" Ehemmm !!! "
Bahuku terhinjut apabila seseorang berdehem di belakang diriku . Terkejut mak . Tanpa membuang masa aku terus berjalan ke hadapan lagipun dah lambat masuk kelas ni .
Tiba-tiba 'seseorang' itu menarik beg galasku , aihh siapa pula ni ? Aku terus menoleh ke belakang untuk melihat siapa orangnya .
Zzapppp !
Er ok --- aku rasa macam nak blah saja dari situ . Hatiku yang sakit ini belum lagi pulih sedia kala kerana masih ada luka yang berbalut , hm !
Aku mendengus perlahan lalu kakiku mahu pergi dari situ . Buat apa nak diri bersama orang yang dah fitnah , tuduh diri kita kan ?
" Kejap " arahnya .
Eh-eh berani pula main arah orang , haritu bukan kemain suruh aku berambus dari dia ! Erghh , lelaki kann eeeeee !!!!!
Aku berpusing ke arahnya sambil memeluk tubuhku sendiri dengan pandangan kosong . Kosong . Lagipun aku dan dia dah tak ada apa-apa cuma sekadar warga sekolah ini saja . Kan ?
Aku masih lagi menanti perkataan yang akan keluar dari mulut Iskandar . Ya , Iskandar berada di hadapanku . Orang yang benci aku , marah aku , fitnah aku macam macam pada beberapa hari yang lepas .
Seketika itu aku terdengar keluhan kecil dari mulutnya . " Lepas rehat aku nak jumpa kau , aku nak ----- "
" Ok " jawabku dengan ringkas . Kemudian aku terus meninggalkan Iskandar di situ yang belum habis lagi percakapannya pada aku .
Aih , aku bukan apa aku cuma --- adui susah pula nak jelaskan . Begini , dia pun dah benci aku en , so aku pun kena la jauhkan diriku pada dia . Yela mana boleh dekat dengan orang yang benci pada kita , lagi dibenci lagi ada la . Jadi aku mengambil langkah berjaga-jaga supaya keadaan ini tidak lagi keruh ? Boleh la tu , en ?
Tapi kenapa dia nak jumpa aku masa rehat ? Ada hal apa lagi ? Aih , Iskandar kau buat hidup aku tak tentu arah . Kau guna kuasa apa eh ?
****
" Serius wei aku menangis tengok drama tu , eee Mak Leha la punca semua ini habis rosak kebahagiaan anak dia eish " adu Pea .
" Kan . Yang si Nurul pun satu dah tahu jantan tu dah berbini gatal lagi nak menggedik dekat rumah laki tu , ha sekarang baru Mak Leha tahu yang mana satu batu permata dan batu jalan " sampuk Dhiya pula .
" Aku kalau dapat si Nurul memang kena lunyai aaaa dengan aku . Ya Allah , aku geram betul dengan watak-watak jahat dalam drama tu . Aih part aku tak suka si Nurul tu semua benda dia suka sampai Nadia sendiri cakap " kalau Kak Long suka kaki gajah mesti kak Nurul pun suka kaki gajah juga " . Sumpah , aku rasa macam nak pergi je tazkirah si Nurul tu eee " Pea melepaskan geramnya .
Well , bila minah-minah bawangs ni bercerita takkan habis punya ada saja mulut itu nak bercakap .
" Itulatu tapi aku suka part Pak Samad yang marah dekat Hayati tu , " Aku ni bekas komando ! " . Aku suka part tu wei aaaaaa !!!! " sorak Dhiya .
Ya Allah . Dia orang ni bercerita tentang drama 7hari Mencintaiku season 2 . Alaa drama tu tengok meletops tau sekarang sampai abah aku yang tak pernah layan drama terus layan ! Memang drama itu akan menusuk hati setiap manusia . Perasaan ibu dan anak dan perasaan cinta terhadap seseorang yang kita cintai sampai separuh nyawa kita sendiri. Boleh aku katakan , drama itu memang power !
" Nanti besar kalau aku kahwin , aku berdoa dan berharap tak dapat ciri-ciri mak mertua macam Mak Leha dan Hayati tu . Dah la jahat lepastu tak ada perasaan kemanusiaan langsung dengan ganggu kebahagiaan anak diorang , aih " kata Dhiya lagi .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Fiksi Remaja..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...