhiya bang, janganlah abang merajuk lagi" pujuk Adhiya.
"Kalau abang tak merajuk pun ada Dhiya kisah? "
Adhiya menggeleng.
"Abang janganlah cakap macam tu.. Dhiya sayangkan abang. Dhiya rindu abang, selalu kalau abang balik abang akan peluk Dhiya, abang akan cium Dhiya. Abang akan usap-usap pipi Dhiya. Dhiya rindu bang.. Abang janganlah merajuk bang" Adhiya terus juga memujuk Nik Rafael.
Nik Rafael membuka mata, dia memandang Adhiya. Adhiya terus mencium pipi Nik Rafael. Tersentuh juga Nik Rafael, dia mencium pula dahi Adhiya.
"Kita makan ye bang, Dhiya masakkan makanan kegemaran abang" ujar AdhiyaNik Rafael mengangguk bersama senyuman. Adhiya mengambil mangkuk itu.
"Dhiya suap abang ye, abang kan suka Dhiya suap" kata Adhiya.
Nik Rafael makan juga, sejak balik dari kerja tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan.
"Sedap tak bang? " soal Adhiya.
"Sedap sayang.. "
Adhiya tersenyum, dia menyerahkan air kepada suaminya. Nik Rafael meminumnya.
Mereka sudah selesai makan. Adhiya meletakkan dulang di dapur, kemudian dia masuk semula ke dalam bilik. Adhiya melihat Nik Rafael sudah hendak menarik selimut. Adhiya naik ke atas katil.
"Abang.. " panggil Adhiya.
Nik Rafael menoleh. Adhiya terus memegang tangan suaminya.
"Dhiya nak mintak maaf bang, Dhiya dah buat abang marah. Maaf bang.. " Adhiya mencium tangan suaminya.
"Abang yang sepatutnya mintak maaf, abang dah marah Dhiya. Abang buat semua ni sebab abang takut sayang, abang takut kehilangan Dhiya. Dhiya.. " Nik Rafael membalas genggaman tangan isterinya.
"Dhiya janji dengan abang sayang, yang Dhiya takkan tinggalkan abang. Janji ye Dhiya" pinta Nik Rafael.
"Dhiya janji bang.. Dhiya takkan berpaling dari abang. Dhiya sayang abang, Dhiya tak nak berpisah dengan abang " Adhiya terus memeluk suaminya.
"Mulai esok, kita jangan lagi bergaduh macam ni. Apa segala persengketaan kita elakkan" balas Nik Rafael sambil mengusap lembut kepala Adhiya.
"Terima kasih bang.. Dhiya sayang abang" ucap Adhiya.
"Abang pun sayang Dhiya, sayang sangat-sangat" balasnya.
............................-................................
Adhiya sedang leka menyiram pokok bunga. Sedang leka dia menyiram, Adhiya berasa ada tangan yang memeluk pinggangnya. Adhiya sudah tahu siapa gerangan orang itu.
"Hai.. Bila masanya dia bangun? Tadi dah banyak kali Dhiya kejut tapi tak bangun-bangun jugak. Mentang-mentanglah hari cuti" perli Adhiya.
Nik Rafael tersenyum, dia mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...