" Aki . Tok Ma ! " seorang kanak kanak lelaki melambai sambil berlari ke arah mereka . Tok Ma sudah mendepakan tangan untuk mendapatkannya manakala seorang lagi kawannya hanya melihat kelakuan kawannya sendiri .
Kerana ini buat pertama kalinya dia menjejaki kampung . Sebuah kampung . Ramai kawan-kawannya sudah mencerita tentang suasana kampung termasuk kawan baiknya sendiri . Bagi dia , dia tidak tahu apa perasaan balik kampung kerana kedua-dua ibu bapanya tidak tinggal di halaman kampung .
Aki yang melihat kanak-kanak lelaki itu terus memanggil ke mari . Kawannya sudah menempel pada Tok Ma nya . Kesian dia melihat kanak-kanak lelaki itu terkebil - kebil melihat suasana kampung ini .
" Apa nama kamu , cu ? " soal Aki kepadanya .
" Dia kawan Ryan " sampuk suara Ryan .
Aki menepuk dahinya . Kepochi budak Ryan ni . Mulut itu tak henti-henti berkata sama seperti cucu perempuannya .
" Bertuah punya budak . Tinggalkan kawan kamu dekat luar kereta tadi . Kesian kawan kamu dekat tepi kereta . Haih " bebel pula si wanita yang berusia 30-an itu kepada anak lelakinya . Teruja sangat bila dapat tahu balik kampung kawan baiknya .
" Biasala budak-budak , Maria . Faham-faham jela perangai diorang macam mana . Gembira itu macam dapat banyak mainan " Tok Ma bersuara sambil memegang kepala kanak-kanak lelaki yang bernama , Ryan .
Maria tersenyum nipis . Dia memandang wajah Ryan yang asyik tersenyum lebar . Memandangkan dia dan suaminya sudah tidak mempunyai ibu bapa , Tok Ma Riah dan Aki Din la menjadi datuk dan neneknya . Lagipun Ryan sudah rapat bersama keluarga kawan baiknya sendiri , Aliza .
" Tok Ma ..... " seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja muncul di hadapan pintu rumah sambil menggosok matanya . Baru bangun tidur gamaknya .
" Arin !!! " Ryan yang melihatnya terus memeluk kanak-kanak perempuan itu . Rindu!
" Eee , apani ? Peluk orang pula , aiyyy . Orang tak mandi lagi ni . Ha lagi satu , lelaki dengan perempuan yang bukan mahram mana boleh peluk orang . Berdosa , masuk api neraka aiyoookk ! " kata kanak-kanak perempuan itu sambil menolak Ryan . Patung monyet yang hampir meleret jatuh itu terus dia memeluk dengan erat . Sayang benar dengan anak patung yang dibeli oleh Abahnya .
Tok Ma terus memandang Aki dengan pandangan yang agak tajam . Macam-macam benda dia ajar cucu perempuannya itu . Tengok , apa jadi! Malu tahu!
Aki yang perasan pandangan isterinya terus tersengih . Salah ke dia ajar ?
" Eh , Arin ! " sapa Maria kepada kanak-kanak perempuan itu .
" Acik Ria !! " terus dia berlari anak lalu memeluk Maria . Dia kenal keluarga Maria termasuk Ryan tapi dia paling dengan Ryan kerana umur mereka beza hanya setahun .
" Eee , dah comel dah Arin ni . Pipi ni aiyyy Acik Ria geram laaaa " Maria melepaskan pelukan itu lalu menggomol pipi tembamnya . Geram!
" Adu adu ... akit laa Acik Ria . Tahu la Arin ni gemok , tembam hmm " sayu suaranya berkata begitu sambil menggosok bekas cubitan Maria .
Maria tersengih dengan perasaan serba salah . Adui , terasa sudah budak ni .
" Alolo , sini kat Acik Ria . Arin ni comel tau , orang macam Arin ni la yang palinggg comel sekali . Sudah , jangan fikirkan apa orang cakap dekat fizikal Arin ni , just be yourself okay , sayang ? " kanak-kanak perempuan itu mengangguk kepala tanda faham .
Tokma dan Aki hanya menggelengkan kepala . Manja sungguh cucu perempuannya , tak padan ada adik tapi gayanya seperti anak bongsu . Alahai .
Kemudian matanya tertacap ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang asyik melihatnya .
ANDA SEDANG MEMBACA
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Ficção AdolescenteSyed Iskandar Zulkarnain & Farha Arina ..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha rasa rimas kera...
![Hi , Mr Annoying ! [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/228393936-64-k798376.jpg)