Nik Rafael memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia rasa tak sedap badan hari ni, tetapi dia menggagahkan juga dirinya untuk ke tempat kerja. Nik Rafael terbatuk, tekaknya juga rasa sakit.
"Abang.. " Adhiya memanggil apabila melihat suaminya turun dari atas. Nik Rafael malas nak layan, dia terus juga berjalan.
"Abang tak nak makan dulu? " soal Adhiya.
"Aku dah lambat.. " jawabnya.
"Abang tak sihat ke? Muka abang pucat aje ni" Adhiya merasa dahi Nik Rafael.
"Ish! Apa ni? " Nik Rafael menarik mukanya.
"Ya Allah, panasnya bang. Abang tak sihat ni, abang tak payah pergi kerjalah hari ni. Dhiya risaulah" jelas kerisauan pada wajah Adhiya.
Nik Rafael memandang isterinya dengan wajah yang bengis.
"Kau siapa nak halang aku pergi kerja? Kau bos aku ke? Kau tak payah nak sibuk pasal akulah, aku sakit macam mana sekalipun aku tahu nak jaga diri aku" katanya sinis lalu menuju ke kereta.
Adhiya hanya menundukkan kepala.
"Suka hati dia aje tak bagi orang pergi kerja. " omelnya lalu terus masuk ke dalam kereta.
"Hati-hati abang.. " kata Adhiya. Risau wajahnya.
...............................-..................................
NIK RAFAEL sesekali memicit-micit kepalanya. Dia menyandar lesu pada kusyen kulitnya lalu memejamkan mata, tetapi hanya seketika cuma. Pintu bilik diketuk dari luar.
"Masuk.. " lemah suaranya.
Nura masuk ke dalam bilik itu, manis wajahnya memandang Nik Rafael.
"Ye Nura.. " Nik Rafael memandang Nura.
"Tuan, sekejap lagi Tuan kena hadiri satu meeting. " jawab Nura.
"Ok.. Thanks.. " ucapnya. Nura hanya mengangguk lalu terus keluar dari bilik itu.
Nik Rafael meminum air mineral yang berada di atas meja. Tekaknya berasa sakit, dia memicit kepalanya semula. Nik Rafael melihat jam, sudah hampir waktu mensyuarat. Nik Rafael menggagahkan diri keluar dari bilik.
"Eh Rafa, are you okay? " soal Fakri apabila terserempak dengan sepupunya.
Nik Rafael hanya mengangguk lemah.
"Muka kau pucat ni.. " Fakri menghampiri sepupunya.
"Aku okey, cuma kurang tidur aje" Nik Rafael memberi alasan.
"Sure? "
Nik Rafael mengangguk, lalu dia dan Fakri sama-sama menuju ke bilik mesyuarat.
.............................-....................................
Adhiya baru sahaja selesai solat Asar, baru sahaja dia hendak membuka telekung, Adhiya terdengar bunyi kereta masuk di pekarangan rumah. Adhiya menuju ke arah tingkap, dia mengintai di sebalik tingkap. Dia melihat ada kereta Honda CRV.
Adhiya tahu itu kereta Fakri, dia menyarung tudung lalu turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah, Adhiya terus berlari ke arah Fakri yang sedang memapah Nik Rafael.
"Ya Allah kenapa ni Fakri? " soal Adhiya cemas.
"Rafa demam ni.. Kita bawak dia masuk bilik" kata Fakri.
"Jom.. " Adhiya hendak memegang tangan Nik Rafael. Nik Rafael terus menariknya.
"Tak payahlah.. "
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...