Adhiya yang sedang membakar sampah bersama neneknya sesekali memandang ke arah pangkin. Kelihatan atuknya sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya.
"Nek Dhiya naik atas kejap, nak tengok abang " katanya sambil meletakkan penyakar sampah di dalam stor.
"Iyelah. " kata neneknya.
Adhiya yang baru naik ke atas itu ditegur atuknya.
"Nak pergi mana tu Dhiya? " soalnya.
"Nak naik atas, nak cari abang" katanya.
"Dia ada kat situ, mana ada kat atas" Haji Salleh menunjukkan ke arah Nik Rafael yang sedang berdiri di hadapan sawah padi. Adhiya menghampiri suaminya.
"Abang.. Buat apa dekat sini? " sapa Adhiya.
"Tak ada buat apa, saja nikmati keindahan" katanya sambil matanya masih menghala ke sawah padi.
Adhiya memaut lengan Nik Rafael sambil melentokkan kepala di bahu suaminya.
"Dhiya harapkan sangat hubungan kita seindah permandangan yang abang tengok. Kalau boleh nak lagi indah " kata Adhiya perlahan.
Nik Rafael memandang Adhiya.
"Selama ni tak indah ke? " soalnya.
"Indahlah, tapi kalau boleh nak lagi indah"
Nik Rafael tersenyum.
"Insyaallah sayang, abang akan indahkan hubungan kita ni. Dhiya.. " Nik Rafael memandang isterinya, mata mereka bertentangan. Nik Rafael memegang bahu isterinya.
"Abang sayang Dhiya, sayang sangat-sangat, pada abang bila Dhiya ada di sisi abang itu dah indah bagi abang" ucapnya.
Bahagia Adhiya mendengarnya.
"Terima kasih abang, Dhiya pun sayang abang. Abang jangan marah Dhiya lagi ye bang, Dhiya tak nak abang garang" perlahan suaranya.
"Marah kan tanda sayang? "
"Abang jangan nak kata macam tu lah, tak semestinya marah tu sebab sayang. Banyak sebab lain boleh dikaitkan dengan marah"
"Abang tak marahlah, buat apa abang nak marah Dhiya lagi? Kenapa, Dhiya tak percaya ke yang abang dah sayangkan Dhiya" kecewa bunyinya di akhir katanya.
Adhiya gelabah, segera dia mengenggam erat tangan suaminya.
"Abang.. Taklah, jangan cakap macam tu. Dhiya bukannya tak yakin bang, Dhiya pun sayangkan abang maaf kalau abang terasa" sayu suaranya.
Nik Rafael tersenyum.
"Abang yang patut mintak maaf pada Dhiya sayang, abang dah banyak buat Dhiya terluka. Dhiya dah banyak makan hati, sekarang ni abang nak tebus balik salah abang" Nik Rafael merangkul Adhiya dari belakang.
"Maksud abang? " Adhiya memandang suaminya.
"Abang nak curahkan bahagia pada Dhiya, bukan lagi derita"
"Hish! Abang ni, Dhiya dah bahagia pun sekarang ni. Abang dah terima Dhiya pun dah cukup membahagiakan Dhiya dah" jawab Adhiya.
"Mungkin itu pada Dhiya, tapi tidak pada abang. Abang ada cara abang tersendiri untuk tebus kesalahan abang" katanya.
Adhiya mendongak pada suaminya sambil keningnya diangkat.
"Selama ni kan Dhiya aje yang layan abang, sekarang ni abang nak layan Dhiya pulak" katanya sambil mengelipkan mata. Jelas ketampanannya.
"Dah mulalah tu perangai dia. "
"Kenapa? Dhiya tak sudi ke hard level? " Nik Rafael mengenakan Adhiya.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...