26

635 9 1
                                    

Adhiya melihat suaminya duduk berehat di tepi kolam selepas pulang dari kerja. Sudah dua hari mereka pulang ke rumah mereka, dan sepanjang itu jugalah suaminya tidak bercakap dengannya.

Adhiya keluar dari rumah, dia menghampiri suaminya.

"Abang.. " lembut suaranya.

Nik Rafael tidak membuka mata. Dia tidak memberi apa-apa reaksi kepada isterinya.

"Abang nak makan atau minum apa-apa tak? " soal Adhiya sambil duduk bersimpuh di tepi suaminya.

"Tak ada"

Adhiya mengangguk perlahan, dia melihat beg suaminya masih ada di tepi kerusi.

"Err.. Dhiya bawak masuk beg abang ye.. " Adhiya mencapai beg kulit suaminya.

"Hmm.. " hanya itu yang di balasnya.

Adhiya terus bangun, dia naik ke atas untuk menyimpan beg kulitnya. Baru sahaja dia hendak turun, suaminya sudah berdiri di muka pintu bilik.

"Eh abang.. " Adhiya terperanjat. Sesekali dia menyisir anak rambutnya yang menutupi mata. Terpegun Nik Rafael melihatnya.

"Abang kenapa ni? " Adhiya melambai tangan di depan muka Nik Rafael. Nik Rafael bagaikan tersedar.

"Tepilah..." Nik Rafael menolak perlahan tubuh isterinya. Adhiya menepi. Nik Rafael menuju ke arah katil lalu terus baring di situ.

Adhiya memandang suaminya, melihat keadaan suaminya yang penat itu. Adhiya naik ke atas katil. Bahu suaminya dipegang.

"Abang.. Abang masih marahkan Dhiya lagi ke? Dhiya mintak maaf, Dhiya tak sengaja bang" mohon Adhiya.

Nik Rafael membuka mata, tetapi dia tidak bereaksi apa-apa.

"Dhiya tak tahu lagi nak buat macam mana untuk jadi yang terbaik di mata abang. Dhiya nak sangat nampak sempurna di mata abang. Dhiya nak sangat jadi isteri yang terbaik di mata abang" Adhiya meluahkan rasanya.

"Tapi kenapa abang menidakkannya? Kenapa abang tak hargai? Dhiya sayang abang sangat-sangat.. Dhiya sayang abang"menitis air mata Adhiya.

Nik Rafael terdengar isterinya menangis.

"Abang.. Dhiya nak peluk abang ye.. Abang janganlah marah. Dhiya cuma nak tumpang kasih sekejap ye bang" kata Adhiya sayu, lalu membaringkan tubuh di sebelah suaminya lalu memeluk tubuh suaminya.

Nik Rafael memejamkan mata, dia hanya membiarkan sahaja.

"Terima kasih abang.. Terima kasih kerana sudi bagi Dhiya tumpang kasih sekejap" ucap Adhiya lalu menyembamkan muka di belakang badan suaminya.

Tersentuh hati Nik Rafael mendengarnya, sesekali dia terasa belakangnya basah. Adhiya menangis.

...........................-.....................................

Zurin yang baru hendak masuk ke dalam kereta terhenti apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Zurin menoleh, kelihatan Raziq sudah berjalan menghampirinya.

"Kau ni kenapa terjerit-jerit panggil aku? " sanggah Zurin.

"Aku ada hal nak jumpa kau ni" kata Raziq.
"Hal apa pulak ni? Bincang kat sini ajelah" balas Zurin.

"Jom kita pergi rumah Dhiya" katanya bersahaja.

Bulat mata Zurin memandang Raziq. "Kenapa pulak nak kena pergi rumah dia?"

"Kau cakap dia ada masalah kan, tak salah kita sebagai sahabat dia pergi ke rumah untuk jumpa dia. Mana tahu tenang sikit hati dia bila jumpa kita ni" jawab Raziq.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now