Puan Sri Umaira menampar pipi anaknya hingga Melinda jatuh tersungkur. Anak tak guna! Tak tahu malu! Sanggup conteng arang kat muka dia! Malu dia. Mana dia nak letak muka, tambah pula dia dimalukan di hadapan tetamu.
"Kau ni memang anak tak guna! " tengkingnya.
Puan Sri Umaira menolak kepala anaknya, sakit hati !malu! Kecewa!. Sewaktu mereka tengah makan tadi Melinda asyik muntah tidak henti. Puan Sri Umaira yang merasa hairan memaksa Melinda untuk bercerita hal sebenar. Dia kecewa apabila Melinda memberitahu bahawa dia telah mengandung. Apa lagi terus mengamuk Puan Sri Umaira, kawannya terus meminta diri.
"Ma, Mel mintak ampun ma! " raung Melinda. Dia ingin memegang kaki mamanya, tetapi pantas Puan Sri Umaira menariknya.
"Kau jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau! " jeritnya. Makin lebat air mata Melinda.
"Kau memang tak guna Melinda, dari kecik aku didik kau. Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi! Ini yang kau balas dekat aku? Kau memang memalukan keturunan aku!" hambur Puan Sri Umaira.
"Mel mintak ampun Ma, Mel dikhianat ma. Ada orang kenakan Mel! "
"Siapa yang kenakan kau? Siapa? " soal Puan Sri Umaira dengan suara yang tinggi. Mencerlung matanya memandang Melinda.
"Mel tak tahu ma, sumpah! " tangis Melinda.
"Kenapa kau buat aku macam ni Melinda?" air mata Puan Sri Umaira akhirnya mengalir laju.
"Tolonglah dengar penjelasan Mel, jangan hukum Mel macam ni sekali ma. Jangan hukum Mel ma.. Mel sayangkan mama" raung Melinda.
"Kalau kau sayangkan aku kau takkan buat benda terkutuk ni lah! " marah Puan Sri Umaira.
"Ma, Mel kena khianat ma. Mel tak niat nak malukan mama, malukan keturunan kita. Mel tak ada niat ma" merembes-rembes air matanya. Melinda mengesot menghampiri mamanya, kaki mamanya dipaut erat. Kali ini Puan Sri Umaira hanya membiarkan sahaja.
"Ma... Jangan hukum Mel ma. Sumpah mama, Mel tak ada niat ma" sayu suaranya.
"Baik! Aku maafkan kau.. " Puan Sri Umaira mengendurkan suara. Melinda sedikit ceria, kesedihannya sedikit demi sedikit hilang.
"Tapi ada satu syarat" Puan Sri Umaira memandang anaknya.
"Syarat apa mama? " soal Melinda debar.
"Aku nak kau cari lelaki yang telah mengandungkan kau! Lepas tu aku nak kau kahwin dengan dia walau apa cara sekalipun! Kalau tak, kau berambus dari rumah ni! Dan sejak itu, kau bukan anak aku lagi! " tegas Puan Sri Umaira.
Air mata Melinda kembali merembes, kini makin laju.
"Ma, macam mana Mel nak cari ma.. Jangan buat Mel macam ni ma! " raungnya lagi.
"Keputusan aku muktamad! Cari jantan yang buat kau macam ni! Lepas tu kahwin dengan dia! " katanya lagi lalu terus bangun meninggalkan Melinda yang terus menangis.
"Ma! Ma! Jangan buat Mel macam ni ma!! Ma! " Melinda terus meraung.
.................................-......................................
Adhiya melihat pelamin yang siap dipasang, alhamdulillah lagi beberapa hari dia akan berkahwin. Cepat masa berlalu, rasa tak sabar dia nak bergelar isteri kepada Nik Ruzaimy.
"Kalau iye pun seronok, marilah minum dulu" panggil Puan Rahimah dari arah luar. Adhiya hanya melemparkan senyuman kepada ibunya, Datin Aleesa turut berada di situ bersama bakal suami Adhiya. Siapa lagi kalau bukan Nik Ruzaimy.
Adhiya tidak pula duduk. Sebaliknya, dia mencuit bahu Nik Ruzaimy.
"Jom, pergi sana" Adhiya menunjukkan ke arah khemah. Nik Ruzaimy mengangguk lalu bangun dari duduk.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...