BAB 32

135 16 14
                                    

Aku mengomel seorang diri di taman mini mak . Biar la aku di sini seorang diri bukan siapa kisah pun , asyik melayan si Iskandar tu saja . Apa laa sangat si Iskandar tu sekadar Ketua Pengawas dan bekas budak setan .

Itu pun ramai yang suka sikapnya? Ergh. Berlakon jaa semua tu . Depan keluarga aku boleh la buat baik tapi depan aku ?

Segala perangai setan dia keluar .

Aku bermain hujung lengan jubah aku sambil memikir kejadian tadi . Mak pun layan mereka juga , ha lebih senang semua keluarga aku laa . Macam aku ni dipinggirkan saja em lebih kurang macam anak pungut pun aku rasa . Arghhh .

Aku terkaku di hadapan pintu apabila melihat 'tetamu' yang menandatangani rumah aku .

Iskandar?

Siapa mengajak dia ke sini?

Tak lain tak bukan .. Ryan Iskandar la . Kawan hidup semati la katakan . Bukan mereka berdua sahaja , Haydar pun datang sekali . Segak bergaya dengan memakai kurta dan seluar slack .

Memang berbincang pakai sama-sama ke?

" Waalaikumussalam "

Abah menjawab salam yang diberikan oleh tiga jejaka itu . Oh abah dekat luar eh?

" Ha datang pun kamu , Ryan . Eh , keluarga kamu tak datang sekali ? " soal Abah .

" Diorang datang kejap lagi , pakcik . Saya datang dengan kawan-kawan saya ni . Minta maaf sebab saya ajak kawan-kawan saya " pohonnya .

Aku sekadar membuat muka menjengkelkan . Oh , dasar lelaki . Pandai berlakon depan orang tua aku . Puii laaa!

" Assalamualaikum , pakcik "

Iskandar menegur abah lalu menyalami abah aku sendiri . Abah pun apa lagi tersenyum sampai ke telinga aku tengok pun .

" Apa nama anak? " soal Abah .

" Panggil saya , Iskandar . Saya kawan kepada Ryan dan juga Farha " jawabnya .

" Farha? Anak pakcik ke? " soal abah dengan hairan . Setahunya tiada lagi orang memanggil anaknya Farha jika orang itu ...

GULPPP!

" Haa aa , Farha Arina tapi saya panggil dia Farha . Senang dia tahu saya panggil nama dia sebab dia kadang kadang tu tak dengar arahan saya " katanya lagi .

WEHHH APAHAL PULAK NI!???

" Dengar arahan kamu? " abah sudah pelik dengan jawapan Iskandar .

" Maksud Iskandar , Farha kan penolong ketua pengawas dan kalau pakcik nak tahu Iskandar la ketua pengawas tu .. Iskandar yang beri arahan pada Arin tu haa . Itu maksud dia " sampuk Ryan . Abah hanya tekun mendengar keterangan itu .

Cehh , back-up kawan nampak!

" Kalau pakcik nak tahu , Arin ni degil dan tak dengar kata di sekolah itu yang si Iskandar panggil Arin ni Farha , senang dia nak detect siapa pangggil dia . Biasala panggilan someone special " kutuk Ryan lagi .

Aku yang mendengar sudah terlopong luas . Wah wahh kutuk aku nombor satu , kan? Aku mencekak pinggang di hadapan pintu dengan muka yang sudah merah akibat marah .

Faiq yang baru sahaja muncul di situ terus saja menegur Ryan and the geng lalu menyalami tangan .

" Oh begitu cerita dia . Tak apa , masuk ruma dulu nanti boleh cerita apa yang Arin buat di sekolah . Jom " ajak abah kepada mereka .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now