27

581 9 1
                                    

Adhiya menghampiri suaminya yang sedang berehat di tepi kolam renang itu. Adhiya berdiri tegak di hadapan suaminya.

"Nak apa? " kasar suaranya.

"Abang.. Dhiya nak mintak izin nak pergi rumah abah. Nenek dengan atuk datang" perlahan suaranya.

"Iye ke? "

Adhiya hanya mengangguk.

"Boleh percaya ke kau ni? Jangan-jangan kau nak pergi mengadu dengan mak bapak kau? "

Adhiya menahan hati mendengarnya. Dia menjawab.

"Bukan.. Dhiya tak pernah pun terniat nak mengadu. Biarlah Dhiya yang tanggung semua derita ni sendiri. Tapi Dhiya tak nak libatkan sesiapa" jawab Adhiya tenang.

"Oh! Jadi kau nak kata kau deritalah duduk dengan aku? " Nik Rafael mencari pasal.

"Boleh tak saya pergi? " Adhiya menyoal. Malas nak melayan perangai suaminya.

"Nak pergi dengan siapa? " soal Nik Rafael.
"Pergi soranglah"

"Pergi dengan aku, aku nak pergi tukar baju kejap" katanya lalu masuk ke dalam rumah.

Adhiya memandang suaminya dengan pandangan yang pelik. Biar betul dia ni? Dia ni suka aku ke tak? Adhiya mengomel dalam hati.

"Termenung apa pulak kau ni, cepat! " marahnya lalu menuju ke kereta. Adhiya mengikut langkah suaminya. Mereka masuk ke dalam kereta.

Di dalam kereta, Adhiya hanya mendiamkan diri sahaja. Langsung tidak bercakap dengan suaminya, bukan dia merajuk pun cuma dia takut untuk berbual dengannya.

"Yang kau pandang-pandang aku ni kenapa? Tak puas hati ke? " sinis suranya.

"Mana ada Dhiya pandang abang.. " perlahan suaranya.

"Hei kau tak payah nak berdalih lah! Dah pandang tak nak mengaku pulak" sempat lagi Nik Rafael memandang sinis pada isterinya.

"Ok" Adhiya malas nak melayan. Adhiya menghalakan padangan ke luar tingkap.

Nik Rafael mengetap gigi, Adhiya buat tak tahu saja.

"Yang kau pandang kat luar tu kenapa? Dah meluat dah tengok muka aku? " Nik Rafael sengaja mencari pasal dengan Adhiya.

Adhiya menggeleng, dia tak tahu dengan perangai suaminya. Ada saja dia nak cari pasal.

"Nanti kalau Dhiya toleh abang marah pulak. Abang kata Dhiya pandang-pandang abang pulak" balas Adhiya.

"Sejak bila pulak aku marah? Aku tanya kau pandang-pandang aku kenapa? " kata Nik Rafael.

"Dahlah abang, Dhiya tak nak gaduh disebabkan isu pandang-pandang ni" Adhiya menyimpulkannya.

"Hei... Kau ni jangan sampai aku.. "

Adhiya memotong.

"Buatlah apa yang abang nak buat.. Dhiya rela " tegas Adhiya.

"Betul? "

"Hmm.. " balas Adhiya.

"Sampai rumah nanti aku cium kau sampai kau lemas. Kau tak percaya kau tunggu nasib kau" kata Nik Rafael tak puas hati.

Adhiya tidak menjawab, mukanya tenang sahaja. Malas nak melayan. Geram pula Nik Rafael memandangnya.

Dalam beberapa jam, mereka sampai di rumah keluarga Adhiya. Adhiya terus membuka pintu, dia ingin masuk ke dalam rumah. Baru dia hendak melangkah, Nik Rafael memaut lengannya.

"Abang ni kenapa? " soalnya Adhiya.

"Masuk dengan aku sekalilah. Nanti apa pulak kata famili" perlahan suara Nik Rafael.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now