BAB 56

78 6 0
                                    

" dah jom " aki mahu menyimpan basikal cucu perempuannya . Hari pun dah senja , takut lambat pula . Nak mandi lagi .

" Tak nak ... " Rengek si cucu perempuan itu .

" Tak boleh arin nanti Tok Ma marah . Ni dengan tak mandi lagi , ha ??? Aki nak pergi surau maghrib nanti " pujuk Aki dengan lembut .

Mana boleh kasar kasar , cucu kesayangan woi .

Arin memuncungkan mulutnya . Tak puas lagi nak main .

" Aki masuk , siapa nak tengok ? Nanti jatuh macam mana ? Tak nak kan ? " Arin menggeleng kepala laju .

Eeee tak nak , sakit !

" Dah jom masuk , Arin budak baik kan? " Arin mengangguk kepala . Nasib aki pujuk , kalau Tok Ma dah kena kejar dengan rotan dah hmm .

" Dah Arin masuk dulu , Aki nak simpan basikal dalam stor "

Arin terus turun dari basikalnya . Hm harap boleh main lagi esok . Kakinya melangkah ke arah tangga rumah .

Tinggal satu langkah saja mahu naik ke rumah tiba-tiba kakinya tersungkur pula .

" Farha! " Zack terus berlari ke arah Arin yang sudah jatuh itu . Ya Allah , nasib dia tergerak hati mahu melihat Aki dan Arin di luar rumah .

" Huwaaa .... tsk tsk .... sa...sakit ... abang Zack ..... " terus tangisannya menjadi kuat . Kaki ....

" Astaghfirullahalazim , Arin! " Jeritan Aki terus mengejutkan penghuni di dalam rumah tersebut . TokMa dan Ryan terus pergi ke arah pintu rumah .

Apa yang dah jadi ?

" Ya Allah , macam mana boleh jatuh ni bang " Tok Ma turut terkejut melihat cucunya sudah jatuh tersungkur dengan luka kecil tapi berdarah .

" Arin terjatuh masa nak naik tangga " Zack memberitahu perkara sebenar .

" Dah jom kita mandi dulu lepastu kita letak ubat ye " Aki sudah mengendong cucunya manakala Tok Ma mengikut dari belakang . Nak bagi mandi Arin kang sakit pula masa terkena air nanti .

Ryan menggorek hidungnya sambil memandang pemergian Aki dan TokMa . Bagi dia , kerap juga Arin terjatuh dan luka begitu . Eleh , manja . Dia jatuh pun masih boleh main lagi . Grrrr .

Tuing !

" Eeee pengotor laa kau ni! " Zack terus meninggalkan Ryan di situ . Dasar . Boleh pula pergi buang taik hidung pada dia . Pengotor betul !

.

.

.

" Dah siap . Boleh masuk tidur dah " Tok Ma tersenyum melihat balutan bandage di lutut Arin .

" Darah dah tak keluar ke ? " Arin menyoal . Sudah dia mahu tidur kang tak perasan pula darah mengalir .

" insyaAllah , darah Arin tak keluar dah . Tok Ma dah sapu ubat dekat luka Arin tu . Jangan risau .... " Risau juga melihat cucunya . Haih , apa nak jawab dengan mak abah kau ni .

Arin memuncungkan mulutnya . Selalu abah akan teman dia kalau dirinya dalam keadaan sakit . Tapi kali ini dia berada di kampung tanpa abah dan keluarganya .

" Dah kenapa ni , cu ? " Aki menyoal apabila melihat perubahan muka cucunya . Ryan dan Zack hanya mendengar dan melihat keadaan tersebut .

" Arin tsk ...tsk ... na....nak.....abah "

Aki dan TokMa berpandangan sesama sendiri . Faham benar manja Arin terhadap abahnya . Kalau apa apa terjadi mesti si abah yang menemaninya .

" Abah kan kerja , jauh pula tu . Ni dah malam takkan abah nak datang pula . Kesian abah " TokMa cuba memujuk cucunya . Takkan nak telefon anaknya yang jauh di sana datang ke sini . Jauh benor .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now