Tangan aku mula membuat kerja rumah iaitu menyapu di ruang tamu . Lama juga aku tak pegang batang penyapu ni , eh terkantoi pulak! Hehe memang dah lama aku tak buat kerja rumah lagipun ..
Last year , jadual harian aku padat dengan kerja khusus PT3 lagi kemudian dengan kelas tambahan pada sebelah petang jadi sampai rumah pun dah lewat tak kira hari cuti atau tidak mesti ada kelas .
Dan tahun ini pula aku memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas , haaa lagi penat tahu! Ingat jadi penolong cuma tolong serba sikit saja tapi banyak! Bayangkan Ketua Pengawas kita sibuk dengan macam-macam events kemudian dia nak hadapi peperiksaan terbesar .. memang tak ada masa laa . Padat!
Kemudian fikiran aku mula berlayar ke arah kejadian petang semalam . Ahhh , lupakan saja! Buang masa saja nak fikirkan .. entah-entah dia pun tak terfikir aku ni ada perasaan dekat dia then dia masih berfoya-foya ke dengan Kak Yuha dekat luar sana ?
Mana laa kita tahu . Manusia zaman sekarang suka permainkan perasaan kita tambah lagi perasaan seorang gadis atau wanita . Lelaki kan buaya! Suka mainkan perasaan orang lain , ergh!
Dengan memikirkan soal Iskandar terus pemegang batang kayu itu dengan erat . Geram! Lepaskan geram , erghhhh! Sikit-sikit Iskandar , pergi mampus laaaa!
" Aih , kalau nak marah pun lepaskan marah tu ke tempat lain bukan dekat batang penyapu . Habis mak kamu marah kang batang penyapu dah tercabut dan rosak "
Tiba-tiba sahaja suara abah menerjah gegedang telinga aku . Ya Allah , abah ni kalau nak tegur pun jangan sampai anak terkena serangan jantung .
" Abah ni , terkejut Arin . Kalau ya nak tegur pun bagi laa salam " tegur aku . Aku mengurut dadaku . Kus semangat!
Hahahahaha anak tegur abah ? Pfttt ..
Abah mengecilkan matanya ke arah aku alaaa saja-saja bergurau senda . Mungkin abah ingat aku ni memperlekehkan nya . Mana ada , kite bergurau senda bersama kekanda , ahakss!
" Haih kamu ni . Dari dulu sampai sekarang perangai tu memang tak berubah asyik nak menjawab saja kerja . ish kalau Tokma dan Tokwan kamu tahu mahu abah kena menjawab dengan dia orang "
Aku hanya tersengih seperti orang tidak bersalah . Alaa takpaa , Tokma dan Tokwan sayang kan aku . Biasala cucu paling disayangi! heeeeee .
" Ni lepas sapu nanti kemas bilik lagi satu tu " arah abah .
Aku mengerut dahi . Kemas bilik lagi satu ? Tu bukan bilik Kak Long ke ? Kalau bilik Airan -- ehh Airan tidak suka orang lain mencerobohi biliknya kecuali err dia bagi mak saja memasuki biliknya untuk mengemas habuk , debu . Walaupun Airan tu sengal tapi dia pembersih seperti Faiq .
Adik-beradik siapa latu kan ? heeee .
" Kemas bilik ? Kenapa , bah ? Siapa nak datang ? " soal aku .
Bilik Kak Long ? Walaupun Kak Long tidak tinggal di sini tak bermakna tiada bilik untuknya tapi disebabkan tidak mahu bilik itu dibiarkan kosong abah membuat keputusan bilik itu sebagai bilik tetamu .
" Lah , mak tak bagitahu kamu ke semalam ? Kak Long kan nak balik hari ini . Katanya ada good news untuk kita semua .. entah la abah pun tak tahu benda apa yang nak Kak Long kamu sampaikan "
Kak Long nak balik ?! WAHHHH , ADA GENKKK HEHEHEEHEHE!
" Betul ke , bah ? Wah ni tak sabar nak tunggu akak balik . Mesti mengandung ni haa "
Ha aku main tembak saja jawapan! HAHAHAHAAHAHA .
" Aih kamu ni memandai saja . Mana la tahu abang Emir kamu dapat kerja di sini ha dapat la dia balik sini selalu . Tapi kalau mengandung tu , alhamdulillah . Abah dan mak jadi tokwan dan mak tok laa nanti "
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...