Seperti yang dijanjikan oleh Iskandar semalam dia mahu berjumpa aku di tempat yang berhampiran dengan dewan . Aku pun tak tahu nama tempat tu sebab Pea tak pernah tunjuk jalan tempat tu lagipun aku tak habis lagi round satu sekolah ni .
Aku menunggu kehadiran Ryan . Mana dia ni tak sampai lagi ke ? Atau aku datang awal sangat sampai Angah terkejut aku mahu datang ke sekolah awal hari ini .
Aku lihat bayangan Ryan di pondok bacaan yang berhampiran dengan pintu masuk sekolah .
" Wei "
" Waalaikumussalam " perliku . Ryan tersengih sambil mengosok tengkuknya .
" Hehe . Jom la masuk , Is dah sampai punya lama dia tunggu kau " katanya .
Aku menjongket kening . " Awal pula mamat tu sampai selalunya dia bukan selalu datang lewat ke ? Ha lagi satu macam mana kau tahu dia dah lama sampai ? " aku bertanya Ryan sambil kami berdua jalan masuk ke dalam sekolah .
" Is sebenarnya dia selalu datang awal tapi dia sengaja masuk perhimpunan lewat . Ha pasal aku tahu tu sebab dia text aku sebelum aku gerak kesekolah pagi tadi . Dia selalu bawa phone dia pergi ke sekolah , jangan bagitahu cikgu pula , shuhh " katanya . Aku hanya mengangguk kepala . Kami berdua terus berjalan menuju ke tempat itu .
Sampai sahaja di situ , aku nampak Iskandar sedang duduk di atas meja sambil menikmati pemandangan di waktu pagi yang masih gelap ini .
" Ehemm " tegurku untuk mematikan lamunan nya . Dia terus memandang kami berdua .
" Ingat tak datang " katanya .
" Bro , Arin ni bukan macam Haydar tau yang suka kencing kawan semua tu dia jenis setia dengan setiap perjanjian " cerita Ryan . Aku hanya memeluk tubuhku .
Cepat la bagi buku aku woi !
" Mana buku aku ? Janji kau kena menepati eh " kataku padanya . Dia tersenyum sinis kemudian dia mendekati diriku yang sedang memeluk tubuh .
Dia ni memang suka duduk dekat dengan aku ke apa ?
Dia menyeluk tangan nya ke dalam poket seluar sekolahnya sambil tersenyum sinis padaku . " Tak semudah tu saja kau dapat " katanya .
Aku mengerut dahiku . Ee , apa lagi jantan ni nak ha ? Aku rimas la hadap muka dia ni .
" Aku nak kau tunggu waktu balik kejap lagi kita balik sama sama " arahnya . Aku membuka mataku luas luas .
Apa kes dia ni ? Waktu pagi macam ni kau dah jumpa aku takkan waktu balik nak jumpa aku lagi ?? Sudah aku janji dengan Pea akan makan cendol hari ini kerana kejadian semalam . Ini semua angkara Iskandar punya pasal !
" Aku sibuk la hari ini . Wei , kau dah jumpa waktu pagi macam ni patut bersyukur tahu tak kalau tak memang aku tak nak hadap muka kau tu . Ni waktu balik pula ? Oh no , aku rimas tengok muka kau tu setiap masa " kataku padanya .
" Ingat ye Farha Arina . Aku boleh buat lagi dasyat tau dari kau hilang satu buku ni saja tapi kau boleh hilang semua benda kau punya nanti " ugutnya .
Wei kau siapa nak ugut aku ?!!! Sesedap dia jaa nak ugut anak dara orang , pui !
" Dan ingat , kau tu masih dalam girlfriend aku sebab kau dah terima tawaran aku semalam " sambungnya . aku terkedu .
" Ha ? Wei semalam tu kau cakap kau bagi tempoh satu bulan kalau aku jatuh cinta dekat . Tang mana pula kau bagi tawaran jadi girlfriend kau dalam masa sebulan ni ? " soalku yang tidak berpuas hati dengan kata kata Iskandar sebentar tadi .
Ee , aku tak faham la dengan mamat ni . Apa dia nak diri aku ni ? Letih aaa macam ni hshshshsh .
Aku melihat Ryan bermain mata dengan aku di belakang Iskandar , dia memberi isyarat ' terima je la ' . Adeh , aku malas la nak hadap mamat ni .
ANDA SEDANG MEMBACA
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen FictionSyed Iskandar Zulkarnain & Farha Arina ..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha rasa rimas kera...
![Hi , Mr Annoying ! [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/228393936-64-k798376.jpg)