BAB 23

136 27 0
                                        

Jam sudah menunjukkan 1230 tengah hari bermakna sudah masuk tengah hari la , kan ? Kakiku terus melangkah keluar dari bilik tidurku .

Sunyi . Tiada sesiapa pun . Tadi pagi , mak dan abah kata mahu keluar sekejap katanya ada hal entah aku pun tak tahu hal apa . Faiq ? Dia cakap dia ada meeting pagi tadi . Aih , pagi-pagi buta ini pun ada kerja lagi , ke ?

Farid pula ? Entah tengah membuta rasanya . Pukul berapa entah dia tidur semalam sebab dia tengah kelam-kabut dengan kerja sekolah online dia . Yela , minggu depan dah boleh masuk asrama ha itu yang dia sibuk sikit . Kalau aku pun begitu juga , yela cikgu bagi takkan kau tak buat kang kena denda baru tahu .. uuuu tak nak aku !

Kakiku terus ke arah ruang dapur . Kemudian , aku mengeluarkan telefon Samsung aku di poket seluar track milikku . Tanganku lincah membuka aplikasi gallery di dalam telefonku .

Selesai membaca prosedur itu , aku terus mengikat rambutku dengan gaya ponytail (?) . Rimas pula kalau rambutku terbang macam Hantu Kak Limah kang termasuk juga rambutku dalam kek red velvet ni .

Tanganku terus membuat kerja iaitu menyediakan bahan-bahan membuat kek red velvet di atas meja makan . Resipi membuat kek tersebut dibaca sekali imbas itu saja sebelum aku memulakannya . Buat kek memang sudah kemahiran bagi diriku . Cakap sahaja kek apapun , pasti aku boleh buat . Ceh , angkat bakul sendiri pulak aku ni ! Sementara ketiadaan mak dan abah di rumah , aku menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan kek .

Aku mula membuat adunan kek tersebut dengan teliti dan penuh kasih sayang . Aku fokus membuat kek red velvet itu mengikut resepi yang telah dicari olehku malam semalam . Sedar tidak sedar , adunan kek tersebut telah pun siap diisi di dalam loyang . Kemudian , loyang tersebut diletakkan di dalam oven .

Aku duduk di kerusi meja seketika menunggu kek tersebut masak . Aku tidak menjangka hari ini tiba-tiba saja mood rajin aku untuk membuat kek untuk permintaan Iskandar semalam .

Aih sudah aku tengah mood merajuk dengannya . Eee , dasar tak sedar diri punya orang ! Tak apa , aku masih lagi dengan rajukkan aku padanya . Kita nak tengok juga sejauh mana pujukkannya pada diriku ehehe .

TING !

Siapa pula wassap aku tengah hari buta ni ?

Minah-minah bawangs BERSATU 💋💘

Zaris Sofea 💘 ;
Wei , asal Ryan ajak aku pegi court ni ? Pelik aku , takdak ribut hujan terus dia wassap aku pagi tadi

Dhiya Dalila 💛 ;
Eh kau pun sama .. aku pun kena pegi court juga sebab si Haydar tu ajak aku . Aku tanya sebab apa , dia jawab nanti kau tahu laa sebab Arin pun sama pegi juga .

Laaa .. sebab ini ? Lupa pula aku nak beritahu dia orang dua ni , adui sebab otak aku ini tengah plan sejauh mana Iskandar mahu pujuk aku . See , ego kan aku ?

You ;
Aku lupa nak bagitahu kau orang ehehe , after Asar jangan lupa pegi court yee ;)

Dhiya Dalila 💛 ;
Kau pegi dengan apa , Rin ?

You ;
Aku pegi sendiri bawak motor abang aku , kau tak payah ambik aku kau bawak minah sorang lagi tuu 😚

Zaris Sofea 💘 ;
ehehe Dhiya jangan lupa ambik aku dekat rumah 😜

Dhiya Dalila 💛 ;
yela yela , aku ambik kau . Ehh jangan lupa esok kita kena pergi Mcd nak pegi buat keja cikgu zarul punya .

Aku menepuk dahiku . Ee , lupa pula tugasan yang sudah berapa abad entah aku dan yang lain lupa . Nasib si Umar si jenis ingatan kuat , dia ingatkan pada kami semua tentang hal tugasan tersebut . Semua ahli kumpulan sudah lupa kerana terkejar-kejar dengan latihan masing-masing . Yela setiap kali habis kelas mesti terus stayback di sekolah untuk latihan petang . Mana tak penatnya kami sebagai pelajar ? Belajar lagi , latihan lagi aih memang susah nak bahagikan masa rehat .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang