25

680 9 1
                                    

Nik Rafael membuka mata apabila matanya silau setelah Adhiya membuka tirai.

"Hei.. Silaulah! " rungutnya lalu menyelubung.

"Dah pukul 11 dah bang. Bangunlah Dhiya ada buat breakfast tu. Kalau abang tak nak makan kat bawah, Dhiya ambikkan ye" kata Adhiya.

"Nanti aku pergi makanlah" katanya.

"Dah lewat ni.. Makan ye bang nanti datang pulak gastrik abang tu" Adhiya terus memujuk.

Nik Rafael membuka selubungnya, tajam matanya memandang Adhiya.

"Tak payah nak caring sangatlah, kau ingat bila kau jaga aku ni aku seronoklah? Kau jangan ingat aku tak tahu ye, kau cuba ambil kesempatan bila aku sakit kan" keras suaranya.

"Mana ada Dhiya ambil kesempatan bang" masih lembut nadanya.

"Huh! Kalau kau tak ikhlas jaga aku, baik tak payah! "

"Macam mana Dhiya ikhlas terima abang dalam hidup Dhiya, macam itulah Dhiya ikhlas jaga abang" balas Adhiya tenang.

"Pandailah kau! " Nik Rafael terus bangun menuju ke bilik air.

"Abang.. " Adhiya memanggil. Nik Rafael menoleh.

"Nanti abang makan ye" katanya sambil tersenyum manis pada suaminya.

"Hmm.. " balasnya lalu masuk ke dalam bilik air. Adhiya hanya memandang sahaja sebelum turun je bawah.

..........................-........................................

"Dhiya! Mana Rafa? Tak bangun lagi? " soal Datin Aleesa.

"Dia tengah mandi. Err.. Mama nak pergi mana ni? " soal Adhiya pula apabila melihat emak mentuanya sudah bersiap.

"Mama nak ikut Abang Mat pergi jemput papa. Dia dah sampai dekat airport " ujar Datin Aleesa.

"Oh! Hati-hati mama.. " Adhiya menyalam emak mentuanya.

"Yelah, nanti kalau Rafa dah turun suruh dia makan ye. Sarapan yang tadi ada lagi tu mama pergi dulu ye" pesan Datin Aleesa sebelum keluar dari rumah.

Dalam beberapa minit Nik Rafael turun semula ke bawah.

"Abang.. Jom kita makan" ajaknya.

"Hei.. Kau ni makan! Makan! Makan! Aku tahulah, tak payahlah nak ulang-ulang aku bukannya pekak" kasar suaranya sebelum menuju ke dapur.

Adhiya tidak berkata apa, dia mengikut langkah suaminya. Nik Rafael melabuhkan duduk di atas kerusi. Adhiya tidak pula duduk di sebelah suaminya, dia duduk bertentangan sambil mencedok nasi goreng ke dalam mangkuk.

"Ni nasi goreng abang.. Kalau abang tak nak, mee goreng pun ada" kata Adhiya sambil meletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng di depan suaminya.

Nik Rafael tidak berkata apa, dia menarik mangkuk itu. Adhiya yang hendak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan itu terhenti apabila suaminya menegur.

"Kau nak buat apa tu? " soalnya kasar.

"Nak makanlah" jawab Adhiya.

"Siapa suruh kau makan? "

Adhiya mengerutkan dahi.

"Aku tak izinkan kau makan dengan aku! Aku nak kau duduk dan tengok aje aku makan. Jangan nak mimpi nak makan dengan aku! " marahnya.

Adhiya akur, dia meletakkan kembali senduk di dalam bekas itu. Adhiya duduk di atas kerusi, hanya memandang sahaja suaminya yang sedang berselera makan itu.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now