34

486 6 1
                                    

Dato Nik Azhar menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket. Dia sudah lelah, sudah berapa bulan misi mencari anak keduanya masih belum ditemui. Dato Nik Azhar sudah memberitahu orang suruhannya supaya berhenti mencari anaknya. Dia kecewa! Terkilan dengan perangai anaknya.

"Uncle, are you okay? " soal Fakri apabila melihat bapa saudaranya yang seperti lelah.

"Uncle okey.. Cuma penat sikit" jawabnya lalu hendak masuk ke bilik. Baru sahaja dia hendak menolak pintu biliknya, Dato Nik Azhar hendak terjatuh.

"Ya Allah! " Fakri segera memautnya. Fakri membantu Dato Nik Azhar masuk ke biliknya. Dato Nik Azhar duduk di atas kerusi.

"Ambik ubat uncle dalam laci tu" Dato Nik Azhar menunjuk laci itu. Fakri mengambilnya. Dato Nik Azhar memakannya.

"Uncle tak sihat ke? Kalau uncle tak sihat saya call Rafa ye" Fakri hendak mengambil telefon bimbitnya tetapi dihalang Dato Nik Azhar.

"Eh! Jangan call Rafa, dia masih dekat kampung tu jangan ganggu dia. Uncle okey aje, cuma pitam sikit tadi" ujarnya.

Fakri mengeluh, nampak risau wajahnya.

"I'm verry worried about you, i'm worried if something happens to you"

Dato Nik Azhar menggoyangkan tangannya.

"Don't worry, i'm fine, you can continue for your work"  katanya.

"Uncle tak sihat ke? Kalau uncle tak sihat kita boleh pergi hospital aje" masih risau nada suara Fakri.

"Uncle okay aje, cuma uncle terkilan dengan Zemi. He's to much! " rengusnya.

"Kenapa? Uncle dah jumpa dia ke? " perlahan Fakri bertanya.

"Belum.. Uncle dah penat, mulai hari ni uncle dah tak nak ambil tahu lagi pasal dia. Apa nak jadi, jadilah! Dia tanggunglah sendiri uncle tak kisah! " kecewa wajah Dato Nik Azhar.

"Uncle... Janganlah cakap macam tu, mana tahu dia ada masalah dia sendiri. Sebab tu dia tak berani nak balik sini. Insyaallah dia akan balik" Fakri cuba menenangkan bapa saudaranya.

"Entahlah Ri, hati uncle ni berat mengatakan yang dia takkan balik punya. Tak guna lagi uncle nak ingatkan dia "

"Do not talk like that, in any case he is still your son"

"I know that.. Tapi apa yang dia buat, begitu mengecewakan. Uncle kesian dengan auntie pada masa yang sama uncle kesian dengan Dhiya. Kerana perangai Zemi dia terpaksa hadap perangai Rafa. " katanya.

"Tapi Alhamdulillah, mereka dah boleh terima satu sama lain. Uncle syukur sangat" mukanya berubah ceria.

Fakri tersenyum mendengarnya.

"Uncle rest ye.. Jangan banyak fikir sangat, nanti uncle sakit pulak. Kalau uncle perlukan apa-apa panggil aje saya" ujar Fakri seraya bangun dari situ.

Dato'Nik Azhar hanya mengangguk

........................-..............................

Nik Rafael melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Dia melihat telefon bimbitnya. Waktu itu, Adhiya menghampirinya.

"Abang.. Kenapa ni? Muram aje? " soal Adhiya sambil duduk di sebelah suaminya.
"Papa"

"Kenapa dengan papa? "

"Dia pitam.. "

"Pitam? Habis tu macam mana? " Adhiya resah.

"It sokay, dia ok. Fakri bagitahu abang tadi, dia stres pasal Zemi" ujarnya.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now