BAB 37

94 18 0
                                    

" Ryan , jom la join kita main ! " tangannya ligat menyusun 'barang-barang' keperluannya untuk bermain di hadapan rumah . Nak pergi pantai , Aki tak bagi . Ish!

" Ee , tak nak laaa . Tanah tu kotor laa , Arin . Mama Ryan cakap , ada cacing kotor dalam tanah tu lepas itu nanti kita jatuh sakit . Kita tak nak jatuh sakit , kita nak pergi sekolah nak belajar! " balas Ryan di tangga rumah .

Wajah kanak-kanak perempuan itu terus berubah menjadi cemberut . Orang nak ajak main , kita bosan laaaa!

" alaaa , jom la . Sekali ini saja . Arin ... arin tak ada kawan ni . Siapa nak main dengan Arin ? Jom la , Ryan .... " dia memujuk Ryan supaya bermain dengannya .

" Tak nak ! " Ryan memberi kata putus lalu dia berlari masuk ke dalam rumah . Malas nak melayan , lagi melayan lagi menjadi budak Arin ni !

Air matanya terus bertakung . Sampai hati Ryan tak nak bermain dengannya ! Mulutnya pula sudah herot dan tandannya ingin menangis .

Kanak-kanak bernama Arina itu hanya berdiri statik di hadapan rumah atok dan neneknya . Wajahnya sudah hampir menangis tinggal masa untuk 'pecahkan' saja .

Semua tak nak main dengan dia!

" Biar abang Zack teman Farha main " terus satu suara muncuk di belakangnya lalu dia menoleh .

Dia ? Main dengannya ?

" Tak apa . Saya main seorang diri lagipun ini kan permainan budak perempuan punya aaaa ... aaa ... awak itu dah la lelaki mana tahu " balasnya dengan menundukkan wajah ke bawah .

Tidak mahu lelaki di hadapannya tahu yang dia ingin menangis . Malu!

Kanak-kanak lelaki itu terus berjalan menghampiri dia . Kanak-kanak lelaki itu juga turut nampak dia hampir menangis kerana mukanya bertukar menjadi merah. Comel!

Lelaki itu terus mencangkung di hadapannya .

" Tadi abang Zack dengar Farha ajak Ryan ... hmm Ryan itu bukan sama ke jantina dengan abang Zack , lelaki juga kan ? "

Kanak-kanak perempuan itu terus termati kata . Alaa , nak jawab apa ini dekat dia ? Dia mengemam bibirnya sambil itu kedua-dua tangannya diramas.

" Say ... saya ... malu ... dengan ... awak " jawabnya .

Kanak-kanak lelaki itu hanya tersenyum apabila kanak-kanak perempuan itu memberi jawapannya padanya .

Malu dengan kita ek ?

Zack terus menuju ke arah Arin yang asyik menundukkan kepalanya . Pandangannya hanya kepada tanah rumah kampungnya .

Sebenarnya tiada orang lain melainkan ahli keluarga dan orang yang dia rapat sahaja yang dia akan bercakap , berceloteh semua itu . Tapi bagi orang luar ataupun orang yang baru dia kenali itu mungkin mengambil masa yang agak lama untuk diri dia menyesuaikan diri .

Kanak-kanak perasaan takut itu selalu dalam diri mereka .

Tambahan pula bercakap dengannya adalah lelaki jadi bertambah malu dia mahu bercakap .

Zack terus berada di posis mencangkung di hadapan Arin . Baginya kanak-kanak perempuan ini ... comel! Malu-malu kucing begitu .... uwuuu . Tambahan pula , badannya agak chubby dan pipinya tembam seperti kuih pau -- aih siapa saja tak geram melihat kanak-kanak ini . Kulitnya pula putih mungkin genetik dari ahli keluarganya .

" Tak payah malu dengan abang laa . Abang bukan nak makan Farha pun . Cuma ..... " dia mencuit kedua-dua pipi tembam Farha Arina .

" Pipi Farha ni bagi abang geram tahu , tak . Aishh , siapa tengok Farha ni mesti dia orang minat dekat Farha " Zack ingin menceriakan mood Arin kerana dia nampak air mata sudah bertakung di bahagian jadi lebih baik dia pantas 'menghalau' kesedihan Arin .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now